Skip to main content

MAGICAL RAMADHAN NIGHTS 2018, PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE

Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Nights 2018 | Assalamualaikum semua. Uishhh! pejam celik pejam celik nak dekat puasa dah kita ni ye. Lagi beberapa minggu je kita semua akan menyambut bulan ramadhan. Yang gegirl ni dah habis ganti ke belum? Hahahah macam tanya kat diri sendiri pulak kita ni kan. hahahah

Ok anyway bila dah nak masuk bulan ramadhan ni, perkara yang akan muncul dalam kepala korang mesti nak makan apa dan nak makan kat mana kan? Actually bulan ramadhan ni adalah peluang untuk kita gather bersama family dan rakan-rakan. kan? betul tak?

So dah alang-alang nak berbuka bersama mesti korang nak cari tempat yang so best untuk dijadikan ianya sebagai the best moment dan tempat korang nak berkumpul nanti. So kat sini aku nak share tempat yang boleh korang pergi untuk berbuka bersama family dan kawan-kawan adalah di Pullman Putrajaya Lakeside. 


Untuk tahun 2018 ini pihak Pullman Putrajaya mengetengahkan konsep yang bertema Magical Ramadhan Nights 2018 " Celebrate Your  Break Fasting With Us". Yang mana suasana berbuka nanti ditempatkan dikawasan ruang legar Pullman Putrajaya dan  akan dihiasi dengan lampu berwarna warni disamping itu korang juga akan dihiburkan dengan persembahan live band dan pertunjukkan lain yang disediakan oleh pihak hotel. 






Bagi menu berbuka pula pihak Pullman Putrajaya Lakeside menyediakan lebih 300 jenis buffet menu makanan termasuk yang paling berat sampai lah yang paling ringan. 

Kambing Panggang. The Most Favourite menu yang korang kena grap!




Yang minat goreng-goreng macam ni pun ada. Kalau aku dari pilih nasi aku lagi suka menu yang macam ni. 

Healthy food jenis rebus-rebus pun ada. Yang on diet jangan pening pilih menu. Ada je untuk korang ni. 


Apa orang panggil ni Popia Vietnam? kan? Firstime rasa. Sedap!





Peminat kuih melayu, ada je ni haa.




Ini adalah sebahagian menu yang akan dihidangkan sewaktu berbuka puasa nanti. Kalau nak letak 300 semua jenis menu tu memang tak cukup la nak tepek kat sini kan? Jadi buat mereka yang berminat nak buat tempahan ni detail harga yang di sediakan.:

Harga :
Dewasa Rm188
Kanak-kanak Rm 110

Tapi istimewa untuk korang yang beli sebelum 30 April 2018 ni:-

Harga Early Bird sebelum 30 April 2018
Dewasa Rm150
Kanak-kanak Rm100

Untuk tempahan boleh hubungi : 

Tel : 011-42142311 (En Nazri)
Emel : sales4@pullmanputrajaya.com

Comments

  1. Wow meriahnya activity di Pullman Putrajaya ni. Siap ada Stormtrooper haa!
    Menu nampak sangat menarik, terutamanya Kambing Panggang tu. Hehe favourite Bella bila berbuka di bulan Ramadan. Harga sedikit pricey pada Bella tapi Ramadan sekali je setahun kan, ok lah kalau berbuka satu malam dengan keluarga! :)

    ReplyDelete
  2. Menarik tema hotel Pullman ni. Lain dari yang lain. Rasa macam dekat world disney pun ada. Meriah sangat. Menu pun menarik. Ada nampak vietnam roll. Fav kita tu. Kalau dekat boleh cuba iftar dekat sini.

    ReplyDelete
  3. hai ika,

    serius menu kat situ memang gembak tau.. sesuai la dengan harga yang ditawarkan tu.. seriusly memang happening kan mlm tu.. anak akak smpai taknak balik sebab nak tgk show firework tu lagi.. kena pegi lagi ke mcm mane?? hahaha/.. tgk harga telan ailio gak la..

    ReplyDelete
  4. setiap tahun akan ke sini. tapi tahun ni takde rezeki. best ke sini sebab banyak gila choice yang ada.

    ReplyDelete
  5. Macam- macam ada ha..tapi kalau sebut buffet ramadhan yang queue panjang biasanya area kambing panggang kan..memang jadi pilihan ramai...

    ReplyDelete
  6. wahh memang rare ya buka puasa kat sini. konsep magik yang lain daripada yang lain! harganya nampak agak mahal tapi sekali sekala pastilah berbaloi kan? lagi-lagi kalau datang dengan famili dan anak kecil. mesti semuanya terhibur dan puas hati!

    p/s: kambing panggang tu! mengancamnya... T,T

    ReplyDelete
  7. Meriah tempat macam ni..ni boleh cuba setiap jenis makanan sampai ke waktu moreh ni..hehe..makanan tempat macam ni konfem2 sedap kan

    ReplyDelete
  8. Wow! Hampir rm200 dah. Aduhai :-) tapi, tgk tempat & makanan la ye yg buat harga gitu mahal. Menarik setting kerusi meja. Lain dari yg lain.
    Popia vietnam tu, menarik perhatian. Tak pernah try lagi tau. If aida ke Pullman, itu la yg aida cari dulu kot hi hi hi

    ReplyDelete
  9. Wow cantiknya suasana buka puasa kat Pullman ini memang membuat kita rasa nak datang sekali kat sini buka puasa kita suka sebab ia tepi tasik hehehehe ada pakej sekali bermalam kat sana tak nak rasa lah...

    ReplyDelete
  10. Magical indeed! Love the outdoor setting - very refreshing and great for a gathering of friends and family. Fire eaters and stormtroopers walking around, the kids would love it.

    ReplyDelete
  11. cantiknya suasana di hotel ni! sangat berwarna-warni. suka tengok meja makan hijau kuning tu. aktiviti pun banyak yang best2. makanan yang disediakan juga banyak pilihan dan nampak sedap semuanya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi ke Pullman ni. Teringin jugak nak merasa hidangan kat sini, katanya sedap-sedap. Tengoklah kalau ada rezeki lebih nanti sis ke sana..suka dengan deco yang dibuat serta ada aktiviti juga. Sure meriah berbuka di sana

    ReplyDelete
  13. wow...pullman looks so hype! definitely not your typical ramadhan buffet. I would definitely want to try them out this year.

    ReplyDelete
  14. Wah meriahnya persembahan kat sini dan agak unik berbanding tempat lain. Hidangan menu yang disajikan juga nampak menarik dan pelbagai jenis. Berbaloi ya makan di sini.

    ReplyDelete
  15. Biasa lah bila dah menjelang ramadhan ni, buffet sana sini. Best je tengok. Tapi harga mostly mencekik tahun ni.mahalll

    ReplyDelete
  16. Wah menarik menu dia.sedap tengok kuih onde onde kan tu hahahahha airah pun tak berapa tau nama kuih ni

    ReplyDelete
  17. Amboi nya menariknya buffet ramadhan kali ini. Banyak pilihan makanan. Ika suka sgt dengan ramadhan.buffet especially dessert.

    ReplyDelete
  18. Last year hilma ada buka pose kat sini..mmg best..yg best ade performance yg if ada budak mmg happening..byk sgt mknan lauk byk sgt..western la kambing la..lauk kuah kawah la..best betul

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…