Skip to main content

PERKARA WAJIB BERLAKU PADA PAGI RAYA


PERKARA WAJIB BERLAKU PADA PAGI RAYA | Setelah 30tahun menyambut hari raya (Alhamdulillah tahun ini diberi kesempatan) memang setiap kali pagi raya akan berlaku perkara-perkara ni.


  • Bangun Awal
Gambar Google

Bangun awal ni wajib lah. Solat Subuh tau. Ingat habis puasa habis Subuh pulak? Banyak cekadak! Kalau rasa tak nak kena pekik kat telinga oleh mak kau, baik kau bangun sebelum dia bangun. Kalau tersedar masa pagi tu, dengar pulak bunyi air dalam bilik mandi makna nya mak kau dah bangun la tu. Jadi better cecepat sebelum dia rasa "anak-anak dara" dia ni pagi raya pon tak reti nak bangun awal! Memang mintak kena simbah air la gamaknya tu. Sebab selepas ini banyak lagi insiden "berebut" akan berlaku.


  • Mandi Sunat Hari Raya dan Solat Sunat Hari Raya
Gambar Google


Asbab kenapa mak kau bebel suh bangun awal, sebab ni haaa.. kena segerakan mandi sunat hari raya ni. Ada yang had malas mandi dulu tu, mula lah "kau pergi mandi dulu, dah siap kejut aku"... eerrr

Niat mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri

Bagi lelaki pulak (dulu masa Arwah Ayah ada), korang kena bersiap kena pergi solat sunat hari raya. Hehehe kitorang family takde lelaki sebab semua perempuan kan jadi jarang pergi ikut solat sunat hari raya. Padahal lelaki ke perempuan ke boleh je pergi solat tu.


  • Panaskan Lauk Raya 
Gambar Google


Lepas siap mandi bagai semua, yang mana had perempuan yang tak pergi solat sunat tu, seawal pagi tu dah bersinsing tangan dah. Panas kan ni haaa... menu yang dah masak semalamnya. Nak siap-siapkan sebelum yang lelaki balik dari solat sunat tu. Biasanya had ibu-ibu lah yang kelam kabut kat dapur. Sebab dia risau kalau ada lauk yang basi. Yelah menu semua bersantan. Takut semalam lepas masak ada terdedah sikit ke kang masuk dik lalat, kita tak perasan kan. So tu la tugas-tugas ibu kat dapur. Tapi kalau kitorang, aku lah yang akan handle dapur tu. Hehehehe! Amacam, rajin tak calon menantu mak awak ni. Hhahahah!!


  • Iron Baju Raya
Gambar Google


Anak dara yang lain-lain, kalau tak busy kat dapur, apa lagi kalau bukan busy menggosok baju memasing. Tak pun selalu kitorang adik beradik akan campak baju-baju memasing pada seorang kepala je, so dia je la yang akan iron. Tau tau baju siap dah kena gosok. Hahahaha bahagianya hidup.. Yang tukang gosok tu, sakit pinggang la lepas tu. Kahkahkah!


  • Salam Raya
Gambar Google


Haaaaa.. ini lah part yang memasing malu nak buat. OOhhhh kau buat salah reti. Nak salam mintak maaf tau pulak malu segann. Kalau boleh apa yang kita nak cakap tu jangan sorang pon dengar. JANGAN TENGOKKK! PANDANG TEMPAT LAIN! Hahahah ni selalu kita sound pada adik beradik yang lain yang tengah beratur tunggu turn.

Siapa nak mulakan dulu? Of course la yang sulung. Ahhh beratur-beratur. Sape dulu dia depan. Ok macam aku, disebabkan aku yang kedua, so turn aku lah nombor dua. Lepas tu, bila kita dah habis part cakap dengan mak kiter.... kali ni aku la raja pada adik-adik.

Haaaa beratur cepat. Salam minta maaf. Cepat..cepattt! Kahkahkah!!

Yang sakit nya yang bongsu lah. Macam adik aku ada 6 kakak kat atas. Haaa merangkak la kau nak duduk salam raya minta maaf. Hhahahahah

Tapi selalunnya...

Lepas 5 MINIT minta maaf,
Kitorang dah bergaduh balik. Hahahaha mengamuk la mak aku lepas tu. "Baru jeee minta maaf dah bargaduh! Kang ada yang kena kangg!" krik..krikk la kitorang pastu.




Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

PINTU HATI NEELOFA AKHIRNYA TELAH TERBUKA MENERIMA LAMARAN

Pintu Hati Neelofa Akhirnya Telah Terbuka Menerima Lamaran |  Siapa sahaja yang tidak kenal dengan empunya nama ini Noor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa yang lebih mesra dipanggil 'Lofa' adalah merupakan Bekas Juara bagi pertandingan Dewi Remaja 2009/10 dan dari situ bermula lah karier beliau sebagai seorang anak seni yang telah menghiasi kaca TV anda dan kini dengan berani beliau telah mengorak langkahnya ke dalam dunia perniagaan dan berjaya menjadi usahawan yang disegani dan menjadi ikon kepada peniaga muda dan para wanita diluar sana. Beliau bukan sahaja menjadi ikutan dan panduan di dalam bidang perniagaan semata-mata, malah Neelofa juga sentiasa menjadi ikutan dari aspek berfesyen dan juga penjagaan kecantikkan. Lamaran apakah yang telah diterima Neelofa?


Oleh kerana kredibiliti yang kukuh diperolehi oleh aktres tersebut, CEO Syarikat Sun Fabulous Sdn Bhd  telah pun berhasrat untuk melamar beliau sebagai Duta Produk keluaran syarikat nya iaitu Chew n Glow. Siapakah geranga…