Skip to main content

IJM LAND HALF MARATHON 2018


IJM Half Marathon 2018| Assalamualaikum semua. Hai korang. Ini aku nak share news best kat hang pa semua. Sekarang ni macam semua tau aktiviti larian dah terlalu sinonim dengan masyarakat Malaysia. Rakyat Malaysia sekarang dah 'realize' atau sedar bahawa hidup secara sihat itu penting. 

Kalau kita tengok la kan, selari dengan perkembangan pasaran makanan yang dipanggil 'hipster' dan viral yang sedang tumbuh bagai cendawan itu, semakin banyak juga aktiviti kesukanan yang menular dikalangan rakyat Malaysia. Jadi seiring la kan kehidupan kita tu. Dok telan macam-macam kena kasi bakar sikit. Ye dak?

Sis ready nak run ni. Hahahahah!!!

Oleh kerana aktiviti larian ini telah menjadi 'kegemaran'ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan pada program Hal Marathon 2017, Pihak IJM Land dengan banggannya sekali lagi telah menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu acara tahunan didalam kalender tentatif mereka. Untuk makluman semua, tahun ini merupakan tahun kedua buat mereka bagi mengadakan acara IJM Half Marathon. 

Buat mereka yang tertanya-tanya bila acara ini akan berlansung, of course ramai yang tak sabar nak register kan? Ok ni aku bagi tau ye, set terus dalam kalender masing-masing, 12 August 2018 (Ahad). Acara ini akan diadakan di Dataran Centrio, Seremban 2 (Opposite Mydin S2), bermula jam 6am - 11am. 

Barisan penaja bagi program IJM Half Marathon 2018

Dato' Hoo Kim See iaitu Senior General Manager (Central Region) bersama peserta paling veteran yang join IJM Half Marathon 2017. Kita yang muda ni tak tercabar ke? 


Untuk kategori yang ada, korang boleh tengok kat gambar bawah ni: 

Nak register pulak, yang rajin boleh terus walk-in ke IJM Land Seremban 2 Office dari Isnin hingga Sabtu (9am – 5pm). Kot takut dah full ke apa ke kan. Kedua macam biasa lah semua nak senang je kan? Online la apa lagi. Boleh klik link NI 

Route 21 KM
Route 12 KM
Route 5 KM
Untuk Maklumat lanjut:

E-mail: info@twoz26.com / irisyap@ijm.com
Contact: 03-8074 9209 / 06-761 3888 (Mon-Fri, 10am-5pm)


Jangan lupa baca post ini:


Comments

  1. Wah tika dah start masuk run run...jom akak pun nak masuk

    ReplyDelete
  2. Tengok 5Km pun rasa macam dah semput... Tapi teringin nk join

    ReplyDelete
  3. wah...best ni..KG suka klu x perlu lari naik bukit..heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

PINTU HATI NEELOFA AKHIRNYA TELAH TERBUKA MENERIMA LAMARAN

Pintu Hati Neelofa Akhirnya Telah Terbuka Menerima Lamaran |  Siapa sahaja yang tidak kenal dengan empunya nama ini Noor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa yang lebih mesra dipanggil 'Lofa' adalah merupakan Bekas Juara bagi pertandingan Dewi Remaja 2009/10 dan dari situ bermula lah karier beliau sebagai seorang anak seni yang telah menghiasi kaca TV anda dan kini dengan berani beliau telah mengorak langkahnya ke dalam dunia perniagaan dan berjaya menjadi usahawan yang disegani dan menjadi ikon kepada peniaga muda dan para wanita diluar sana. Beliau bukan sahaja menjadi ikutan dan panduan di dalam bidang perniagaan semata-mata, malah Neelofa juga sentiasa menjadi ikutan dari aspek berfesyen dan juga penjagaan kecantikkan. Lamaran apakah yang telah diterima Neelofa?


Oleh kerana kredibiliti yang kukuh diperolehi oleh aktres tersebut, CEO Syarikat Sun Fabulous Sdn Bhd  telah pun berhasrat untuk melamar beliau sebagai Duta Produk keluaran syarikat nya iaitu Chew n Glow. Siapakah geranga…