Skip to main content

HELIXIR LIP DR LAURANNE SERUM PENJAGAAN BAGI BIBIR KERING DAN MEREKAH


Helixir Lip Dr Lauranne Serum Penjagaan Bagi Bibir Kering Dan Merekah | Assalamualaikum semua. Segala inci yang ada pada seorang baik lelaki atau wanita semuanya dianggap penting dan perlu dijaga dengan rapi. Dari sehalus-halus rambut hingga lah sebesar-besar 'aset' yang ada pada seseorang amat penting untuk diambil serius untuk penjagaan nya. 

Untuk pengetahuan semua, bibir adalah salah satu 'aset' penting bagi semua orang. Jika tidak, takkan wujud lah bermacam-macam jenis pemerah bibir yang berbagai warna demi menarik mata yang memandang dan paling tidak pun terdapat pelbagai jenis pelembab yang dijual dipasaran. Jangan terkejut sekiranya aku katakan ada juga sesetengah lelaki consume pelembab bibir ini. 

Selepas wajah, bibir adalah pandangan kedua yang akan dilihat. Oleh kerana itu lah kenapa kita tersangat sensitif sekiranya ada yang tercacat sedikit pada keadaan bibir kita. Pernah tak orang tegur bila jumpa kita "kenapa bibir kau kering sangat?". Mesti pernah kan? Jadi sebab itulah aku berani cakap bibir ini 'aset' penting selain wajah kita.




Punca-punca kekeringan

Suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ianya ianya suhu tinggi atau suhu yang terlalu rendah. Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, menggunakan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.

Kekurangan air (dehydration). Ramai yang menyangka dengan meminum air, seseorang itu boleh menyahidrasi. Namun berhati-hatilah dengan apa minuman yang kita minum. Meminum caffeine atau alcohol juga sebenarnya menyebabkan dehidrasi tanpa disedari. Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari. Namun kita harus minum air jika keadaan lebih panas, atau melakukan aktiviti di luar rumah atau badan seseorang dikirakan obese.

Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri. Mereka menyangka dengan ’menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ianya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.

Tanpa disedari makan yang dimakan mengandungi bahan yang seseorang alergik terhadapnya, lalu bibirnya secara tiba-tiba menjadi bengkak, kadang kala kering akibat alahan terhadap bahan itu. Ini menjadi isu serius bagi penghidap penyakit eczema.


Helixir Lip Dr Lauranne.

Kandungan yang terdapat didalam Helixir ini adalah mengandungi Ekstrak Siput. Apa yang dilakukan serum siput kepada kulit bibir?

 Membantu mengekalkan kulit yang sihat serta meningkatkan fungsi sel dengan penggunaan antioksidan
 Akselerasi pembaharuan tisu-tisu yang rosak
 Menggayakan pertumbuhan semula kulit cepat
 Meningkatkan keplastikan kulit


Kebaikan:
 Mengekalkan warna bibir semulajadi
Proteksi bibir membentuk UV 
 melindungi bibir dari bahan melekat bibir berbahaya
Memegang bibir sihat

Untuk pengetahuan korang semua produk keluaran daripada Dr Lauranne ini adalah bersifat Unisex. Maknanya ianya tidak terhad penggunaan nya kepada kaum hawa semata-mata. Kaum adam juga boleh consume produk tersebut demi menjaga kecantikan dan ketrampilan mereka. Tambahan lagi Helixir Lip ini telah ditetapkan mereka yang boleh gunakan produk ini sesuai buat bagi mereka yang  berumur 18 tahun sehingga 50 tahun. 

Comments

  1. CCL salah sorang bibir kering ni .selalu nak apply lipstik akan pakai lipbalm dulu .

    Jemout ke entri
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/11/jom-cantik-bersama-beauty-in-drops-dari.html

    ReplyDelete
  2. bestnya.. nak cari jugaklah.. akak memang selalu bibir kering..

    ReplyDelete
  3. Menarik.. Musim panas ni minum air byk pun ttetap kering bibir ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…