Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA

Percutian Bersama Keluarga | Alhamdulillah sebagai penutup cerita untuk tahun 2014, ini adalah satu pengalamn yang indah bagi aku dan keluarga. Pada tahun ini dan boleh dikira ini adalah tahun pertama setelah aku dan beberapa orang adik beradik mempunyai kerjaya masing-masing kami plan untuk bercuti 1 family ke 1 tempat. Oleh sebab ini adalah trip holiday pertama kali kami, so pilih yang dekat je lah.
Nak pilih yang jauh-jauh kami ni tak lah berapa expert sangat tentang tempat. Rasa-rasa korang semua ke mana kah kami?
Abaikan lapisan spare tayar di perut aku tu ye.
Haaa..rasa-rasa dapat teka tak kemana kah kami? Kalau rasa tengok background tu agak dapat teka tak aku pergi mana? 
Ok..ok..ok.. fine semua tak nak main teka-teki kan? Kami ke...... 
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH. Kerana melaka di kira paling dekat dengan Selangor. So aku dengan family masing-masing decide nak ke Melaka sahaja. Percutian kitorang masa ni takde lah orang kata high kos sangat. Kitorang masing-masing spend setiap…

BANJIR #BAH2014 #PRAYFORPANTAITIMUR DAN SUKARELAWAN DIPERLUKAN

#Bah2014 #Prayforpantaitimur | Sudah beberapa hari aku tak ada mood nak update apa-apa status samada di FB, Instagram mahu pun di ruangan entri blog aku ini. Kalau ada pon di FB aku hanya share kan info-info berguna dan maklumat berkenaan banjir sahaja.
Nak cerita tentang aku pergi mana? Aku buat apa? Aku makan apa? Aku beli apa? Atau apa sahaja post berkenaan perkara harian yang aku buat. Aku tak tertekan button 'post' atau pon 'send'. Bila aku nak update, aku akan teringat nasib mereka yang mendapat musibah banjir ni. 
Mereka duduk macam mana. Makan.Minum.Pakaian.Tempat tidur. Yang dapat berlindung dalam dewan alhamdulillah. Tapi yang tak sempat ke mana-mana tu. Yang terpaksa menyelamatkan diri ke bukit,gunung. Macam mana? Malam sejuk boleh ke mereka tahan? Orang tua? Kanak-kanak? Bayi? Ibu mengandung? 
Ya Allah.... jika aku di tempat mereka...aku tak daya Ya Allah. Mungkin pada mereka harta benda memang mustahil untuk di selamatkan. Yang mungkin mereka fikir nyawa a…

CELEBRITY LASS MENGURANGKAN BAU BADAN

Produk Celebrity Lass | Aku tahu aku ni comel.. cantik tu kurang lah tapi lawa tu lebih. Akan tetapi semua keistimewaan aku itu takkan bermakna sekiranya ada bau yang kurang enak hinggap di badan aku. Bau peluh dari badan ni kira normal la kan. Mana ada yang berpeluh ni tak berbau. Tapi sebenarnya bau kurang enak ni adakala di sebabkan ketiak popo kita. Percaya tak?
Dan itulah masalah yang selalu aku hadapi. Bila dia dah start keluarkan satu bauan yang aku sendiri tak selesa, lagi aku kurang selesalah bila nak berhadapan atau bersama dengan rakan-rakan yang lain. Dah lama dah aku nak cari produk yang boleh mengurangkan bau ketiak popo aku. Bukan aku tak pernah cuba produk yang ada. Dah macam-macam jenis pewangi ketiak dah aku cuba tapi ada yang tak ok dan ada yang tak tahan lama.
Satu hari aku terbaca promo dari Blogger Abang Ben tentang product Celebrity Lass ni. Bila aku dah baca sharing dari Abang Ben tu, aku terus la order dengan owner dia. Tak tunggu esok pon. Lepas baca..hari tu…

LAMAN WEB INTERAKTIF BARU DARI DISNEY JUNIOR PIRATE AND PRINCESS: POWER OF DOING GOOD

Pirate and Princess: Power of Doing Good| Laman web berinteraktif baru dari Disney Junior khas untuk mendidik kanak-kanak masa kini dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.
Sesuai lah dengan peribahasa yang kita ketahui "Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebung nya" sangat sesuai untuk kita jadikan sandaran dalam mendidik anak-anak dengan nilai murni kehidupan.
Kempen Pirate and Princess: Power of Doing Good Disney Junior bertujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap - alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat.  
Kalau kita tengok dari berita-berita tersebar kini, ada saja topik atau cerita yang menunjukkan tentang kekejaman manusia terhadap haiwan, kes penderaan terhadap kanak-kanak, dan macam-macam lagi penyebaran berita yang tiada nilai-ni…

TAHUN 2015 SEMAKIN HAMPIR

Tahun 2015 Semakin Hampir| Sambil-sambil aku menikmati Teh Panas di kala hujan sedang turun membasahi bumi kini... sempat jugak aku menjeling kejap kat kalendar atas almari buku aku. Hmmm..satt.. aku kira jap ye...
Kira..kira..kira..dan kira...Mengikut pengiraan dari kalendar di bilik aku ni, lebih kurang 10 hari lagi kita semua akan melangkah ke tahun berikut nya. 2015.  Whaattttttt???!!! Yeeaahhhhh!!! ATIIKAH!!! Tahun 2015 akan menjelma tak lama lagi. Ooohhh nooo...Kerisauan aku makin  bertambah-tambah.
- Umur bertambah 26 to 27 tahun. OOhhh ok..makin berusia nampak gayanya. Bila bertambah umur..makin bertambah cabaran hidup aku. Bersedia kah aku? - Kawan-kawan sebaya dah bertunang..berkahwin..ada anak.. and me?? ok! dont like this kind of situation. Nevermind. Allah dah plan cantik untuk aku akan datang. Mungkin ada yang Allah nak aku full fill dulu. Family? Ya..Family... Aku kena jaga Ibu..adik-adik aku dulu. Sebab tanggungjawab aku belum sempurna lagi. Tapi buah hati dah ada dah. 

BERHATI-HATI DENGAN SINDIKET TARIK KERETA

Sindiket Tarik Kereta| Kejadian ini betul- betul berlaku pada ahli keluarga aku sendiri. Jadi aku rasa aku nak share dalam blog aku ini supaya mereka yang di luar sana terutama yang rasa payment bayaran bulanan ada tertangguh dalam 2 ke 3 bulan, better sentiasa berhati-hati. Kalau u all semua di datangi oleh beberapa orang yang mendakwa ingin menarik kereta tanpa mempamirkan sebarang surat atau notice dari pihak bank  terus buat laporan polis serta merta atau untuk lebih sahih contact terus bank untuk dapatkan pengesahan.

Macam mana boleh berlaku? Tempoh hari adik aku whatsapp bagi tahu yang ada orang tarik kereta jumpa dia bagi tahu nak tarik kereta dia. Padahal adik aku tertunggak untuk dua bulan je. Normally pihak bank akan hantar surat dalam tempoh 3 bulan bila tak settle kan lagi bayaran.


Kejadian ni berlaku sekitar area Jalan Tengku Abdul Rahman. Masa tu adik aku dia nak withdraw duit dia dekat CIMB area sana. Then dia di datangi 3 lelaki india yang mendakwa nak tarik kereta adi…

SEMINAR BUAT DUIT AFFILIATE DENGAN BLOG

Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog| Pada 13 Disember 2014 yang lalu, pihak Denaihati & The geng telah mengadakan Program 1 hari iaitu Seminar Affiliate kepada para blogger di Malaysia. Dan aku adalah salah seorang yang bertuah dapat peluang untuk ke seminar tersebut.
Affiliate. Bukan pertama kali aku dengar tentang sumber perniagaan dan peluang dalam affiliate. Pernah jugak aku nak menceburi dalam bidang affiliate ini. Sebab nya? Sebab aku tengok orang lain buat senang je...ok je... so aku pon dengan confident bijak, join juga lah. Sign up beberapa website Affiliate yang ada. Tapi.... teetttttt! Nothing. 
Orang berjaya selalu berpesan, nak buat apa-apa terutama bila nak buat benda baru..perlu lah berguru. Kenapa perlu berguru.. sebab sah-sah lah aku ni tak tahu apa yang aku nak buat tu kan. Kesan nya... haaaa memang tak menjadi sangat lah.

Haaa... ni la hasilnya bila kita 'berguru' . Tapi ada gak info yang terlepas. Tu yang macam lapang nampak paper note aku ni. Tapi …

PENGAMBILAN JAMU DI USIA MUDA

 Pengambilan Jamu Di Usia Muda |
Sebelum ni aku memang ada ambil jamu gentel atau lebih mesra aku panggil Makjun. Tapi kali ini aku saja berjinak-jinak untuk ambil jamu serbuk untuk di amalkan. Yang ni setahu aku tak ada jual di pasaran luar. Mungkin juga ada tapi aku memang tak tahu dekat mana ada jual. 
Serbuk jamu yang aku amalkan pengambilan setiap pagi dan sebelum tidur ni aku beli dekat akak admin ofis tempat aku bekerja.Dia beli melalui makcik urut yang dia biasa pergi. Katanya makcik tukang urut tu buat sendiri jamu serbuk ni. Dia memang tak offer pada orang luar atau orang yang dia tak kenal. So aku beli ni pun dari akak admin aku ni lah.
Bagi ibu-ibu selepas bersalin mesti dia biasa dengan jamu serbuk ni. Dulu masa ibu aku dalam pantang aku biasa tengok ibu minum jamu serbuk tu. Siap minum sambil tutup hidung. Sebab tak nak rasa loya bila telan nanti jadi kena minum sambil tutup hidung dan telan terus. Jamu yang aku minum ni bukan lah yang ibu selepas bersalin tu, yang ni jam…

SATU BENDA YANG TAK BOLEH TINGGAL BILA PERGI BERCUTI

Satu Benda Yang Tak Boleh Tinggal Bila Pergi Bercuti | Yeaaaahhhhhhh!!!!
Nak pergi bercuti!! Excited rasa nak bercuti tu seminggu awal dah rasa dah. Lepas daripada 4 hari berikut...baju last minute kemas pon ok lagi. Itu perkara biasa kalau prepare last last minute ni. Small matter aahhh!
Tapi dalam kepala otak dok pikir..hhmmm nak bawa itu.. ini... Pastu tang baju pulak, dok pikir lagi nanti nak pergi sana pakai baju apa ek? Eeemm alahh gerak malam pakai simple je lah. Esok siang pakai ini... malam pulak pakai itu.. haaa settle sudah.

Macam biasa nak kesana kemari ni bateri handphone kena la sentiasa full. Dan bukan setakat bateri, power bank pon nak kena full gak. Dulu pikir nak cas phone je. Sekarang phone dan power bank. Bilik hotel plug nya biasa paling banyak pon dua. 1 pasang untuk TV... 1 lagi free...so 1 je la yang tinggal. Penghuni bilik bukan nye sorang. Dah memasing berebut nak pakai. Kadang tak sempat full dah kena tukar bagi orang lain pulak cas.

Jadi dalam listed barang…