Skip to main content

PERCUTIAN SINGKAT DI PENANG

Assalamualaikum korang

Baru ada kesempatan nak share dengan korang pasal percutian aku di Pulau Pinang. Actually pergi Pulau Pinang sebab ada seminar di Ixora Hotel. Seminar sekejap je dari 8 pagi hingga 3 petang. Dah alang-alang tu aku ajak member book terus bilik kat hotel tu. Dapat member yang 'sekepala', apa lagi percutian tak dirancang pon menjadi lah dengan jayanya. Bolehlah pusing-pusing makan angin di Pulau Pinang kan. Bila lagi nak pergi. Nak cari masa sendiri nak pergi memang tak ada masa nya. Acah-acah 'busy' mengalahkan pegawai atasan. Jadi orang kata kesempatan akan datang sekali. Jadi gunakan lah tempoh berkursus tu, kita 'holiday' lah!! Enjoy!!

Gambar Kredit Kepada Google

Untuk pengetahuan korang, hotel ini terletak di Seberang Jaya. Well located juga di mana just one block to the Megamall Penang. Selain itu, dari hotel nak ke airport is only 20 km dan approximately 25 minit by car melalui Penang Bridge. 10 minit ke KTM dan Stesen bas Butterworth.




Lepas habis seminar, terus jer check-in. Aku dah inform awal-awal kat pihak hotel check-in lewat sikit sebab seminar habis petang. Amik Deluxe Room. Bilik ni selesa la juga. Ada 2 katil single, tv flat, peti besi, iron dan iron board. Kat bilik air as usual ada berus gigi, ubat gigi, sikat, shower gel, shampoo. Yang bestnya bilik air ni, cermin dia besar giler. Haaa memang puas la nak tengok muka sendiri kan. Rasa nak bawak balik jer cermin tu ha. Haha. 

Antara services dan facilities yang ditawarkan oleh pihak hotel pula ialah 24 hour business centre, 24 hour concierge service, 24 hour in-room dining (sesuai korang yang asyik lapar tak kira masa tu haha), laundry and dry cleaning, fitness centre, swimming pool ada water slide, children playground, reflexology foot trail, hair salon, gift shop, facial dan nail services dan macam-macam lagi. Owh ye wifi ada. Do not worry okey. So far hotel ni best juga. Korang boleh book Ixora Hotel melalui official wesite traveloka. Harga kat sini memang terbaik.

Petang tu kami pergi round kat Megamall. Suasana Megamall ni agak suram sikit tapi barangan yang dijual dalam Megamall ni still menarik. Maybe sebab dah banyak Shopping mall yang dah dibuka. So ramai yang dah beralih arah. Huhu. Dalam Megamall ada Pacific. Banyak sale plak time tu especially beg dan kasut. Kita cuci-cuci mata saja. Memang kalau diikut naluri nafsu perempuan maunya aku pergi memborong. Tapi tak ada yang berkenan dihati. Jadi kita 'window shopping' saja lah.



Selesai solat maghrib misi mencari makanan sedap sekitar Butterworth. Dah datang Penang surelah kena makan Char Kuew Tiaw Sungai Dua. Drive lebih kurang 15-20 minit ke sana. Kedai ni tepi jalan. Nak cari parking memang azab sikit. Tapi demi nak makan jugak kat situ gigih menapak sebab parking agak jauh. Sekali masuk kedai dia. Perghh punya lah ramai orang. Mungkin sebab hujung minggu. Kena berdiri dalam 10 minit baru dapat duduk. Order char kue tiaw special. Udang dia bagi besar-besar. Kuah char kue tiaw super delicious. Pekat dan berlemak. Trade mark kedai dorang, telur dibasuh. Maksudnya dorang ni jaga kebersihan la kot. 

Roti Canai With Chicken Curry
Roti Bakar with Soft Boiled Egg

Hari ahad tu, pukul 7.30 dah check out. Nak pergi area pulau pastu terus balik. Senang! Pagi tu sarapan kat Roti Canai Transfer Road. Kedai di kaki lima je pun. Nak kata kedai takla juga. Stall kecik pastu buka meja di kaki lima. Tapi punya lah ramai. Bila dapat je tempat duduk tak tau nak order. Just cakap kat mamak tu nak makan macam orang sebelah. Haha. Tengok rata- rata orang order menu tu. Barulah tau roti canai with chicken curry adalah special menu kat situ. Serius memang sedap. Memang kene repeat kalau datang sini lagi. Oh ya, tak cukup dengan roti canai, kami order roti bakar with soft boiled egg dari sebelah kedai roti canai ni. Korang dating sini wajib cuba tau. Actually aku ini dalam proses nak diet. Tapi dah datang Penang ini hancur lebur semua diet aku. Hahahaha!!! Balik Klang kena berhempas pulas la gamaknya workout aku lepas ini. Tak boleh tahan dengan menu-menu makanan kat Penang ni.

Perut dah kenyang, hati dah riang barulah boleh pusing Penang. Sewa basikal kat Penang Street Art. Dibekalkan dengan peta dan kunci basikal, misi mencari lukisan di dinding banggunan sekitar Bandar Georgetown bermula.





Lukisan tersebut di lukis oleh artis jalanan Ernest Zacharevic. Serius!! Hasil lukisan beliau memang unik sebab kebanyakan lukisannya menceritakan tentang kisah hidup harian penghuni Pulau Pinang. Dah penat posing dengan lukisan yang awesome tu, kami sempat singgah makan rojak kat Padang Kota Lama.

Sebelum balik singgah Deen Nasi Kandar ler korang!! Tak pekena Nasi Kandar Penang memang tak lengkap lah percutian di Penang. Deen Nasi Kandar adalah nasi kandar yang paling sedap. Kesedapan yang tak dapat nak digambarkan. Korang kena datang sana dan rasa sendiri. Itulah serba sedikit percutian singkat di Pulau Pinang. Kalau ada rezeki dan masa nak pergi lagi dan round area Batu Ferringhi pula. Okey korang!! Bye.

Comments

  1. Replies
    1. Tau takpe... mengiurkan betul makanan-makanan kat Penang ni...

      Delete
  2. penang memang best. dulu saya belajar kat penang, tak pernah puas kalau nak jala2 kt sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yeke. mesti dah khatam kan area sana. heheheh

      Delete
  3. Dah lama sangat tak pi Penang. Terliur lak nengok kuey teow tuu memalam ni

    ReplyDelete
  4. Dah sampai penang mesti kena jalan2..lagi2 penang street tu

    ReplyDelete
  5. Wah... You buat i rindu penang. Tq street map kat atas. I rasa i miss banyak tempat waktu i kat sana. Nak pergi lagi nih...

    ReplyDelete
  6. Menarik.suka juga bercuti ke penang banyak tempat2 menarik utk di lawati

    ReplyDelete
  7. alaa kalau kita kenal lebih awal boleh kita jumpa! I'm atiqah to. Lived in Penang. I can bring you jalan-jalan Penang if you come Penang next time

    ReplyDelete
  8. Waah, saya sepertinya harus datang kesana untuk meliput berbagai makanannya. Kebetulan saya belum pernah kesana. Info yang bermanfaat .

    ReplyDelete
  9. Tiba" rindu nak pergi penang pula. Makanan kat sana memang sedap"

    ReplyDelete
  10. Lama giler tak ke Penang. Pembangunan sure dah lain kan. Ni yg nak bisik kat Mr Hubby. Hehhee

    ReplyDelete
  11. cantik cantik gambarnya.. makanan pula sedap tu.pekat melekat betul kuey teow tu yee.

    ReplyDelete
  12. ah, its been always since ive been to penang, definitely miss the food there! hope to go there in the future soon :)

    ReplyDelete
  13. Harga di Traveloka memang best. Dah lama tak ke Penang, makan pasembor!

    ReplyDelete
  14. ini masa yang baik untuk plan trip ke PG. Tgk gambar makanan air berliuh *lolx*

    ReplyDelete
  15. ahh ni berkobar2 nak pi penang ni.. rindu dah lama tak ke sana lepas habis study dekat kedah dulu

    ReplyDelete
  16. Masa merdeka pun ada singgah kejap ke penang, tapi memang tak cukup masa nak pegi semua tempat. Kena pegi bercuti lagi lah ke Penang nampaknya

    ReplyDelete
  17. Best yer jenjalan penang. boleh masuk dalam list holiday

    ReplyDelete
  18. Best nya gi penang. Tak pernah sampai penang lagi. Kesian kan ☺

    ReplyDelete
  19. Tertiba rindu nak masak Char Kuey Teow macam dedulu...

    ReplyDelete
  20. Dah lama tak gi Penang, rindu nak makan makanan sedap2 kat sana.

    ReplyDelete
  21. Bestnya kat Penang. Banyak makanan sedap2 ;)

    ReplyDelete
  22. Rindunya Kuey Teow Sg.Dua tu. Bestla kursus tido hotel. Company akak training semua balik hari je. Kedek. Haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang.