Skip to main content

BILA RINDU....

Bila rindu..
Terkenang mu sayang..
Ku rasa sayu...
Syahdu nya jiwaku...
Bila malam...
Makin kelam..
Jauh terbang diri ku melayang...



Eemm normal tak perasaan ni? Rasa rindu tu? Normal la kan? Emosi remaja bercintan cintun, (remaja lagi ke??) Bila hati sudah suka, rindu pon berbunga-bunga. 

Memang tak di nafikan saat kita rasa rindu kat seseorang tu, semua kerja tak jalan. Mood lagi laaa... Hampehhh memanjang. Kelaut je perginya. Buat ini tak kena... Buat itu tak kena... Haaaa sudahhh... I don't like that feeling laaa.. Amboii cakap omputeh aku. 

*Bunyi GURUH tetiba..

See... Atikahhh... Langit pon tak suka kamu gedik-gedik macam ini.

*Tengok langit.. Pandang ke atas.. Nampak kilat.. Ok faham.. Tunduk bawah balik.

Pastu terus la amik handphone...capai... Buka wassap ( sekarang main wassap je.. NO MORE SMS ok!).. Tengok.. Ok bukan dari dia..Letak balik handphone... 

60 saat selepas tu... Amik balik.. Tengok lagi.. Eemm bukan jugak dari dia. Haaiiihhh begini kan penangan orang bercinta. Haaa.. Haaa.. Korang semua jangan nak menyengih sangat.. Tiada salah ye untuk rasa MENCINTAI, apatah lagi MERINDUI..

Semua itu rasa fitrah. Kerana apa lelaki dan perempuan di ciptakan? Semestinya untuk saling melengkapkan. Cara apa untuk melengkapkan? Dengan perasaan fitrah itu lah.

TETAPI....

Haaaa..ada Tetapi ye sayang-sayang semua...

Kita ni manusia di kurniakan akal untuk berfikir. Kadang-kadang rasa fitrah tu tak salah. Tapi kita manusia yang terkenal dengan sifat 'khilaf dan alpa' itu, benda cantik pon boleh jadi buruk. 

Sebaik-baiknya... Letak la rasa fitrah itu di tempat yang sebetulnya. Hargai anugerah itu sebaik-baiknya. 

Mana aku letak rasa fitrah aku tu?

Aku dah bersedia meletakkan nya di tempat yang sebetulnya. Cuma.... Mahu atau tidak.. Aku perlu berbalik pada Dia dan ketentuanNya.




Comments

  1. good, cinta tu cinta jugak, tapi jangan macam obses dan terlalu letak kepercayaan sangat, memang perlu komitmen pada pasangan tapi jika dah macam terlalu obses takut akhir nanti kecewa, lagi 1 penting kena jujur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana untuk tidak terlalu obses pada cinta? Bila dah terjebak pada perkataan CINTA ni, obses dan kepercayaan itu pasti akan dtg sekali.

      Delete
  2. belek2 blog jap . janga lupa singgah :) http://blogparihh.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…

PERANAN SEORANG KAKAK DAN ABANG

- Gambar adalah sumber Encik Google-
Masa time aku menepuh zaman Akil Baligh, yang menjadi peneman dan guru untuk menerangkan segala-gala yang aku perlu tahu ialah Ibu. Bila seorang anak remaja telah menempuh atau bakal menempuh zaman zaman tumbesaran ini, memang sewajarnya seorang yang rapat dengan kita (yang biasa nya Ibu) akan memberikan pendedahan awal yang harus mereka tahu.
Kebiasaan nya mungkin akan mengikut jantina la. Kalau perempuan, Ibu akan mainkan peranan. Kalau lelaki, ayah yang akan membimbing. Tapi adakah seorang kakak atau abang itu diam tanpa sebarang tangungjawab? 
Setahu aku, kita di lahirkan di bumi ini bukan sahaja untuk menikmati kehidupan dan merasai nikmat alam ALLAH s.w.t ni. Di samping menikmati, kita juga ada tanggungjawab untuk digalas. Tanpa tanggungjawab. manusia itu takkan ada nilaian di mata manusia lain. Kakak dan Abang itu di lahirkan untuk membantu Ibu dan Ayah untuk membimbing adik adik. 
Sebab sampai satu saat, tenaga minda dan daya kekuatan Ibu d…