Skip to main content

MEREKA KENAL AKU?


Esok aku ada Interview dekat Maybank. Pehhhh for the first time aku bersedia nak pergi Interview dekat Maybank untuk position Telesales. Wakil dari JobStreet call aku semalam dan tanya samada aku masih mencari kerja or tak. So then dia nak offer untuk datang Interview dengan Maybank. Errrr neves. Sebab setahu aku Maybank mesti nak yang qualification tinggi. Aku ni CGPA pon bawah 4.00. Tapi bila tengok requirement dia, CGPA max 3.00-2.50. So aku agree la nak cuba. 



Ok bagi menghilangkan debaran aku nak Interview esok, aku nak share story morry dengan korang semua. As my focus now dalam blogging, of coz aku nak capai sebagai Blogger Success. Jadi nak grab chances tu bukan la mudah sangat. Mengikut dari perkongsian cerita blogger yang dah lama dalam dunia blogger ni dari aku, makan tahun jugak.

Yela nak dapat sesuatu yang value dan nak berdiri kukuh, bukan sehari dua kena tempoh. Bukan sesaat dua dan bukan jugak seminit dua. Bertahun. Ok aku ulang bertahun. Jadi blogger macam aku yang baru nak aktif balik setelah aku berhenti dalam blogging banyak benda aku perlu asah dan tajamkan.



Tetapi! Akan tetapi ye kawan-kawan, bila aku dapat tau yang ada  silent reader yang aku tak kenal kenal ATIKAHNORBAKI.COM. Dan mereka itu adalah di kalangan kawan adik aku. Adik aku cerita semalam yang kawan dia ada tanya dia, 

"Eh! Kakak Amy (adik) blogger ek? Yang Atikah Norbaki tu?" 

Actually kalau orang nak kenal kitorang adik beradik senang je NORBAKI. Sebab nama Ayah kitorang ni jarang nak jumpa yang Duplicate. Hehehe maksudnya takde orang nama sama macam ayah. Ok berbalik pada cerita tadi, adik aku terkejut la kawan dia tau aku blogger. Aku apa lagi 2 kali terkejut ada orang kenal aku. Plus dia siap cakap lagi..

" Eh kakak Amy tak nak update blog lagi ke? Kita suka baca blog kakak Amy"

Alhamdulillah......

Comments

  1. oo betul la ni noratikah baki tu, yela betul2

    ReplyDelete
  2. itulah atika...silent rider ni memang suka baca entri tp dorang kebanyakannya suka main sorok2 hihi..sebabnya mereka ni bukan dr golongan blogger cuma sbg pembaca biasa...bg mereka tiada kepentingan bg tujuan blogwalking... p/spcl dudlu sbl jd blogger pon buat mcm tu gak.. Thnks silent reader, jumpa kat luar blm tentu org tegur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah 'rider' pon boleeee...paham.. Keh keh keh....

      Delete
  3. *apasal pcl type 'rider' plk..actually 'reader' la..typo.

    ReplyDelete
  4. satu kebanggaan untuk para blogger.tapi blogging sebab minat bukan sebab nak femes.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu kak... ika berblog sebab ika minat... bila minat... kenikmatan lain akan dtg dgn sendiri nya.. =)

      Delete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…