Skip to main content

SEKOLAH DAHULU DAN SEKOLAH SEKARANG


Assalamualaikum semua.

Alahai... tengah boring-boring ni tiba-tiba pula teringat dan terimbau zaman-zaman sekolah. Terutama zaman sekolah rendah. Makin dewasa ini, makin banyak pula masalah hidup yang datang. Otak jadi stress tahap melampau. Walaupun zaman kanak-kanak dulu bukan lah zaman yang paling aku suka (sebenarnya lah), tapi zaman kanak-kanak adalah zaman yang aku tak perlu untuk fikir banyak benda. Aku hanya tahu, hidup aku tidur, bangun, pergi sekolah, jumpa kawan-kawan, main tiang, main kejar-kejar, main nyorok-nyorok, main getah. Begitu lah seterunya hidup aku zaman kanak-kanak selepas peraliran zaman tadika.

Kalau korang tengok gambar kat atas tu, mesti boleh spot kan mana satu aku. Kah kah kah kah! Budak perempuan. Bulat-bulat. Debab-debab. Itulah aku. Muka budak comot sungguh aku. Tapi sekarang aku dah jadi gadis jelita. Bertambah comel. OK! OK! aku dah mula nak melalut jauh. Mari kita kembali ke tajuk asal aku. Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang.

Apa beza ya Sekolah Dulu dan Sekolah Sekarang? Kejap. Aku cuba mencari spot perbezaan apa yang aku cuba nak highlightkan dalam entri santai aku ni. Pertama perbezaan dari segi bangunan sekolah. Boleh dikatakan bangunan sekolah sekarang makin cantik (sure!) . Perkara itu boleh dibuktikan bila aku sendiri tengok bangunan sekolah aku dahulu dan bangunan sekolah yang sama tapi telah ditambah baikkan. Beruntung adik-adik sekarang perhimpunan pagi tak perlu duduk ditapak perhimpunan yang basah. Lepas tu, tak dapat nak merasa main baling batu-batu kecil ditapak perhimpunan yang beralaskan jalan tar. Kalau nak tahu, aktiviti main baling batu-batu kecil ini akan berlaku bila mengantuk dengar guru besar berucap yang pada awalnya dikatakan,

"kini dijemput tuan/puan guru besar untuk menyampaikan ucapan beliau sepatah dua kata".
(sekali setengah ke 1 jam dicelotehnya)

Perbezaan kedua adalah menikmati mainan tradisi kanak-kanak. Aku rasa kalau tanya adik-adik sekarang ini, mereka mungkin tak tahu apa itu main getah, main tutup botol, main lawan pemadam, main batang ais krim, main tangkap tiang, main polis and thief, main kad "Happy Family", main kad "Dongky", kalau di senaraikan banyak mainan nya. Bukan maksud aku nak highlight kan disini tentang mainan semata-mata. Tapi sebenarnya benda itu semualah yang memeriahkan dan menjadikan ada perbezaan diantara sekolah dahulu dan sekolah sekarang. Boleh dikatakan kanak-kanak sekarang telalu advance dari segi kehidupan mereka kerana sekarang dikatakan sebagai "zaman IT". Bayangkan umur 12 tahun dan layan segala jenis sosial media, jadi kebarangkalian yang amat tinggi bahawasanya mereka tidak tahu jenis-jenis mainan yang disenaraikan diatas. 

Perbezaan ketiga adalah guru-guru. Dah kenapa pula guru-guru pun termasuk dalam cerita perbezaan Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang ni? Ok bab ini keberuntungan nya adalah kepada adik-adik sekarang. Zaman aku sekolah dulu jarang nak dapat guru muda-muda. Baik cikgu lelaki atau cikgu perempuan. Semuanya had-had umur yang sebaya ibu dan ayah kita. Tapi adik-adik sekarang ini seronok la ya. Boleh jadi kawan-kawan dengan cikgu masing-masing. Sekarang ramai dah cikgu yang muda cantik dan hensem. Pakat-pakat reramai jadi adik angkat lah gamaknya dengan cikgu masing-masing. Ini bukan cerita dongeng. Kisah dari adik aku sendiri. Rupanya cikgu kelas dia kakak angkat dia. Berani sungguh budak-budak sekarang. Kita dulu takut lah dengan cikgu. Mungkin sebab dulu dapat cikgu sebaya ibu sendiri. Memang tak lah cikgu nak layan atau terlalu rapat dengan anak murid. Kita dulu nak rapat dengan cikgu caranya tolong angkat beg atau buku. Selalu buat macam tu, memang boleh rapatlah dengan cikgu. Sekarang cikgu muda dah pakat macam kakak dan abang sendiri. 

Perbezaan keempat adalah kewujudan group whatsapp. Dalam pada peningkatan zaman IT sekarang ini, yang kebanyakkan masyarakat umum memandang perkembangan IT ini lebih kepada keburukkan, tapi di sudut kebaikkan nya wujudnya group antara cikgu dan anak murid atau dengan ibu bapa pelajar sebenarnya membantu lagi proses komunikasi antara mereka. Sebagai contohnnya dahulu bila pelajar tidak dapat hadir ke sekolah, tertinggal subjek pelajaran pada masa itu sudah pastinya berlaku. Bila pelajar datang sekolah keesokkannya dia akan terpinga-pinga. Tak tahu semalamnya belajar tajuk apa atau ada homework yang perlu diselesaikan. Tapi dengan adanya group cikgu dan pelajar, pelajar yang tak datang pada hari kejadian boleh mesej dalam group tersebut untuk bertanya terus kepada cikgu atau kawan-kawan apa subjek yang di ajar pada hari tersebut dan apa kerja yang perlu diselesaikan. Jadi tiada alasan yang pelajar sekarang boleh bagi untuk excuse kerja mereka. 

Kebaikkan bagi group cikgu dan ibu bapa pula boleh dilihat dari sudut untuk mengetahui perkembangan aktiviti di sekolah atau perkembangan anak masing-masing. Contohnya jika ada mesyuarat PIBG yang selalunya akan diadakan pada setiap tahun, atau apa sahaja aktiviti yang perlu melibatkan ibu bapa pelajar untuk hadir, guru tersebut boleh secara terus memaklumkan kepada ibubapa berkenaan perkara tersebut dan boleh update secara terus siapa yang akan hadir. Selain dari itu kelebihan ini boleh juga digunakan oleh guru untuk maklumkan mengenai peperiksaan yang bakal diadakan pada tarikh-tarikh tertentu sebagai persediaan untuk ibu bapa sendiri memantau anak masing-masing sebelum menghadapi peperiksaan yang dijalankan. Sebab ada sesetengah anak-anak ini, bila dah dapat jadual peperiksaan atau surat memaklumkan peperiksaan akan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan mereka tidak akan memaklumkan terus kepada ibu bapa. Jadi penambahbaikkan sistem group whatsapp yang banyak di "implement" dalam sistem persekolahan sekarang merupakan inisiatif yang bagus yang boleh dilihat dari sudut kebaikkan untuk masa sekarang.

Perbezaan kelima adalah "duit belanja" harian. Dulu masa aku sekolah rendah, aku ada dua (2) sesi persekolahan. Pagi sekolah agama, petang pula kebangsaan. Masa ni darjah 1-3. Masuk darjah 4-6 sesi bertukar kepada pagi kebangsaan, petang agama. Aku rasa sesi dua waktu ini masih diguna pakai dalam sistem persekolahan sekarang. Jadi tiada perbezaan sangat mengenai sesi persekolahan tersebut. Cumanya yang amat drastik sekarang adalah duit poket adik-adik sekarang ini. Duit belanja aku dulu ibu atau ayah akan bagi aku RM2. RM1 pagi dan RM1 petang. Cukup atau tidak memang itulah jumlah duit yang dibekalkan. Tapi alhamdulillah jumlah yang diberi jarang lah tak cukup. Semuanya cukup. Naik sekolah menengah baru lah aku merasa dapat duit belanja RM5. Itulah dia duit makan, duit tambang bas. Ada aktiviti petang dapatlah extra lagi RM5. Tapi kos belanja sekolah sekarang, untuk sekolah rendah sahaja dah tak valid dah kalau diberi RM1. Paling tidak pun mungkin RM3 ke RM5. Bayangkan lah kalau nasi lemak sahaja dijual dengan RM1.50, kalau kita bagi RM1 sahaja alamat tak makan lah anak-anak kita. Tapi sebenarnya jarang ada anak-anak yang sensitif bab duit ini. Pada mereka tak cukup duit belanja, jadi ibu bapa perlu bagi mereka lebih. Jadi kesannya dapat kita lihat sebenarnya susah untuk zaman ini nak didik anak-anak kita apa itu erti susah. Oleh kerana perubahan masa sekarang ini, apa sahaja keperluan yang anak-anak mahu pasti akan ditunaikan dan diberikan. tidak macam zaman aku dulu. Guna dan pakai apa yang ada sahaja. Kalau ada buat cara ada. Kalau tiada, buat cara tiada dan bersederhana. Pernah aku lihat adik-adik yang baru habis sesi persekolahan duduk lepak minum dengan kawan-kawan di restoran makan "secret recipe". Up to date sungguh budak-budak sekarang ini. Aku dulu balik sekolah tak sabar nak balik rumah dan rehat sepuas-puasnya.

Jadi kesimpulan yang aku boleh buat dari apa point yang aku utarakan ini, sekolah dahulu dan sekolah sekarang ada yang kita boleh nampak dari sudut kebaikkan dan ada yang kita boleh nilai dari sudut yang kurang. Tugas kita sebagai yang dewasa ini sepatutnya memainkan peranan penting untuk segala perubahan yang mana perlu sentiasa mengingatkan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan mengawal keinginan dan kehendak supaya berpada mengikut keperluan. Apa tidaknya seawal umur 7 tahun keinginan dah seperti mereka yang berumur lebih 13 tahun. Jika naik kepada umur 13 tahun, mungkin keinginan, sikap dan mentaliti lebih dari itu.




Comments

  1. Memang banyak beza dulu akak bawak 20 sen aja pi sekolah. 10sen mi Rebos ke nasi lemak, 5 sen beli air, Ada 5 sen lagi wat beli Jajan ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. tahun bila tu kak? naik tahun zaman saya rm1 heheheh

      Delete
  2. Zaman dah berubah, kenalah ikut arus perubahan..tapi seronok main kad segala tu .. main getah n main batu lima , batu seremban, batu tujuh ... mcm2 game kita buat sendiri dulu...

    ReplyDelete
  3. Ai rindu gila zaman sekolah dulu-dulu. Especially time main permainan tradisional. Part perhimpunan tak rindu! Hahaha!

    ReplyDelete
  4. Terimbau zaman sekolah dulu rindu rasa nak kembali sekolah sebab masa tu tak fikir nak cari duit wakakakaka..

    ReplyDelete
  5. Rindunya zaman sekolah. Andai ku boleh putar masa. Nak belajar pandai-pandai dan tak memilih kos di universiti and i want to be blur person. So semua orang macam malas layan ruby. Stress layan perangai org. Sob sob sob.

    ReplyDelete
  6. Betul lah, memang banyak beza sekolah dulu vs sekarang. Now semua budak sekolah main handphone, ipad, computer. Zaman dulu kita main guli, batu and gasing je.

    ReplyDelete
  7. Duit poker mmg byk beza.. dulu mama bawa 50sen aje sekarang anak kena bawa min rm2 ye lah barang pun Mahal dah

    ReplyDelete
  8. Ya lain benor cara sekolah dan pelajaran dulu dan skg amat berbeza maklumlah skg dah IT... tapi kak suka cara dulu hormat pd guru lain...

    ReplyDelete
  9. Duit belanja tu mmg xcukup kalo kasi rm1.. kantin semua Mahal sekarang kan.. kesian anak 2..

    ReplyDelete
  10. Rindunya zaman dulu dulu..part main tuh yang best..mana ada internet semua..petang2..kumpul budak budak main macam macam..sekarang ini aktiviti budak budak main phone jer..haha

    ReplyDelete
  11. Rindu zaman sekolah dulu..naik bus ramai2..kejar bus yg dah hampir tertinggal bus lol...

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang rasa bagus juga mengikuti perkembangan semasa... tapi kemudian terfikir sayangnya kalau permainan dulu dilupakan. hmmm...

    ReplyDelete
  13. Dulu belanja RM0.60 siap ada balance daily. Now nak simpan duit setiap bulan pun susah. Haha.

    ReplyDelete
  14. Rindu zaman sekolah sebab banyak kenangan manis masa tu hehehhehe

    ReplyDelete
  15. Ha a lah banyak beza. Tapi yang pasal kakak angkat abang angkat dengan guru tu tak perasan pulak,sekolah macam takda pulak sampai macam tu

    ReplyDelete
  16. Teringat sangat zaman persekolahan dulu, sangat indah kenangan. Kalau boleh nak undurkan masa dan kembali semula ke alam persekolahan nak bina balik kehidupan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  17. Rindunya zaman sekolah dulu. Sekrang dah tua2 ni dapat mengimbau je la balik. Rindu time belajar, tak payah fikir pasal kerja..

    ReplyDelete
  18. Tiba2 terimbau zaman sekolah dulu2.. sedar tak sedar dah 29 tahun umur deeba tahun ni.. hehe..

    ReplyDelete
  19. Rindu zaman skolah. Memang banyak beza sekolah dulu dengan sekarang. Especially dari segi duit belanja.

    ReplyDelete
  20. I miss muy school days. That time we don't have gadgets and internet all we do is play and communicate.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…