Skip to main content

OH MY ENGLISH!!

Apa?? Aku dapat tawaran jadi pelakon untuk Oh My English musim baru???? 

Berangan di tengah malam yang belum lewat malam lagi ni. Hari ini aku di kejutkan dengan teguran yang sangat pedas. Ya! Kepedasan yang sangat Pedas! Ibarat makan Sup Ani Utara letak cili kicap banyak-banyak. Tapi tetap melazatkan. 

Apa yang Pedas? Apa yang sedap?

Begini cerita nya...


Cerita Pedas:

Orang nak ada tagline, dia pon nak. Orang pakai tagline English dia pon nak. Alih alih Unofficial english teacher wassap aku tadi.. "Grammar Timeeeeee" pesanan yang bermula dengan teguran "Dah lama nampak, baru nak betulkan. Angah (panggilan untuk aku) It Not About Size tu salah. Takda makna"

Aku? Erk! Alamak! Tagline aku salah ke? Rupa rupanya aku tak letak 'is'. So sepatutnya It Is Not About Size. Bukan It Not About Size. 

Jadi dengan rasa khilafnya aku dah pon betul kan Tagline blog aku. No more IT NOT ABOUT SIZE . Sekarang dengan nafas baru aku dah betulkan yang silap. IT IS NOT ABOUT SIZE

Cerita Sedap:

Hidup kena berani terima teguran. Walau pon benda benda kecil je. Honestly aku tak excellent pon dalam english ni. Even aku belajar sampai degree. Level english aku kira sederhana. Tapi bukan tak tau lansung. Cuma kadang kadang langgar je semua grammar. 

Pssss: Aku maluuuu sebenarnya. Hehehhehe....

Comments

  1. Replies
    1. Betol betol betol! Byk btl silap nya tu....hehehe

      Delete
  2. Zara xterer speaking london but ill try my best nak bspeaking.. miahaha.. practice make perfect kan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita zara.... Ika pon cuba Sehabis baik... Practice make perfect. :-)

      Delete
  3. ada perasan sebenarnya, tapi bila baca dah jadi terbiasa terus sebut "it is"

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…