Skip to main content

KHR AVI CSR PROGRAMME: BOARD OF DIRECTORS BADMINTON CHAMPIONSHIP MALAYSIA 2017


Assalamualaikum,

Hai guys! Hai ladies! tempoh hari dik kerana tiada program yang nak dibuat hujung minggu jadinya aku accept untuk join salah satu program jemputan dari sahabat blogger aku. Kebetulan dekat dengan area rumah aku, so why not aku pergi. Lagi pon dah lama sangat aku bercuti dari event blogger. Rindu weiii...

"Board Of Directors Badminton Championship" oleh Syarikat Penerbangan KHR AVI.

For your information  aku BUKAN hadir sebagai Contestant!

Hahahahah.. i'm not a skill person la dalam sukan ni. Kalau setakat main petang-petang depan rumah tu layak la. Kalau nak main untuk bertanding memang tidak la. Awal-awal lagi aku tau first game je aku layak. Takkan sampai final nya.

Jadi aku hanya hadir sebagai rakan media. Sebagai Guest. Fully thanks to Hai Blogger! (nak tau apa itu komuniti Hai Blogger! boleh search dalam facebook) sebab sponsor kehadiran aku yang bernilai RM200! Thank You untuk peluang ini.

RM200 tu aku dapat Topi, T-shirt, Hoodie =) plus brekfast dan lunch box.


Apa yang aku dapat dari event ni seperti dalam gambar kat atas ni la.  Cantik! Jarang orang nak bagi gift hoodie tu. Mungkin sebelum ini adalah event-event yang aku tak pernah join  mereka provide tapi for me ini adalah pertama kali aku dapat. Alhamdulillah. Rezeki. Kalau ikutkan aku memang tengah nak cari sweter baru. Tapi ALLAH tunda kan sebab aku akan dapat free. So dari event ni la rupanya rezeki aku. Terima Kasi Ya ALLAH.

Salah seorang Founder KHR AVI. Sangat rendah diri. Tak nampak pon dia adalah founder. I'm proud sebab founder dia Perempaun tau. 
Board of Director yang di jemput ke program ini adalah mereka yang terdiri dari CEO/Business owner yang mana tujuan KHR AVI kejohanan sukan Badminton ini adalah untuk build networking sesama mereka disamping dapat kenalkan pada owner business apa perkhidmatan yang di sediakan oleh KHR AVI itu sendiri.


 Sebahagian Board Of Director yang hadir semasa kejohanan badminton tempohari. 
Business, business juga. Kesihatan kena jaga kan bos?

Masing-masing tunggu turn nak berentap!

Belum ada rezeki dapat naik kapal terbang. Dengan prop pon jadilah...

Sebab mungkin ada sesetengah business founder mereka sendiri tak tahu apa itu KHR AVI including me. So lepas pergi prorgam CSR ni then baru aku tau KHR AVI ini adalah salah satu syarikat penerbangan. Tapi lebih kepada penerbangan peribadi/persendirian. Mereka ada AVIJETZ & AVITOUR. AVIJETZ tu aku tak sempat nak tengok apa service tu. Yang aku sempat tanya AVITOUR je. Haa yang ni korang akan di bawa menaiki kapal terbang round KL tapi view dari atas gitu. Boleh lah tengok KL dari pandangan atas pulak.

AVITOUR ni sesuai untuk yang rasa nak buat kejutan untuk family, parents atau nak jadi someone romantik bagi pasangan masing-masing. Kalau bos-bos pulak boleh je nak reward staff guna perkhidmatan ni. So staff akan lebih bermotivate lagi dan rasa dihargai. Reward lain dari yang lain kan. Siapa tak nak. Kalau aku sendiri pon nak grap je rasa peluang tu.


Bukan selalu nak dapat bergambar dengan Pilot ni. Nama pon Pilot kan. Segak je dia. Ngeee....

**More info tentang KHR AVI boleh visit link dibawah:

FACEBOOK PAGE KHR AVI

Comments

  1. SINGGAH

    https://belogsjm.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Salam kenal dari group AFB. Sis follow sini ye. :)

    Wah bestnye atikah dpt join event mcm tu. Kalau sis pun tak nk lepaskan peluang mcm ni. Dpt gift goodies lagi. 😍

    ReplyDelete
  3. this is a good opportunity and it is nice getting to meet people like that... I always have a lot of fun at events... hope to see you around

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…