Skip to main content

Alhamdulilah kerja gila menjadi.



"Macam tak percaya je"
"Betul ke aku buat ni?"


Assalamualaikum..

As usual lama dah aku tak menaip disini. Takde cerita. So takde menda la nak di update kan. Since komitmen kerja hakiki lebih utama. Jadi aku tak berkesempatan nak bermadah helah disini. Alhamdulillah aku sihat-sihat aja. Kalau yang mana friends dengan aku dalam Facebook, Instagram, then masing-masing tau lah perkembangan aku gitu... 

Hahahaha !!! penting sangat ke nak tau hal aku kan? Siapa lah aku ni. 

So bagi yang mengikuti perkembangan aku, now aku tengah berusaha untuk membuat transformasi diri aku. Now masih lagi dalam tahap 'berusaha'. Walaupun sudah nampak perbedaan ketara (alhamdulillah), tapi manusia itu tak pernah cukup kepuasan nya. 

Dapat gini... nak yang gitu pulak. Jadi oleh kerana aku kategori manusia biasa, so tak lari dari kekurangan dalam kehendak itu. 

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

This is the new me. 

Keinginan nak kurus. Nak cantik. Senang nak beli baju. Senang nak cari size seluar. Jalan tak mengah. Tak mudah semput. Semua tu lama dah tertanam dalam hati. Tapi TAK BUAT. NO ACTION yang aku amik. 


Aku dulu happy je dengan keadaan diri aku. Even aku dulu big size. Sekarang pon masih lagi kategori OBESITI ye. Tak nak ngaku diri kurus. Tak nak rasa puas awal sangat. Nanti rasa malas mula lah menyinggah. heheheh...

So aku tak kisah apa orang keliling nak pandang aku. Tapi adakala rasa kuat tu sekejap. Then mula la down..down...down..down... and goooooo down....jatuh tersungkur ke tanah. 

Tapi dah down..down gitu masih malas lagi. Makan pil la. Minum slimming tea la. Amik macam-macam. Tapi makan semuanya favourite. Senaman tak pernah fikir nak buat. Tak pernah terlintas kot nak bersenam ni. Mengharap makan supplement bagai semua tu haaa kurus la aku ni. Tapi memang hampehh la kan. Mana nak dapat resultnya. Kalau dah depan mata semua bedal. Ituu pon aku tak sedar lagi tu. Hhhmmm Atikahhh...atikahhhh..

 Tapi yang best nya aku ni, suka rasa confident lebih tau. Semua jenis fesyen aku nak cuba. Ahhh lantak la apa rupa pon. Orang nak tengok tak kena ke. Tak sesuai ke. Kisah pulak aku. Tapi dalam confident tu nak juga kot nampak nice macam orang kurus. Helloo Atikah, jangan bermimpi lah kalau dah diri tu malas. Takde effort. 



Tapi sampai 1 tahap, aku rasa aku perlu cabar diri aku. Bukan hanya tinggalkan kata-kata dan impian tu kosong. Perlu buat. Buat. Buat. dan Buat!! Sampai bila aku nak cakap kosong. Tak nak buat something pada diri sendiri ke. Sayangkan diri. Appreciated diri aku ni. Bagi peluang diri sendiri untuk rasa apa yang tak pernah rasa. 

Kadang betul orang macam aku ni, jujurlah aku cakap sebab aku sendiri fikir benda tu. Aku dulu nak orang ramai jangan mengata. Jangan pandang rendah kat diri ni, Macam-macam lah jangan. Tapi usaha untuk diri sendiri takde. Jadi fair ke diri kita nak terima yang lebih baik? 

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 1 person, close-up

Image may contain: 3 people, people smiling

Image may contain: 1 person, standing, shoes and outdoor

Aku tau bukan senang sebenarnya nak mulakan langkah pertama. Serius susah. Siapa yang cakap mudah nak mula tu memang aku salute!!! Tapi aku nak mula dulu memang payah. Berapa kali aku mula step pertama. Bukan sekali tau step pertama aku. Berkali-kali. 

Kenapa aku buat juga sebab aku tak nak duduk pada level yang sama. Aku nak berubah. Sebenarnya bila kita mula buat 1 perubahan dalam diri kita, percayalah lepas tu macam-macam benda kau akan berani untuk buat dalam hidup kau. 

Strenght kau akan jadi sangat luar biasa. Kau akan feel perbezaan dalam diri kau tu. Walaupon kau buat perubahan tu takde kena mengena dengan perubahan lain yang kau nak buat. Tapi energy tu akan support semangat kau untuk next transformasi tu. 

Image may contain: one or more people and people standing


Comments

  1. Nak kurus jugakk!! Huhuhu. Echa pun semangat kelaut jeeeeee. Pegi gym pun sekali seminggu! Hmmmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…