Skip to main content

MAXIS FIBRE INTERNET KINI BERADA DI RUMAH


Maxis Fibre?
Ok ke?
Kenapa tak pakai Unifi?

Anyway Alhamdulillah... tercapai juga hajat aku nak masukkan internet dalam rumah aku ni. Haaaa nampakkk...pasang wifi rumah pon kena simpan hajat tauuu.. Kalau tak, tak jadinya derrr...

Pertama kenapa aku pasang maxis fibre? Dan kenapa bukan unifi?  Ok jawapan nya... dulu rumah aku ni dah pernah pasang unifi... Tapi...bil nyaaaa.... krik! Krik! Ok hal keluarga. Tak bole citer panjang. Secret! Heheh ke memasing dah dapat agak dah. Actually sebelum ni aku terfikir nak pakai P1 je. Tapi sebab P1 tu sejenis internet berquota atau juga dikenali juga sepeti brodband. So dia limited quota. Jadi advice dari seller yang incharge aku hari tu, better aku pakai fix line ternet. So that takkan ada masalah limited quota. Dan ianya lebih better dari sistem ternet berspisis boardband. 

Kedua..kenapa aku nak pakai sangat ternet tetap kat rumah aku ni? Sebab memudahkan aku nak jalankan kerja berblog aku. Semenjak aku mula menjadikan berblog sebahagian hidup aku, aku teramat sangat memerlukan internet tetap. Lagi plak aku kesian kan Ibu aku..nak pakai tab dia tapi data limit. Dah hari2 nak beli kerdit nak topup ternet dah 1 hal? Aahhh aku mesti jugak pasang internet kat rumah.

Ketiga... kenapa aku pasang ternet di rumah? Ianya salah satu untuk aku kawal adik aku yang kecik tu dari keluar rumah. Dari dia dok keluar pergi mamak..lepak minum pastu online.. kalau terjadi apa- apa nanti kan dah susah. Kan? Kakak mana tak sayangkn adik kan? Betol? Tapiiiii.. aku selalu akan pantau gak dia ni. Takut di biarkan nanti entah apa2 plak yang dia buka. 

Meanwhile aku guna internet ni masih lagi ok. Takde masalah lah. 


Comments

  1. internet memang satu keperluan yang penting dalam berblogging

    ReplyDelete
  2. nanti blog ni leh kasi mantop lagi

    ReplyDelete
  3. lagi mudah kan kalau ada internet tetap kat umah. fyna pun sama. sekarang dah macam keperluan penting pula. ^_^

    ReplyDelete
  4. memang internet tu penting untuk kita yang berblog ni..

    ReplyDelete
  5. mohon buat review utk maxis fibre

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…

PERANAN SEORANG KAKAK DAN ABANG

- Gambar adalah sumber Encik Google-
Masa time aku menepuh zaman Akil Baligh, yang menjadi peneman dan guru untuk menerangkan segala-gala yang aku perlu tahu ialah Ibu. Bila seorang anak remaja telah menempuh atau bakal menempuh zaman zaman tumbesaran ini, memang sewajarnya seorang yang rapat dengan kita (yang biasa nya Ibu) akan memberikan pendedahan awal yang harus mereka tahu.
Kebiasaan nya mungkin akan mengikut jantina la. Kalau perempuan, Ibu akan mainkan peranan. Kalau lelaki, ayah yang akan membimbing. Tapi adakah seorang kakak atau abang itu diam tanpa sebarang tangungjawab? 
Setahu aku, kita di lahirkan di bumi ini bukan sahaja untuk menikmati kehidupan dan merasai nikmat alam ALLAH s.w.t ni. Di samping menikmati, kita juga ada tanggungjawab untuk digalas. Tanpa tanggungjawab. manusia itu takkan ada nilaian di mata manusia lain. Kakak dan Abang itu di lahirkan untuk membantu Ibu dan Ayah untuk membimbing adik adik. 
Sebab sampai satu saat, tenaga minda dan daya kekuatan Ibu d…