Skip to main content

PENGANTIN DAN PENGAPIT SIAPA LAGI PENTING?

  

Tetiba pulak terfikir tajuk entri ni. Punca nya adalah masa berborak dengan adik dalam kereta lepas balik dari pasar malam. Ahad lepas adik aku jadi pengapit kawan dia. Masa tu dia cakap nak drive sendiri pergi umah kawan dia tu. Tapi tak jadi. Adik aku lagi sorang yang bawa dia. Aku pon cakap la kalau dia pergi sana sendiri mana dia nak park kereta di tu. Lagi pun rumah kawan dia tu sempit. Tapi adik aku kata dah ada dah parking nya.

Haaaaa... bermula la di situ aku dengan adik pon mengisukan topik Sang Pengapit. Terfikir aku tetiba nak tahu antara Pengapit dan Pengantin siapa lagi penting? 

Jawapan aku.....

Tentu-tentu lah pengapit. Kenapa? Sebab sesiapa saja yang jadi pengantin tentu perkara yang merisaukan dia adalah 'SIAPA NAK JADI PENGAPIT AKU?' Haaa.. masa tu la dok kalut nak cari kawan baik la..sedara dekat lah... bidan terjun yang boleh dijadikan pengapit la. 

Mana ada dalam situasi seperti ini pengapit yang cari pengantin. Pernah jumpa yang macam tu? 

'Haaaaa... aku nak jadi pengapit ni..siapa nak jadi pengantin ek?? 
'Pemgantin mana pengantin???'

Tanpa pengapit takkan lengkap si pengantin itu. Setuju tak??

Dan keadaan ini Pengantin akan jatuh no. 2..... 

Ok jangan marah. Ini hanya sekadar pandangan dan gurauan. Ok done post yang tergendala dalam kepala aku ini. 

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang.