Skip to main content

ALAHAIIII LADY BOSS

Sementara tunggu Ibu aku sampai, tetiba kepala aku dok teringatkan Puan Boss aku sekarang. Puan Boss aku ni memang jenis muka serius agaknya. Masa mula mula aku masuk keje beberapa minggu yang lalu, aku bole terima la muka dia macam tu kan.


Takde la aku banyak sangat tertanya sebab maybe aku masa tu baru baru lagi. Nak senyum pon aku macam susah je sejak beberapa bulan aku tak bekerja. Memang masa tu aku akui susah nak amik mood bergaul dengan staff dan orang sekeliling. Termasuk la Puan Boss ni.

Tapi hari demi hari...berganti ganti dah hari, muka dia macam tu gak. Haaaiiiihhh... Dia ni tak suka ke aku kerja kat sini?? Ingat masa mula mula dia panggil aku masa tu aku nak kena settlekan untuk call forward sistem dengan TM. 

So sebelum jumpa dia aku ada call 100 TM service nak tau camne nak activekan, so ada la certain info yang aku terlupa nak tanya. Dengan muka dia yang serius macam nak telan aku tu, dia pon cakap la...

"Awak masa call tu tanya habis2... Ni saya pesan ni kena amik pen, kertas catat apa saya cakap. Jangan nanti lupa lepas tu dah kena buat dua kali kerja"

Gulp! Ok nada dia cakap biasa je sebenarnya. Cuma muka dia yang serius tu dan cakap tak pandang muka aku. So aku rasa maca 'eerrrr...aku salah ke?' Tapi actually betul je pon teguran dia tu. Aku terima as pekerja di tegur majikan. 

TAPIIIIIIII.....

Lagi 1 yang aku pelik dengan dia ni.... Kalau dengan staff lain elok je dia borak... Gelak gelak.. Senyum... Bila dengan aku jadi muka guru besar  balik...... Krik...krikk... La aku jawabnnya.. Dari aku nak senyum..jadi straight balik bibir aku ni.

Cuak nye aku nak ngadap Puan Boss ni sampai aku berdoa supaya Allah lembutkan hati dia..... Haaaaa... Nampak tak.. Bukan apa cuma benda ni ganggu focus aku nak buat kerja.. Sape suka keja dalam ketensionan.. Aku ni jenis happy...gelak gelak punya orang. Tapi tetiba kena jadi pendiam...wooo..itu bukan diri aku.

MIRACLE nya hari ni....

Masa aku tengah borak dengan akak kat ofis aku tentang kesihatan ibu aku. Then aku cakap la ibu aku stress..banyak pikir...badan penat.. 

Korang tau tak, Puan Boss ni bole melawak dengan aku... Dia cakap ' kenapa mak awak banyak pikir? Pikir pasal ko tak kawin lagi ke?' 

Eh eh .... Dia melawak pulakkkkk....aku la plak jadi blur... Nak gelak tak kena... Nak senyum pon tak kena... Tapi kuat gak suara aku terkeluar gelak masa dia cakap macam tu...

Alahaiiiiii Puan Boss...

Comments

  1. kalau sape2 dpat boss gini pon confuse nk gelak ke nak diam je bila dia joke..
    alahaii boss oh boss..boss ni kdg2 saje je dieorg buat gitu..nak takutkan kiter walhal x de niat dia pon nk buat kita takut kat dia..lagi dia gelak ade laa...
    salam perkenalan dr sy..

    jom singgah blog sy..
    www.ainkaswa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... tak bole nak predict perangan boss mcm gini.... terima kasih sudi dtg... salam kenal yeee....

      Delete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PINTU HATI NEELOFA AKHIRNYA TELAH TERBUKA MENERIMA LAMARAN

Pintu Hati Neelofa Akhirnya Telah Terbuka Menerima Lamaran |  Siapa sahaja yang tidak kenal dengan empunya nama ini Noor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa yang lebih mesra dipanggil 'Lofa' adalah merupakan Bekas Juara bagi pertandingan Dewi Remaja 2009/10 dan dari situ bermula lah karier beliau sebagai seorang anak seni yang telah menghiasi kaca TV anda dan kini dengan berani beliau telah mengorak langkahnya ke dalam dunia perniagaan dan berjaya menjadi usahawan yang disegani dan menjadi ikon kepada peniaga muda dan para wanita diluar sana. Beliau bukan sahaja menjadi ikutan dan panduan di dalam bidang perniagaan semata-mata, malah Neelofa juga sentiasa menjadi ikutan dari aspek berfesyen dan juga penjagaan kecantikkan. Lamaran apakah yang telah diterima Neelofa?


Oleh kerana kredibiliti yang kukuh diperolehi oleh aktres tersebut, CEO Syarikat Sun Fabulous Sdn Bhd  telah pun berhasrat untuk melamar beliau sebagai Duta Produk keluaran syarikat nya iaitu Chew n Glow. Siapakah geranga…