Skip to main content

AURORA ITALIA JEWELLERY

AURORA ITALIA JEWELLERY | Assalamualaikum semua. Tiba-tiba tengah free ni rasa nak godek-godek emas pulak. Jarang aku nak search pasal emas ini. Almaklum lah. Nak beli duit nya pon masih belum cukup-cukup lagi. Tapi kalau orang yang memang 'gila' dengan koleksi emas, berapa harga nya pon mereka sanggup beli. 

Seperti yang semua tahu, emas ni nilai atau value nya takkan luput. Jadi siapa yang berkemampuan boleh beli emas untuk simpanan aset sendiri. Yang tak mampu pulak? macam mana? Bagi yang tak berkemampuan, anda masih lagi boleh beli. Cari yang murah-murah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?


Kebiasaanya, kalau mereka yang minat dengan set barang kemas, kretiria harga akan jatuh pada yang terakhir dalam senarai. Macam aku cakap tadi, bila dah minat mahal mana pon mereka sanggup untuk miliki. Ada yang betul-betul addict mereka akan view emas tu dari segi design, mereka akan tahu trend orang pakai design apa sekarang, emas yang kontemporari atau tradisional, semua mereka akan tahu

Tapi dalam kes ini, bertuah lah 'bakal suami' aku, sebab aku walau lawa macam mana pon bila tengok je tag harga RM1000 ++, tutup mata, jalan je lah. Tapi kalau dapat? 

Syukur Alhamdulillah....(heheheheh)

Aku ni jarang sekali nak kenakan sebarang jenis emas kat badan. Tapi sebab usia dah meningkat dari remaja kepada wanita ni, mula lah rasa tiba-tiba terfikir nak pakai gelang, rantai, cincin. Di sebabkan aku bukan jenis yang 'jewellery addict' bila pergi shopping mall pon jarang nak singgah kedai-kedai emas. 

Akan tetapi sekiranya aku nak beli emas, tak kisah lah gelang, rantai, atau cincin, aku suka beli yang simple dan 'nice'. Bila pakai tu tak rasa heavy. Design dia pula, nak design yang 'sweet-sweet'. Sure aku akan jatuh cinta. 

Cantikkan loket tu? Simbolik sangat? Nama dia Key To Heart. Gabungan batu Cubic Zirconia putih dan pink tu buat design tu nampak lagi 'sweet'. Design ni memang sesuai sangat untuk pasangan bercinta. Loving couple! (I'm in love already!!!)



Sebenarnya ini adalah koleksi emas dari Aurora Italia . Barang kemas tulen yang didatangkan  terus dari Itali. Kalau pergi kat website dia pon, anda semua boleh tengok yang kebanyakkan design dari koleksi Aurora Italia Jewellery boleh di kelaskan atau di kategori sebagai modern dan kotemporari. Jadi untuk mereka yang suka kan design terbaru, nampak lebih elegantkoleksi Aurora Italia sesuai untuk anda semua cuba. 

Koleksi Bangle 'Queen Of My Heart'  dari Aurora Italia

Untuk pengetahuan anda semua juga, Aurora Italia Jewellery juga ada menawarkan personal customise design mengikut kehendak customer. Nak kecilkan? Nak besarkan? ikut size masing-masing.  Banyak lagi koleksi mereka yang anda semua boleh tengok. Mana tahu nak tukar selera cuba koleksi baru. Boleh visit terus Official Aurora Italia Jewellery untuk cuci mata.

Ok, aku nak sambung survey-survey emas dari Aurora Italia, rambang mata dah aku ni. 



Comments

  1. kenan betui pandora emas ni.. Mamajue jenis allergic pakai emas.. hahaha sian betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa yeke... kalau x bole dah try pakai... cantik2 koleksi dia...

      Delete
  2. Omg cantiknyaaaaaa memang suka sangat design emas ala pandora ni! Harap boleh ada satu dalam koleksi nanti hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa pi terjah...kot nk tambah koleksi.. hehehehe

      Delete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…