Skip to main content

TAMPIL SIHAT JELITA BERSAMA CITYSKIN MEDISPA



Assalamualaikum semua. Terlambat rasa nya saya nak update dan kongsi dengan korang semua tentang pusat rawatan rambut yang di kendalikan oleh bangsa Bumiputera kita sendiri. Apa nama pusat rawatan tersebut? Korang kena baca sampai habis dulu perkongsian aku ni ye. 

Sedikit info yang aku nak kosngsi kan disini, Samada anda tahu atau tidak sebenarnya masalah keguguran rambut dan masalah pertumbuhan rambut seseorang itu sebenarnya bukan berpunca daripada masalah rambut itu sendiri. Tapi ianya adalah berpunca kepada perubahan hormon dalam badan yang tidak stabil dan ianya juga boleh berpunca dari keturunan. Yang mana kita mewarisi masalah tersebut dari ahli keluarga sebelum ini.


CitySkin MediSpa adalah pilihan tepat untuk tampil sihat dan jelita di bawah satu bumbung. Gabungan Klinik dan Spa ini bukan sahaja menawarkan khidmat nasihat bagi golongan yang pentingkan kecantikan dan kesihatan, malah turut menawarkan nasihat dan bimbingan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.



Cityskin Medispa merupakan gabungan inspirasi ibu dan anak, Wan Julia Sham Dato Ariffin, 53 tahun serta anak beliau, Siti Farah Azwin Abd Khalid, 26 tahun.  Keduanya sering mengimpikan gabungan klinik dan Spa patuh syariah khas untuk wanita dan lelaki demi memenuhi permintaan yang tinggi akhir-akhir ini.  Ramai di luar sana yang masih tidak faham tentang kepentingan gabungan MediSpa ini.  Penjagaan kecantikan dan kesihatan seharusnya berjalan seiring. Kedua-duanya amat berkait rapat.  Jika kesihatan tidak diutamakan pasti ia akan menggugat kecantikan luaran yang lain. 



Doktor Wan Julia Sham Dato Ariffin yang juga merupakan seorang Pakar Anti-Penuan dan Estetik berpendapat bahawa masyarakat harus diberi pendedahan yang lebih terperinci mengenai kaitan hormon dalam mempengaruhi kesihatan dan cara hidup seharian. Beliau merupakan antara doktor Melayu pertama di Malaysia yang menerima Board Certified In Anti Aging & Regenerative Medicine (ABAARM – A4M USA). 

ketidakseimbangan hormon berlaku kerana peningkatan usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam sekitar dan banyak faktor lain. Jika ini tidak dirawat, masalah pertumbuhan sel akan berlaku dan menyebabkan keguguran rambut sekaligus seseorang bakal berdepan dengan masalah kemurungan yang mana akhirnya boleh menjejaskan prestasi kerja dan kehidupan seharian. Antara simptom yang dihadapi akibat ketidakseimbangan hormon adalah keletihan, kemurungan, darah tinggi, kegemukan, insomnia, obesiti, ketidaksuburan, kelesuan, keguguran rambut, pusingan haid tidak teratur, migrain, senggugut dan sebagainya



Siti Farah, Graduan Keusahawanan Ijazah Sarjana Muda dari Lim Kok Wing Universiti, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Nutrisi, Certificate in Nutrtion & Health, Plaskett International College, London serta Diploma Human Nutrition & Health dari Open University, Malaysia. Ilmu dalam bidang nutrisi dipelajari bagi mencukupkan diri untuk mebantu golongan pelanggan yang menghadapi masalah pemakana yang tidak seimbang. Selain itu beliau melanjutkan pelajaran kedalam bidang Terapi Kecantikan dari City & Guilds London & Laurent Bleu, UCSI. Beliau juga telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Paramedikal Trichology Diploma dari International Association of Trichologist, Sydney, Australia, dimana dengan ilmu yang dipelajari dapat membantu menyelesaikan masalah rambut gugur sesetangan individu. Ilmu yang dicari adalah seiring dengan cita-citanya untuk menjadi usahawan muda yang berilmu dan berdidikasi dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan CitySkinMediSpa dan Hair Rich World Integrated Trichology Center.

Lagi gambar:-





Sijil Pengiktirafan







Cawangan Cityskin Medispa & Hair Rich:-
Cityskin Medispa
B7/1/1 Jalan Ampang Utama 1/2,
One Ampang Avenue Business Centre
Taman Ampang Utama
68000 Ampang Selangor

Untuk sebarang keterangan lanjut tentang layari FB & Instagram : CITYSKIN MEDISPA atau hubungi : 03 – 4253 5257

Hair Rich World Integrated Trichology Center
2-09, Level 2, Wisma Life Care
5 Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur


Tel : 03 2242 0880

Comments

  1. Masalah hormon memang berkait dengan penampilan dan kesihatan.

    Bila dah ada tanda2 kena cepat selesaikan kalau dibiarkan makin melarat.

    Tak nak lah tua sebelum usia kan? :)

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

PINTU HATI NEELOFA AKHIRNYA TELAH TERBUKA MENERIMA LAMARAN

Pintu Hati Neelofa Akhirnya Telah Terbuka Menerima Lamaran |  Siapa sahaja yang tidak kenal dengan empunya nama ini Noor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa yang lebih mesra dipanggil 'Lofa' adalah merupakan Bekas Juara bagi pertandingan Dewi Remaja 2009/10 dan dari situ bermula lah karier beliau sebagai seorang anak seni yang telah menghiasi kaca TV anda dan kini dengan berani beliau telah mengorak langkahnya ke dalam dunia perniagaan dan berjaya menjadi usahawan yang disegani dan menjadi ikon kepada peniaga muda dan para wanita diluar sana. Beliau bukan sahaja menjadi ikutan dan panduan di dalam bidang perniagaan semata-mata, malah Neelofa juga sentiasa menjadi ikutan dari aspek berfesyen dan juga penjagaan kecantikkan. Lamaran apakah yang telah diterima Neelofa?


Oleh kerana kredibiliti yang kukuh diperolehi oleh aktres tersebut, CEO Syarikat Sun Fabulous Sdn Bhd  telah pun berhasrat untuk melamar beliau sebagai Duta Produk keluaran syarikat nya iaitu Chew n Glow. Siapakah geranga…