Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

WAKTU SESUAI PERGI BERAYA

Kuih Dan Muih Beraneka Macam.. Makan lah Jangan Hanya Di Pandang.. Ketupat Rendang Sila Nikmati Kawan... Penat Memasak Malam Ke Pagi..
Assalamualaikum...
Macam mana raya korang semua? As usual seperti tahun-tahun sebelum ni ke? Atau ada sedikit perubahan raya kali ini? Tapi dari pengamatan mata kita ni...rasanya raya tahun ni banyak yang lain nya terutama pada kawan-kawan.
Dulu raya sebagai bujang, sekarang raya sebagai suami/isteri. Dulu raya berdua je. Sekarang ni beraya bertiga sebab baru dapat baby. Ada juga yang baru dapat baby yang ke 2,3,4 dan seterusnya.
Takziah juga buat sahabat yang baru kehilangan salah seorang ahli keluarga pada bulan Ramadhan yang lalu. 
Apa-apa pun kehidupan tetap juga perlu diteruskan. Bukan bermakna melupakan yang tiada. Tetapi kehidupan dan peluang yang diberikan ini perlu juga dihayati dan dilaksanakan segala tanggungjawab yang masih ada.
WAKTU YANG SESUAI PERGI BERAYA.
3 hari lepas aku dan keluarga sempat balik ke kampung arwah ayah di Parit 15, Hutan M…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,



Selamat Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah kali ini diberikan kesempatan sekali lagi untuk yang ke 29 tahun untuk merasai Syawal bersama keluarga tercinta. Walaupun sudah hampir 2 tahun kami beraya tanpa ayah sejak ayah pergi menghadap ilahi pada tahun 2015 dan kali ini pula, kami terpaksa berjauhan dengan salah seorang adik beradik aku yang jauh diperantauan orang. Hanya demi sesuap nasi dan mencari rezeki bagi menampung keluarga, tapi raya kami tetap juga berjalan seperti biasa.
Bukan bermakna kami melupakan insan yang tak dapat untuk bersama-sama merayakan syawal kali ini bersama kami, tapi kehidupan dan realiti harus juga diteruskan. Jadi semua yang berlaku sudah pun ditentukan Allah s.w.t. Mungkin ada terselit kebahagian yang tersirat yang Allah dah beri kepada kami sekeluarga. Jadi perlu sentiasa bersangka baik pada Allah.
KAMI TEAM MERAH KALI INI
Last minute decide. Pada awal masing-masing rancang nak warna hijau katanya. Itu pon kira plan 'ajak-ajak ayam&…

MISI PENYERAHAN DAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MUALAF

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Program sempena bulan Ramadhan ini. Tercapai juga keinginan aku. Keinginan untuk merasai join program kemasyarakatan. Errr macam tu ke ek orang panggil? Heheheh lantak lah apa pon orang sebut. Tapi macam tu lah maksud aku. Allah beri peluang pada aku untuk merasai selepas 29 tahun. Syukur Allah kenalkan pada aku kawan-kawan yang sememangnya involve dengan aktiviti macam ni. Jadi melalui mereka la Allah beri kesempatan ini pada aku. 
Perjalanan program penyerahan ni bermula pada jam 2 petang macam tu. Dalam lingkungan masa gitu lah. Selama ni aku hanya tengok cerita yang orang dok ceritakan pada aku je. Macam mana pengalaman mereka pergi kerumah mereka yang susah. Bagi sumbangan. Takde pon aku tengok dalam FB aktiviti group-group yang ada buat donation macam ni. Nak join kita pulak tak tahu  nak melalui siapa. Lagi pulak takde kenalan yang rapat. Jadi segan gak nak join mereka.

Mualaf ni seperti yang kita tahu adalah mereka yang convert dari agama asal …

PERSEPSI TERHADAP PRODUK KECANTIKKAN YANG DIJUAL DI SHOPPING KOMPLEKS

Assalamualaikum.

Aku tak tahu lah betul ke tak tajuk yang aku cuba nak sampaikan pada semua. Harap semua faham la ye. Maklumlah bila sel-sel otak lambat berhubung agak celaru gak penggunaan ayat yang aku nak pakai tu. Apa yang aku maksudkan dengan produk kecantikkan tu? Haaa macam contoh kat bawah tu:-
Contoh Produk kecantikkan di shopping kompleks:






Gambar kat atas tu adalah sebahagian produk yang ada di jual di shopping kompleks yang pernah korang semua pergi. Tak kisah lah Jusco, Mydin, Tesco, Giant dan seangkatan dengan nya. Aku bukan nak cerita tentang kebaikkan dan keburukan produk-produk tu, cuma aku nak cerita tentang persepsi kita sebagai pembeli dan pengguna. 
Persepsi?
Ya. Mungkin ini adalah persepsi aku sahaja. Mungkin orang lain tak pernah terfikir macam yang aku fikirkan. Dulu sebelum aku terdedah dengan bermacam-macam jenis produk kecantikkan yang sekarang ni melambak giler  founder produk itu, produk ini. Sampai rasa tak tau mana actually yang terbaik. Jadi dulu aku se…