Skip to main content

MOVE ON vs REDHA


Assalamualaikum. Uishhhh. Lama betul aku tak menaip kat tempat favourite aku ni. Maklumlah kerana ke 'busy' an kerja (alasan cliche tak dapat update blog) jadi lama juga lah aku tak menjengah. Actually sekarang ni aku tengah dok key in data kerja aku ni. Tapi penat lah dok ngadap dan menaip benda yang bernama 'kerja' tu so melencong la kejap. Tak salahkan? hahahah!!

Tiba-tiba masa tengah dok siapkan kerja aku terfikir tentang perkataan 'move on'. Kalau ikutkan perkataan move on benda biasa je. Dan perbuatan tu dah lama kita adapt dalam kehidupan kita. Tapi sesejak kita terpengaruh dengan zaman hipster ni, jadi word 'MOVE ON' telah menjadi antara perkataan kegemaran budak-budak sekarang. Bukan budak je yang havoc guna, Mak, Pak pun turut join sama menggunakan ayat motivasi dan berhantu ini, termasuk la aku sendiri. Kahkahkahah!! Let's Move on gitu.



Apa itu Redha?
Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah.


Apa itu Move on?
Singkatan nya di panggil sebagai bangkit. Istilah ini lebih sering diterapkan terhadap orang yang sedang patah hati dan sulit untuk melupakan hal yang pernah ia dialami.

**P/s: Definisi di atas itu bukan dari sumber ilmuan yang terbilang ya. Semua tu info dari google. Nak tahu makna sebenar boleh rujuk pakar bahasa atau para Ilmuan yang mahir.

Kalau dari segi perkataan dan pemahaman diri sendiri, 2 perkataan itu nampak serupa. Ianya lebih memberi makna bahawa seseorang perlu meneruskan kehidupan dan menerima kenyataan atas apa yang berlaku. Akan tetapi Redha adalah lebih menyeluruh kepada semua perkara dalam kehidupan kita. Dari semua perkara dan dari segala sudut dan perlu kembali kepada Yang Satu.

Akan tetapi bagi 'Move On' pula lebih dekat digunakan pada perkara yang melibatkan soal hati dan perasaan. Lebih dekat juga dengan perkara yang berkaitan dengan cinta. 

Macam mana nak move on? macam mana nak redha? 

Move on ini nampak simple tapi berat untuk dilalui. Setiap orang baik lelaki atau perempuan mempunyai cara yang tersendiri untuk merelakan diri untuk move on. Tapi hati kita masih lagi mengharap untuk sekujur tubuh yang bernama manusia untuk sentiasa memahami apa yang kita rasa dan yang kita harapkan. Tapi apabila mereka gagal faham seperti apa yang kita mahu, kita akan terus kecewa..kecewa..dan kecewa. 

Untuk menghadapi redha aku tidak kata ianya mudah. Apa yang kita rasa masih juga sama dalam perasaan kita saat perlu move on. Masih juga ada rasa kecewa. Give up. Down. Sedih. Macam-macam lagi. Tapi bezanya kebergantungan kita atas semua yang berlaku adalah pada Dia yang satu. Kita duduk sendirian. Membayangkan saat itu hanya ada kau dan Dia dalam dunia ini. Kau mengadu. Kau menangis. Semuanya kau luahkan pada Dia. Sampai ada ketika untuk perkara yang kau tak mampu nak lafazkan pada Dia, kau dapat rasa seolah-olah Dia faham apa yang tak terucap oleh diri kau masa tu. Air mata yang mengalir itulah pengganti bicara yang tak terlafaz tersebut. Lepas tu kau akan rasa lega selega nya.


Tak salah untuk anda pilih nak yang mana. Tiada salah untuk Move On. Tiada juga silap jika pilih Redha. Kedua-dua perkara ini masih lagi perkara yang baik. Just be strong dan enjoy your life ok?


Comments

  1. deep..belajar untuk redha tu ambil masa yang lama adapt perkataan ni...kadang kita redha dengan something tapi tak terluah di mulut..hanya terluah jauh di sudut hati je..

    ReplyDelete
  2. Ada hikmah apabila kita diuji atau sesuatu yang tidak diingini berlaku .Sebab tulah kna bangkit semula dan perbaiki diri supaya kita dapat belajar sesuatu daripada ujian tersebut

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…