Skip to main content

KEKANGAN MASA BERSAMA KELUARGA.

Dah lama aku tak update blog, nak tak nak aku kena update gak entri ni. Setelah beberapa hari aku tertangguh nak up citer dalam blog aku, so ini lah masa yang aku ada. Masa lain bukan nya aku tak available. Cuma sekarang ni bila balik keje...pantang letak kepala... Mengantok terus la aku gamaknya.

Mungkin masa keje otak aku dah letih, so bila balik fikir nak rehat jela. Balik keje, masuk bilik, amik handphone, tengok itu, tengok ini, mandi, solat, tengok lagi citer apa ada kat tv, kalau takde yang best, masuk bilik... Buuummmmmm!!!! Baring..

Memang sungguh aku katakan, during weekdays aku jarang ada masa dengan ibu, adik2 aku. Jadi aku akan gunakan masa weekand aku untuk spend masa yang tak ckup ni. Saat bila yang sesuai untuk aku kumpul bersama diorang?





Time makan. Yup. Waktu makan la masa yang ada untuk aku spend masa bersama. Macam kes aku, adik beradik yang lain masing-masing keje jauh. So kat rumah tinggal ibu dan kami 4 beradik la termasuk aku. Bila masa free je, semua spend dengan gadget memasing. Gadget ni pon kalau ikutkan faedah nye banyak. Yang tak bagus nye gadget ni boleh buat kita hilang tumpuan pada sesuatu yang perlukan perhatian. Aku sendiri kalah dengan kecanggihan gadget ni, apatah lagi adik2 aku tu haa..



Tak di nafikan time makan pon kekadang tangan dok gak tgk handphone.. Scroll itu ini. Tapi x la sefokus mana sebab time makan kan. So feel tengah makan tu lebih dari memghayati gadget. Jadi masa ni la aku nak tgk muka ko, ko tengok muka aku...

Kalau you all pulak macam mne??

Comments

  1. bab gadget tu memang tak boleh elak, sebab anak sedara yang kecik-kecik pun tak boleh lekang dari hp.tapi kadang-kadang ayah akak selalu suruh semua letak gadget tepi time makan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..kami adik beradik kalau balik kampung sekali sekala tu..mampu letak phone kt tepi. Mulut riuh bercerita. Mayb sbb dh lama x jumpa. Utk anak2 kecik kami..kami x bagi guna gajet. Hehe

    ReplyDelete
  3. mama pula kalau outing dgn anak2.. hp mmg letak tepi... off semua.. anak2 mama pun mama tak galakkan guna gadjet. tak penting pun..
    Mama Niza

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…

PERANAN SEORANG KAKAK DAN ABANG

- Gambar adalah sumber Encik Google-
Masa time aku menepuh zaman Akil Baligh, yang menjadi peneman dan guru untuk menerangkan segala-gala yang aku perlu tahu ialah Ibu. Bila seorang anak remaja telah menempuh atau bakal menempuh zaman zaman tumbesaran ini, memang sewajarnya seorang yang rapat dengan kita (yang biasa nya Ibu) akan memberikan pendedahan awal yang harus mereka tahu.
Kebiasaan nya mungkin akan mengikut jantina la. Kalau perempuan, Ibu akan mainkan peranan. Kalau lelaki, ayah yang akan membimbing. Tapi adakah seorang kakak atau abang itu diam tanpa sebarang tangungjawab? 
Setahu aku, kita di lahirkan di bumi ini bukan sahaja untuk menikmati kehidupan dan merasai nikmat alam ALLAH s.w.t ni. Di samping menikmati, kita juga ada tanggungjawab untuk digalas. Tanpa tanggungjawab. manusia itu takkan ada nilaian di mata manusia lain. Kakak dan Abang itu di lahirkan untuk membantu Ibu dan Ayah untuk membimbing adik adik. 
Sebab sampai satu saat, tenaga minda dan daya kekuatan Ibu d…