Skip to main content

BIHUN GORENG


Sumber Google.

Tiba-tiba aku teringat kisah beberapa hari yang lalu. Masa tu aku perlu hadir satu mesyuarat. Ini adalah antara mesyuarat yang pertama kali yang aku perlu hadiri sejak aku mula bekerja. Isu yang ingin di bincangkan actually tak lah aku faham sangat. 

Sebelum hari kejadian aku dah call pihak urusetia utk survey dulu apa sebenar isu yang akan di bentangkan. Dapatlah jugak sikit gambaran walaupun bukan 100%. 

So bila sampai pada hari tersebut, aku datang dengan penuh yakin. Waahhh drama sungguh aku. Padahal dalam kepala ni penuh ?????? tu je. Tapi yang penting confident. Di sebabkan mesyuarat pagi, so aku x sempat la makan brekfirst. Tapi aku agak diorang mesti ada sediakan nanti makanan. 

Sampai-sampai je... hidung dah terbau-bau kelazatan... Bihun goreng. Bukan tu je. Ada kuih.. buah.. air nescafe. Dalam segan-segan tu masa makan tetap makan. Tapi tak lah aku start dulu. Tengok orang depan buka, aku buka.. tengok orang depan tarik.. aku tarik.. lepas tu... makan time!!

Hampeh nye!

Bila aku sedap-sedap menjamu selera.. Abg/Encik/Tuan sebelah aku ni ajak berborak pulak. Untuk soalan pertama ye aku layan lagi. Dia tanya aku jawab. Aku sambung makan lagi. Pastu soklan kedua pulak. Dia tanya..aku jawab lagi.. dia senyap je aku sambung balik. Dengan harapan tiada lagi soalan bakal di tanya lagi. Aku pon berazam untuk habiskan cepat bihun tu. Walaupon ayam goreng dia keras, tapi sebab lapar dan bihun pon sodap so aku layan kelazatan tu.

Akan tetapi... segalanya musnah...

Bila Tuan tadi berborak panjangggggggggggggggggggggg.... mata aku sambil tu tengok sekeliling. Orang semua banyak dah beransur. Tak mungkin aku akan duduk dan habiskan lagi bihun tu. Dengan hampa aku tolak bihun tu kedepan dan aku cakap pada Tuan tadi....

'Ok encik saya balik ofis dulu ye'

Sambil senyum dia balas...

'Ok...ok...'

Pintu keluar aku tolak.. dan aku menjerit dalam hati...

'Bihunnnnn akuuuuuuu!! Aaarrgghhhh'



Comments

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

PINTU HATI NEELOFA AKHIRNYA TELAH TERBUKA MENERIMA LAMARAN

Pintu Hati Neelofa Akhirnya Telah Terbuka Menerima Lamaran |  Siapa sahaja yang tidak kenal dengan empunya nama ini Noor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa yang lebih mesra dipanggil 'Lofa' adalah merupakan Bekas Juara bagi pertandingan Dewi Remaja 2009/10 dan dari situ bermula lah karier beliau sebagai seorang anak seni yang telah menghiasi kaca TV anda dan kini dengan berani beliau telah mengorak langkahnya ke dalam dunia perniagaan dan berjaya menjadi usahawan yang disegani dan menjadi ikon kepada peniaga muda dan para wanita diluar sana. Beliau bukan sahaja menjadi ikutan dan panduan di dalam bidang perniagaan semata-mata, malah Neelofa juga sentiasa menjadi ikutan dari aspek berfesyen dan juga penjagaan kecantikkan. Lamaran apakah yang telah diterima Neelofa?


Oleh kerana kredibiliti yang kukuh diperolehi oleh aktres tersebut, CEO Syarikat Sun Fabulous Sdn Bhd  telah pun berhasrat untuk melamar beliau sebagai Duta Produk keluaran syarikat nya iaitu Chew n Glow. Siapakah geranga…