Skip to main content

EVENT: TCEB Business Forum "Thailand Exhibition... Business Success for ASEAN Platform" (Part 1)


Place: Impiana Hotel Kuala Lumpur City Center
Date: 20th March 2014 (Khamis)
Time: 2.00 pm - 3.30 pm


Ingat semalam nak update sharing event yang aku attended semalam. Tapi mata kuyu aku mengalahkan segala-galanya. Jadi aku terpaksa hold dulu. Sekarang aku ada masa boleh la aku share apa experience yang aku dapat. Dan ini kira pengalaman kedua aku datang event as a free blogger selepas event SBB2014 .

Tapi pengalaman ini takkan dapat aku realisasikan sekiranya Allah s.w.t tak izinkan aku terima. Kedua doa Ibu dan Ayah aku yang tak henti untuk aku. Ketiga, aku nak ucapkan terima kasih pada NAMIA.COM sebab arrange kan semuanya untuk aku SEBELUM hari event tu berjalan. Actually Namia offer pada sesiapa yang boleh hadir untuk event ni sebab dia tak dapat join atas sebab tertentu. Jadi untuk mencari pengalaman yang lebih dan pengalaman yang baru aku GRAP! la..

Kalau korang tak tau..ni aku nak bagi tau, untuk datang event ni...untuk pertama kalinya aku bangun awal since aku tak berkerja selama 4-5 bulan ni (Waaahhhhh!! terkozut korang tau aku tak keje!! =P ). Aku kena bangun awal sebab aku kena follow ibu aku pegi kerja. So on the way dia nak pegi tempat kerja dia, ibu akan drop aku kat KTM PADANG JAWA. 

Event pukol 2 petang, pukol 9-10 pagi aku dah terpacak kat KL SENTRAL. So apa yang aku buat, aku terus kan perjalanan aku. Tapi sementara nak tunggu masa, aku pergi lepak sorang-sorang kat KLCC dulu.
Takde la rasa different sangat jalan kat KLCC ni sensorang kan. Sebab aku memang dah biasa ke sana sebagai LONE RANGER atas sebab pegi Dating. Oooopppsss!! hahaha ok! lupa kan tentang rahsia yang terbongkar itu. Sampai kat KLCC ada dalam 4JAM lagi sebelum aku perlu hadir ke event yang aku tuju. Kalau setakat jalan-jalan je memang orang gila pon akan gila. 

Dan lagi satu kesukaan aku, aku ni kalau keluar ke KLCC ke MidValley aku suka pergi tengok wayang. Entah apa jenis habit la aku ni kan. Tapi aku memang suka. So bila dah alang alang aku sampai ke KLCC, Jadi kesukaan aku tu harus lah aku tunaikan. Tapi ia nya takkan dapat tertunai tanpa pertolongan dari kakak kesayangan aku ni.... (Sayang keeerrrr.... tangan atas bahu..mata ke atas)... SUAIDAH NORBAKI . Kalau tanpa kiriman RM50 ringgit dia pada aku tu, conform aku tak dapat pergi hari tu. Thanks ALONG!

OK! sambung citer... so tanpa buang masa aku pergi beli terus tiket wayang nya. Tapi masa dah masuk lorong kaunter tu..aku dok berfikir fikir gak... 

" eemmm... nak beli ke takk...cukup ke takk duit ni.. kang nak makan lagi..kalo touch n go habis nanti..nak topup pulak.. aaaa..tiket berapa ek hari ni...eeemmm beli ke...beli keee... beli kee...."

sampai dah kat kaunter....

 " eemm beli je laaahhh..."

Daannnnn... memang rezeki aku hari tu.... tiket hanya RM10... hahahah so besttt!! ada lagi RM30 dalam purse aku...


Citer hantu thailand. Hahahah aku kalau pergi tengok wayang aku jarang nak tengok citer sentimental, cinta, kartun. Aku lebih suka tengok citer hantu..bunuh-bunuh..haaaa tu memang citer favorite aku. Tapiiii....sayanggggg...seribu kali sayanggg...citer ni hampehhhh... and mengarut.... Tapi aku tak boleh nak merungut sangat sebab tu je citer yang aku pilih. Jadi jawabnya layan je la. Dari aku tak tahu nak ke mana, baik aku duduk dalam tempat sejuk..empukkk..selesa..lagi best. Walaupon citer tu tak memberikan kesan pada aku, lantak la kau situ movie....

Dalam pukol 2.04 pm lebih citer tu pon habis... so apa lagi.. aku bergegas ke tempat yang nak di tuju. IMPIANA HOTEL KUALA LUMPUR. Keluar je dari pintu utama KLCC, Hujan lebat gila kat luar.... Oopppssss! macam mana aku nak pergi ni? Hujan pulakkk.... Dah la aku tak tau jalan....

BERSAMBUNG.....Part 2...

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…