Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

VIDEO: WEFIE RAYA JUS HIDAYAH GOLD DAN MENANG RM10,000

WEFIE RAYA JUS HIDAYAH GOLD DAN MENANG RM10,000 | Jom korang!! yang mana suka bergambar reramai ni alang alang bergambar dapat menang duit. Tak nak ke?

Snappp!! snapp!! snapp!! ok send!
Untuk mereka yang tak tahu dan nak menang RM 10,000, sepanjang bulan Syawal ni Jus Hidayah Gold dari Syarikat Serai Mas Herb Sdn Bhd sedang mengadakan pertandingan Wefie Raya yang telah pon bermula pada 17/5/2018 dan akan berakhir pada jam 10.00 malam 1/7/2018.
Sesiapa saja boleh join contest wefie Jus Hidayah Gold tapi nak wefie nanti, korang kena lah wefie bersama-sama dengan produk Jus Hidayah Gold. Yang memang pelanggan tetap Jus Hidayah Gold ni memang orang kata chances korang lah untuk join. 
Tapi....pada yang takde lagi produk tersebut dan nak cuba korang boleh dapatkan produk tersebut di:
1. Toko-toko Jamu berhampiran
2. www.seraimas.my
3. Facebook Seraimas HQ.

Korang boleh hantar seberapa banyak gambar wefie yang korang nak. Unlimited. But! make sure kena bergambar bersama produk Jus Hidayah G…

PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA ANAK YATIM KAUSAR NEGERI SEMBILAN

PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA ANAK YATIM KAUSAR NEGERI SEMBILAN | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah ramadhan tahun ini aku diber kesempatan lagi join dengan kawan aku untuk program sumbangan ramadhan. 
Untuk pengetahuan korang, kawan aku si Suhaila ni (dalam gambar atas dia yang si tudung hitam tu)  memang aku sedia maklum yang setiap kali masuk bulan ramadhan dia dengan beberapa kawan dia yang lain memang akan arrange untuk program sumbangan kepada orang susah/miskin sebagai bantuan menyambut ramadhan dan syawal. 
Aku pulak sebenanrnya bukan lah join dari mula persiapan sumbangan itu dilakukan. Biasa aku akan masuk line time nak distribute sumbangan tu. Tahun lepas aku sempat gak lah ikut dia pergi ke beberapa buah rumah golongan susah/miskin yang terpilih untuk diberikan sumbangan. 
Hari tu bila aku tanya dia pasal sumbangan yang dia buat tu, dia cakap dia dah hantar beberapa pada family susah. So aku ingat tak sempat la kali ni nak follow dia untuk aktiviti sumbangan ni, tap…

PERKARA WAJIB BERLAKU PADA PAGI RAYA

PERKARA WAJIB BERLAKU PADA PAGI RAYA | Setelah 30tahun menyambut hari raya (Alhamdulillah tahun ini diberi kesempatan) memang setiap kali pagi raya akan berlaku perkara-perkara ni.

Bangun Awal
Bangun awal ni wajib lah. Solat Subuh tau. Ingat habis puasa habis Subuh pulak? Banyak cekadak! Kalau rasa tak nak kena pekik kat telinga oleh mak kau, baik kau bangun sebelum dia bangun. Kalau tersedar masa pagi tu, dengar pulak bunyi air dalam bilik mandi makna nya mak kau dah bangun la tu. Jadi better cecepat sebelum dia rasa "anak-anak dara" dia ni pagi raya pon tak reti nak bangun awal! Memang mintak kena simbah air la gamaknya tu. Sebab selepas ini banyak lagi insiden "berebut" akan berlaku.


Mandi Sunat Hari Raya dan Solat Sunat Hari Raya

Asbab kenapa mak kau bebel suh bangun awal, sebab ni haaa.. kena segerakan mandi sunat hari raya ni. Ada yang had malas mandi dulu tu, mula lah "kau pergi mandi dulu, dah siap kejut aku"... eerrr


Bagi lelaki pulak (dulu masa Ar…

RESTORAN SHAWARMA NASI ARAB TAMAN CONNAUGHT CHERAS

RESTORAN SHAWARMA NASI ARAB TAMAN CONNAUGHT CHERAS| Orang cakap bulan puasa ni kalau berdoa apa je In Shaa Allah akan di makbulkan oleh Allah. Hehehe Tapi aku tak lah sure sangat betul ke tak benda tu ek. Aku agak-agak je. Ngee..
Tapi sebetulnya mungkin rezeki bulan puasakan. Actually memang dari awal puasa hari tu tekak aku terasa nak makan nasi arab. Tup tup semalam kawan-kawan plan nak berbuka kat Restoran Shawarma, Taman Connaught.
Restoran Shawarma? Kedai apa tu? Tapi nama dah macam kedai Nasi Arab je. (hati mula riangggg.. yeahh!!) Apa lagi, GOOGLE la. Aku google sebab nak tau tu kedai apa. Kedua aku google sebab nak tau location.
Hahahaha almaklum lah kita ni buta jalan. Bila dah masuk area KL mula la blank kepala otak ni. Tapi takpe.... Encik WAZE adoo..
Taman Connaught tu aku tak pernah sampai pun sebenarnya. Jadi semalam tu kira pertama kali lah aku jejak ke sana. Perkara pertama aku runsing nak parking kereta. 
Haaa la mana tak risau nya. Bukan kawasan kita kan. Kalau buatn…