Skip to main content

IDENTITI

Masa awal awal pembukaan Blog aku ni, memang aku takde simpan apa apa matlam:-) at dan impian dalam Berblog. Aku hanya faham, buka blog, update post, citer tentang benda sedih, citer happy, benda yang aku marah, benda yang remeh temeh. Senang cakap update je la. No 'vision' and 'mission' untuk aku fikir yang blog ni bole aku gunakan untuk aku melangkah jauh.

Set quote? Memang tak la. Orang kata bodoh bodoh gitu. Semua benda memang tak tau. Tapi bila kita sendiri dah masuk dunia maya ni kita sendiri jugak la kena pergi meneroka ke blog blog orang lain. Kena melawat sambil belajar. So banyak blog yang aku visit aku jalan jalan. Ofcoz aku akan jumpa diorang yang dah di kenali ramai. 

Follower ramai menunjukkan anda benar benar di kenali ke??

Bagi aku TIDAK!

Follower. Watak mereka yang mana sentiasa akan mengikuti perkembangan kita. Dulu mission aku, nak target follower ramai. But now baru aku realize follower ramai yang aku dapat ialah mereka yang hanya 'klik' button follow and DONE! JUST FOLLOW. Tapi hakikat, mereka masih tak lagi mengenali aku. 

Bila aku fikir fikir balik. Membawa satu blog ke mata mereka di luar sana ibarat membawa diri kita. Jika diri kita hanya ibarat seperti 'kayu' rasa rasa orang senang nak kenal ke? Mesti tak kan. Tapi bila 'kayu' di ubah menjadi sesuatu seperti kerusi, meja, almari atau sesuatu yang dapat di bentukkan. Saat tu baru orang akan kenal dan nampak. 

Identiti? Ya! Identiti. Aku kena ada identiti aku. Baru orang akan kenal aku. Orang akan aware aku. Tapi macam mana? Fikir fikir.... Berfikir...dan terus berfikir... Aku perlu ada kata quote aku sendiri. Untuk aku create apa identiti yang aku cuba untuk bawa. Selepas itu, baru la wujudnya .....

IT NOT ABOUT SIZE

Aku ingin jadikan diri aku sendiri contoh di mata mereka yang di luar sana. Membawa diri yang bertubuh besar, itu bukan lagi alasan untuk aku ,menyendiri, rasa down, rasa rendah diri dan penuh dengan NEGATIF. 

Jadi dengan peluang berblog ini lah, aku nak jadikan platform aku untuk beri semangat pada kawan kawan aku yang terutama bersize besar untuk support diorang. Dan dengan cara ini aku dapat build up diri aku.

** Jangan lupa mynameika.blogspot.com dah bertukar ke atikahnorbaki.com ok! :-) 

Comments

  1. Good job and ood luck. Anugerah tu dik... Bukan senang nk dapat anugerah tu dik... ^__^
    Eh, tak terjumpa lak kita ms di SBB hr tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank You sis... eh akak dtg jugak ke? heheh biasa la kak tu first event aya attainded. So pemalu la katakan... memang x jumpa sape2 pon.. =)

      Delete
  2. Aloha...... rasanya kita duduk semeja kan masa SBB ari tuuu.... ekekekekeke... ai yg ke hulu-ke hilir bawak dslr tuuu....ekekekekeke..... BTW nice blog.... jemput2 lah ke blog aku www.shamphotography.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sat lg saya smpi blog abang.... Buat kopi siap siap yeeee

      Delete
  3. good luck ika! semangat ika tu buat mummy kagum tau.. anyway, moga2 akan berjaya kelak! luv u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe yeke mummy? Hhmmm tq tq sbb selalu support ika...

      Delete
  4. Good luck akak :D You're a cute sis. Hehe :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…