Skip to main content

5 BLOG KEGEMARAN AKU - #CABARAN30HARI


Sejujurnya .... aku memang takde blog kegemaran yang orang kata addict and follow gila gila. Selalu nak tunggu entri terbaru ke apa ke memang takde. Biasanya aku akan singgah kalau ada story best atau ilmu yang aku nak tau terutama ilmu berblog haaa ye tu aku singgah. Tapi day by day aku tunggu memang takde lah.

Tapi kalau nak cakap blog yang aku kerap kunjung tu ada la gak. Semua nya sebab aku nak dapat ilmu dan ak review macam mana keadaan blog blogger tersebut.



Aku kerap jugak ke blog Abang HH ni. Semuanya sebab aku nak dapatkan ilmu berblog. Tips yang berkaitan untuk menaikkan sebuah blog juga membuatkan aku ter'klik' blog dia dengan sengaja. 



Blog Sis Innanie Ariffin juga kadang kadang aku buka. Blog dia ini ibarat Inspire untuk aku. Kadang bukan pengisian blog nya yang menarik perhatian aku, tapi semangat yang ada pada dia buat aku lebih yakin untuk kehadapan dan mungkin seiring dengan dia. 

Jessabella Plus Size Stealz


Blog pakaian Pluz size yang bila ada masa, rajin jugak ika dok tengok koleksi apa dia dia. Tengok tengok tu selalu. Cuma nak beli ni tak beli beli. In shaa Allah tunggu hujung bulan, memang aku akan memborong lah. 

BEN ASHAARI


Bila Abang Ben update entri pasal anak anak dia terutama si Qhaliff tu, rajin je tangan tu dok klik. Telatah anak dia tu haaaa yang buat rasa macam nak amik tau. heheeh



Haaaaa.... ni blog yang WAJIB aku bukak! Satu hari tak buka boleh naik gila kot. Ceh! aku ni...tang blog sendiri bukan main lagi fefeeling dia. Unfair kan?? keh keh keh

OK! SIAP!!!

Comments

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…

PERANAN SEORANG KAKAK DAN ABANG

- Gambar adalah sumber Encik Google-
Masa time aku menepuh zaman Akil Baligh, yang menjadi peneman dan guru untuk menerangkan segala-gala yang aku perlu tahu ialah Ibu. Bila seorang anak remaja telah menempuh atau bakal menempuh zaman zaman tumbesaran ini, memang sewajarnya seorang yang rapat dengan kita (yang biasa nya Ibu) akan memberikan pendedahan awal yang harus mereka tahu.
Kebiasaan nya mungkin akan mengikut jantina la. Kalau perempuan, Ibu akan mainkan peranan. Kalau lelaki, ayah yang akan membimbing. Tapi adakah seorang kakak atau abang itu diam tanpa sebarang tangungjawab? 
Setahu aku, kita di lahirkan di bumi ini bukan sahaja untuk menikmati kehidupan dan merasai nikmat alam ALLAH s.w.t ni. Di samping menikmati, kita juga ada tanggungjawab untuk digalas. Tanpa tanggungjawab. manusia itu takkan ada nilaian di mata manusia lain. Kakak dan Abang itu di lahirkan untuk membantu Ibu dan Ayah untuk membimbing adik adik. 
Sebab sampai satu saat, tenaga minda dan daya kekuatan Ibu d…