Skip to main content

APA YANG AKU MAKAN HARI INI - #CABARAN30HARI

Sebelum aku memulakan entri #cabaran30hari untuk hari ini, aku nak story sikit la kan. Sejak aku mengaktifkan diri aku untuk join segmen sahabat blogger aku ni actually segmen ini sedikit sebanyak membantu kenaikkan PV aku untuk sehari. 

Walaupon ada yang menjadi silent reader dan ada juga yang sudi meninggalkan komen untuk setiap entri aku, kehadiran anda semua amat membantu menaikkan PV blog Atikah Norbaki secara tak lansung. Dan aku amat appreciated usaha murni sahabat blogger aku ini.


Ok! Back to the main purpose untuk entry hari ni. Makan? Eemm makan ye? Untuk entri hari ini aku memang perlu update lewat sikit sebab aku kalo bole nak share kan makanan yang aku makan seharian untuk hari ini. Jadi nak tak nak hakakk kena bersabar sikit la kan nak mengepos entri hakakk ni...

First.... Makanan pertama yang aku suap ke mulut aku hari ini.. Ni haaaaa....


Nasi Lemak ibu beli dengan Air Milo suam kuku dari hakakk. Sebagai rakyat Malaysia, breakfirst nasi lemak adalah di kira menu wajib la selain roti canai. Pepagi aku dah jamu nasi kan... Jadi jangan tanya la kenapa badan aku mengembang sesuka hati.... Haaaa..... Yanggg tepi tuu jangan nak dok gelakkan hakak ye... Sekeh kang nakkk... ! Heee ngeee...

Kedua.....


Ni kira stock kunyah kunyah aku la. Seperti yang semua tahu... (Tahu keeee?) Aku memang penggemar air teh. Kalau aku tak beli ice lemon tea, teh bunga la akan jadi pilihan aku. Dan antara banyak-banyak jenis biskut, aku suka biskut Oreo ni. 

Apa lagi aku makan hari ni??

Last....


Haaaaa... Ni lepas makan baru teringat yang aku lupa nak snap. So korang tengok jela gambar makanan yang hakak dah licinkan ni yeeee.... Chooiiii!! Eh ni bukan stock aku makan sorang ye... Ini aku makan dengan family aku... Restoran Chicken Rice Shop... Bukan sekadar nasi ayammmm... Kokk..kokk..kokk..kokk... 

P/s: tak sure lagi samada ni makanan last atau ada lagi lepas ni... Hahahah ok.. Sape nak ayam yang tak habis tu gi amik ye... 








Comments

  1. bagus2, lain kali kena belanje aku pulak ok

    ReplyDelete
  2. perghhh licin !! mengembang sihat tanpa obesiti takpe cyg... hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang.