Skip to main content

PERSEPSI TERHADAP PRODUK KECANTIKKAN YANG DIJUAL DI SHOPPING KOMPLEKS

Assalamualaikum.

Aku tak tahu lah betul ke tak tajuk yang aku cuba nak sampaikan pada semua. Harap semua faham la ye. Maklumlah bila sel-sel otak lambat berhubung agak celaru gak penggunaan ayat yang aku nak pakai tu. Apa yang aku maksudkan dengan produk kecantikkan tu? Haaa macam contoh kat bawah tu:-

Contoh Produk kecantikkan di shopping kompleks:




     

                                          


Gambar kat atas tu adalah sebahagian produk yang ada di jual di shopping kompleks yang pernah korang semua pergi. Tak kisah lah Jusco, Mydin, Tesco, Giant dan seangkatan dengan nya. Aku bukan nak cerita tentang kebaikkan dan keburukan produk-produk tu, cuma aku nak cerita tentang persepsi kita sebagai pembeli dan pengguna. 

Persepsi?

Ya. Mungkin ini adalah persepsi aku sahaja. Mungkin orang lain tak pernah terfikir macam yang aku fikirkan. Dulu sebelum aku terdedah dengan bermacam-macam jenis produk kecantikkan yang sekarang ni melambak giler  founder produk itu, produk ini. Sampai rasa tak tau mana actually yang terbaik. Jadi dulu aku selalu consume produk yang memang ada kat pasaran. 

Alhamdulillah. Kulit aku bukan jenis yang sensitif. Jadi kejap tukar cleanser brand ini, brand itu, tak pernah lah kulit aku dapat effect atau kesan yang teruk. Mungkin kerana aku memang dilahirkan mempunya kulit seperti 'baby face'. (ahaakkkkss! jangan muntah u all)

Kenapa aku beli produk skincare kat pasaran biasa je? Senang dapat. Mampu beli. Mini market yang biasa-biasa pun senang dapat. Tapi biasa yang jenis mini market ni tak banyak la produk line sesuatu brand tu ada. Setakat function yang basic je. Kalau nak serum ke, toner ke, yang jenis high function memang kena pergi shopping mall yang besar baru dapat. 

Merujuk kepada pasaran biasa yang aku maksudkan tadi, sebab produk tu dibawah kategori  sebagai produk yang aku mampu milik. Mampu dari segi kewangan aku nak beli. Dan selama aku pakai produk yang pada pasaran biasa ni, jarang aku ada masalah kulit. Nak tumbuh jerawat pon kadang susah. Senang-citer kulit orang kebanyakkan. So layak pakai murah-murah. Hahahah!

Takdelah sampai beratus aku perlu keluarkan duit semata-mata untuk cuci muka ni. Asal ada pon dah cukup. Berbanding dengan orang yang suka consume brand yang "kosmetik" baru nak up, kadang mereka rasa produk yang terjual kat shopping complex ni takde dalam level taste diorang. Kira takde special nya la gitu.  Tapi kalau kita sedar, makin banyak keluaran kosmetik yang nama baru nak up ni, banyak isu masalah yang timbul. Terutama isu dalam bahan yang terkandung dalam sesuatu produk.

Bukan itu sahaja, kesan penggunaan kosmetik tersebut yang mengandungi bahan terlarang telah memberi effect buruk pada muka pengguna. Actually aku pon pernah mengalami masalah berkenaan. Bila hati rasa teringin nak pakai produk yang "khusus" plus baru dalam pasaran kita. Bukan apa saja gatal nak berubah angin. Sekali macam-macam naik kat muka aku ni. Tak pernah timbul beberapa jerawat..even satu pun kadang susah nak tumbuh, lepas consume 'produk' yang baru ni haiihhh bagai subur jerawat tumbuh. Bukan setakat tumbuh je, kesan jerawat jadi hitam.

Jadinya, aku decide untuk tinggalkan produk yang konon berbrand ni. Yang acah-acah ikut peredaran masa sekarang, now i turn to use my basic product like before. Produk yang sedia ada ni kita jangan pandang rendah sangat. Terutama jenama yang memang lama dah bertahan. Kadang-kadang level kulit kita memang layak untuk consume jenama yang biasa-biasa ni. Tak perlu nak special sangat. Pasti takkan ada isu kandungan kimia la, bahan terlarang la,

Ya. Aku tau kadang kita pilih untuk beralih arah sebab nak cantik cepat. Lagi tengok orang pakai, flawless je muka. Tapi site effect yang tak elok jarang kita nak titik beratkan. So percayalah kadang consume produk dalam pasaran itu adalah pilihan terbaik. Sebab produk tu sah-sah tiada masalah dan surely selamat dari sebarang isu.




Comments

  1. betul tu. kadang2 bukan taknak sokong peniaga tempatan yang muda2 mampu keluarkan produk sendiri tapi kalau kesan tu jdi teruk, rasa mcm tak adiil untuk kita gadaikan kulit kita untuk kekayaan diorang. just my 20sen

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PINTU HATI NEELOFA AKHIRNYA TELAH TERBUKA MENERIMA LAMARAN

Pintu Hati Neelofa Akhirnya Telah Terbuka Menerima Lamaran |  Siapa sahaja yang tidak kenal dengan empunya nama ini Noor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa yang lebih mesra dipanggil 'Lofa' adalah merupakan Bekas Juara bagi pertandingan Dewi Remaja 2009/10 dan dari situ bermula lah karier beliau sebagai seorang anak seni yang telah menghiasi kaca TV anda dan kini dengan berani beliau telah mengorak langkahnya ke dalam dunia perniagaan dan berjaya menjadi usahawan yang disegani dan menjadi ikon kepada peniaga muda dan para wanita diluar sana. Beliau bukan sahaja menjadi ikutan dan panduan di dalam bidang perniagaan semata-mata, malah Neelofa juga sentiasa menjadi ikutan dari aspek berfesyen dan juga penjagaan kecantikkan. Lamaran apakah yang telah diterima Neelofa?


Oleh kerana kredibiliti yang kukuh diperolehi oleh aktres tersebut, CEO Syarikat Sun Fabulous Sdn Bhd  telah pun berhasrat untuk melamar beliau sebagai Duta Produk keluaran syarikat nya iaitu Chew n Glow. Siapakah geranga…