Skip to main content

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS


Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 

Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.

(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 

Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Kalau ikutkan schedule mesyuarat bermula pada 12/10/2017 jam 8.30 pagi. Jadi kami bertolak ke Cameron awal sehari pada 11/10/2017 jam 2.45 petang. Disebabkan aku tak suka ke cameron, jadinya aku kurang tahu lah keadaan sebenar cameron macam mana. 

Waahhh macam foreigner sangat kan aku ini. Padahal asal Malaysia je. Rumours orang selalu cakap "cameron ini sejuk", dan aku percaya itu. Sangat sejuk! Masa sampai tempoh hari baru lepas hujan. So memang sejuk lah. Jadi aku assume sejuk ni sebab lepas hujan. Ok fine. Tapi sepanjang berada di Cameron tiada lansung episod panas ye. Ada matahari pon sejuk. Simpan air dalam frizer lepas tu aku keluarkan letak atas meja selama seharian, esoknya air dalam botol tu tetap sejuk. Untuk pengetahuan anda semua, bilik tiada air cond. Kipas silling je. Itu pon aku tak on kan. Tidur pakai sweater dan stokin. Pehhhh tak tahan badan. 

(Alamak! tercerita kisah sedih lagi.. hahahah.. ok next!)



Check in prosess. Kena tunggu turn dahulu. Kita utamakan mereka yang berusia dulu ya. =)



Ok! This is my room number. 





Mempunyai ruang pantry sendiri. Turut disediakan keperluan pinggan, mangkuk, pemanas air dan microwave. 





Ruang tamu dia sangat besar dan selesa. 


Ruang kamar tidur yang di asingkan dari ruang tamu. Unik sangat!



Kerana kita rindu Si Dia, jadi bawak lah Encik Teddy together.


Bilik dia sangat exclusive pada aku. Bilik yang aku duduk ni adalah jenis 2 Bedroom Suite. Ada yang jenis 2 Bedroom suite tapi 1 Queen Bad. Tapi bilik yang aku duduk ni dapat 2 single bad. Tapi harga untuk queen size bad atau 2 single bad tetap sama. Consider jenis room 2 bedroom suite juga.  Untuk info lanjut boleh rujuk laman web offical mereka NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE CAMERON HIGHLANDS

Sepanjang 3 hari mesyuarat dan program yang diaturkan oleh pihak urusetia untuk kami semuanya telah berlansung di Nova Highlands Ballroom & Banquet.





Ruang Ballroom & Banquet ini boleh dibahagikan kepada 4 ruang kecil seperti gambar kedua diatas. Sebab dia dibahagikan dengan flip wall yang boleh dibuka dan tutup. Tambahan lagi sangat suggested sekiranya mana-mana jabatan kerajaan atau syarikat swasta yang ingin mengadakan mesyuarat diluar boleh pilih untuk di adakan disini kerana Nova Highlands turut menyediakan keperluan LCD dan juga kemudahan internet (wifi) di dalam Ballroom & Banquet tersebut.


Selain dari bilik, ruang makan juga menjadi tempat kegemaran sesetengah pengunjung. Ada juga sesetengah menilai keadaan ruang makan juga menjadi penanda aras kualiti bagi sesebuah hotel atau resort. Mula-mula jejak ke ruang makan, hati terus terdetik "Ok. Not bad. Bersih. Nyaman dan cantik". Di tambah dengan kesejukkan di Cameron Highlands tu rasa sangat fresh udara yang dirasai.








Dah alang-alang naik Cameron kan, so masing-masing semua nak release tension konon jadi urusetia sempat la juga selit program jalan-jalan untuk kami ke kawasan favourite di Cameron Highlands. Jarak nak ke kawasan yang kami kunjung tu dari kawasan penginapan tak lah jauh sangat. Yang menjadi lambat sampai ke destinasi sebab sesak dengan kereta dan bas pengunjung. Almaklum musim cuti sekolah. So memang peak la.

Antara tempat yang menarik menjadi pilihan pengunjung yang naik ke Cameron adalah Lavender Garden. 









Everything in purple view. Cantik sangat. Kebetulan aku pakai color purple so macam kebetulan pula. Jadi bila ambil gambar nampak cantik sangat la kan. Dengan baju hitam. Macam hidup pula gambar tu. Actually mungkin ada ruang cantik yang lain tapi tak sempat nak explore jauh lagi sebab kekangan masa, jadi area-area tu la yang sempat aku terjah dan snap sebagai kenangan pernah datang sana.

The last one, tempat paling disukai pengunjung bila naik Cameron for sure masing-masing nak singgah. Nama tempat tu Kea Farm. Panggilan biasa orang panggil pasar. Pasar ni bermula operasi awal pagi. Aku tak tahu exactly time pukul berapa, tapi masa aku singgah tempoh hari dalam pukul 10.30 macam tu dah banyak penjual dan kedai yang dah mulakan urusan jual beli. Sudah tentu bila singgah semua nak cari Strawberry dan Coklat. Sayur-sayur segar pun tidak ketinggalan ada juga yang memborong. Mana tak nya sayur segar, bulat-bulat semuanya.















Nak cari souvanir sebagai kenang-kenangan pon ada dijual kat Kea Farm ni.


Do you want buy some fresh flower? Sini pun ada. Buat suprise untuk buah hati sikit. Baru lah romantik kan? Balik rumah je, "sayangggggg!!! nah untuk awak!!" hahaha








Comments

  1. Tikah nampak dah lose weight. Penat keje ek? Best tu gi Cameron. Samalah, tak suka nak travel gi sana sebab jalan bengkang-bengkok tu. Tapi dah sampai terus hilang semua rasa tu.

    ReplyDelete
  2. Wah nampak seronok jer bergambar sakna noo kat sana.
    Hehehe.. Bab jalan tu akak akui mmg blh buat kita mual nak muntah bagai..akak pon masa pegi sana muntah mual semua ada ..tapi standby minyak angin sokmo laaa.

    ReplyDelete
  3. Cameron kalau lepas hujan memang sejuk. Nak mandi pagi pun rasa nak nangis haha.

    ReplyDelete
  4. Ala..jeles ngan tikah..akak ni ntah bila nak naik CH lagi..rindu lepak sana..

    ReplyDelete
  5. Seronoknya pergi cameron highland , walaupun kursus , alang alang pergi berjalan .

    ReplyDelete
  6. Ermmm, boleh try recce Nova Hotel ni sebab in shaa Allah bln 3 thun dpan nak gi Cameron lg

    ReplyDelete
  7. Dulu mula-mula takut jugak nak naik Cameron. Tapi bila dah sampai rasa macam nak pergi lagi. Feeling like foreigneir uolsss.. Haha! Ehhh bunga-bunga kat sana cantik kan? Suka ...

    ReplyDelete
  8. Amboiii dah alang2 meeting tu berjalan la sekali yerr. Hehe

    ReplyDelete
  9. Seronoknya pergi meeting jauh-jauh. Boleh jalan-jalan dan shopping

    ReplyDelete
  10. Bestnya...hotel sangat cantik dan view pun besttt..nak pegi la nanti🤗

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…