Skip to main content

MY FUN COOKING 2017


My Fun Cooking 2017 | Assalamualaikum semua. Lepas saja balik dari mesyuarat di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands , keesokanya aku terus memenuhi undangan ke pertandingan  My Fun Cooking 2017 di One Space, One City USJ. Di maklumkan pertandingan ini terdiri daripada 4 pusingan. Pusingan pertama pada 15 Oktober 2017 (yang aku hadiri tempohari) , pusingan kedua pada 22 Oktober 2017, pusingan ketiga pada 29 Oktober 2017, dan pusingan akhir pada 12 November 2017. 

Tumpang lalu. Aku pon nak enter frame juga. Heheheh

Bagi pertandingan ini, terdapat 12 kumpulan yang terdiri daripada pasangan ibu dan anak , yang dibahagikan kepada empat (4) kumpulan bagi setiap pusingan. Setiap ahli kumpulan tersebut perlu terdiri daripada seorang peserta berumur 10 ke 18 tahun dan seorang lagi terdiri dari ibu atau pembantu dewasa. Empat (4) pasangan kumpulan ini  akan berentap sesama mereka bagi merebut gelaran juara pada pusingan tersebut. Juara bagi setiap pusingan itu sekali lagi akan bersaing bersama juara setiap pusingan untuk merebut gelaran juara My Fun Cooking 2017.







Konsep pertandingan ini, peserta dibawah umur akan diberi sejumlah peruntukkan wang (budget) untuk membeli barang bahan masakan di SK Market iaitu salah satu syarikat penaja bagi pertadingan My Fun Cooking 2017 anjuran Syarikat Lee Kum Kee. Selepas itu mereka perlu menyediakan masakan mengikut tema yang telah pihak penganjur tetapkan. Bagi pusingan pertama ini, penganjur telah memilih ayam sebagai bahan utama sebagai pertaruhan peserta pertandingan tersebut dan para peserta diberi masa selama 1 jam untuk menyediakan masakan itu dan perlu menggunakan beberapa produk dari Lee Kum Kee sebagai bahan perasa tambahan dalam setiap masakan yang di sajikan. Barangan elektronik yang digunakan sewaktu pertandingan tersebut telah ditaja oleh Syarikat Electrolux and Desa Home Theatre Sdn Bhd.






Satu-satunya kanak-kanak lelaki yang menjadi peserta pada pertandingan tersebut.

Barisan para pengadil di pertandingan My Fun Cooking 2017
Apa tak puas tengok gambar? Ok jangan risau banyak lagi ni haaa. Cuci lah mata anda semua ya. 













Juri pun pening nak pilih pemenang sebab semuanya sedap-sedap belaka.

Pihak penganjur juga ada menyediakan 'refreshment' untuk tetamu jemputan yand hadir pada hari kejadian. Peserta tengah sibuk memasak, aku apa lagi makan lah kenyang-kenyang kan.






Setelah pengadilan dibuat, juri telah memilih pemenang bagi pusingan pertama iaitu Puan Kat Kok Han Teng (Ibu) dan Chloe Chong Cheng Yee, 11 tahun (Anak) dengan sajian nya yang diberi nama "Kum Kee Golden Patties"


Mr. Vincent Chui, Regional Marketing Director Lee Kum Kee Malaysia telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pusingan pertama.

Peserta yang tidak berjaya tidak pulang dengan tangan kosong ya. Mereka turut menerima hadiah saguhati daripada pihak penganjur iaitu dari produk Lee Kum Kee.




Pemenang telah menerima barangan dari Lee Kum Kee dan juga Electrolux and Desa Home Theatre Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, anda boleh layari official Facebook page “MyFunCooking2017” or contact Ms. Ling at 03-4287 0039 / 011-2608 8034.



Comments

  1. Bestnya masak-masak dengan anak. Bagus aktiviti ni, boleh eratkan hubungan antara anak dan ibu

    ReplyDelete
  2. Seronoknya buat program masak masak nie (:

    ReplyDelete
  3. bw sini n dofollow blog nih..
    bestnya join contest macam ni, blh gilap skill memasak masing2, bukan hadiah jd buruan kan, tapi kepuasan diri yg paling utama sbb tgk semua peserta macam gembira je...

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa, semua nampak sedapp 😍

    ReplyDelete
  5. Seronok tgk mak dgn anak masak2..suwit.. ;)

    ReplyDelete
  6. Memang 'fun' kalau dapat masak sama-sama dengan mak. Best pertandingan macam ni. Menambah minat anak-anak jugak.

    ReplyDelete
  7. Allahh. Kusyukk sungguh naaa tengok depaa ni. Mesti sedap ni kann 😘

    ReplyDelete
  8. Bagus konsep pertandingan ni. Memang idea yang baik buat pertandingan macam ni untuk rapatkan hubungan ibu dan anak

    ReplyDelete
  9. macam-macam menu ada. semua nampak sedap ni

    ReplyDelete
  10. Aktiviti yg sangat awesome utk ibu dan anak..boleh asah minda dan kreativiti anak2...good jpn πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  11. Terima Kasih Atikah. Thank you for sharing this interesting & fun Blog. Indeed good to see Lee Kum Kee is organising meaningful event for family - especial to nurture young generation to be interested in cooking.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

PINTU HATI NEELOFA AKHIRNYA TELAH TERBUKA MENERIMA LAMARAN

Pintu Hati Neelofa Akhirnya Telah Terbuka Menerima Lamaran |  Siapa sahaja yang tidak kenal dengan empunya nama ini Noor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa yang lebih mesra dipanggil 'Lofa' adalah merupakan Bekas Juara bagi pertandingan Dewi Remaja 2009/10 dan dari situ bermula lah karier beliau sebagai seorang anak seni yang telah menghiasi kaca TV anda dan kini dengan berani beliau telah mengorak langkahnya ke dalam dunia perniagaan dan berjaya menjadi usahawan yang disegani dan menjadi ikon kepada peniaga muda dan para wanita diluar sana. Beliau bukan sahaja menjadi ikutan dan panduan di dalam bidang perniagaan semata-mata, malah Neelofa juga sentiasa menjadi ikutan dari aspek berfesyen dan juga penjagaan kecantikkan. Lamaran apakah yang telah diterima Neelofa?


Oleh kerana kredibiliti yang kukuh diperolehi oleh aktres tersebut, CEO Syarikat Sun Fabulous Sdn Bhd  telah pun berhasrat untuk melamar beliau sebagai Duta Produk keluaran syarikat nya iaitu Chew n Glow. Siapakah geranga…