Skip to main content

"KTM dan touch n go..."

Bila naik KTM ni aku teringat la plak satu moment ni. Kira2 4 bulan yang lalu. Masa tu aku kerja kat subang. Jadi train ni la yang akan jd pengangkutan utama aku dari klang ke subang @ shah alam ke subang. Masa mula-mula aku naik hari2 la aku kena beli tiket pergi balik. Gaji RM900 je... memang agak payah la nak tanggung. Mana nak duit makan nya, transport lagi...duit nak bagi ibu lagi... Makanan kat subang tu bukan nya murah2. Dah setaraf KL pon.

Kawan aku siap dah pesan dah...

"Ika... awak guna la kad untuk naik train ni. Jimat pon jimat...pastu tak payah beratur lama-lama...bla...bla...bla.."

Haaa macam tu la panjangnya pesanan kawan aku tu. So nak di katakan rezeki aku kan... adik aku dia kata dia terjumpa 1kad Touch n Go ni. Kad tu dh nampak macam buruk sikit la. Maybe tuan nya dulu dah pkai lama. Aku mula mula tak nak pakai pon. Kang buang masa je amik tp x bole guna. Tapi bila try check balance n pkai kat tol ok plak. So memang Allah faham masalah aku kan... jadi kad tu pon bertukar tangan la dan bertuan kan aku...

Berlagak sehhhh bila dah pakai kad touch n go ni. Dulu aku je beratur beli tiket... kawan aku siap selesa je jalan dulu dengan touch touch dia tu... tapi sekarangggg!!!! hahaha aku pon adalah... Dari hari tu hidup aku berubah. Dan macam orang kaya tau tak payah beratur. Hahaha berlagak betol macam Mak tiri laki bapak kau...hadoiii...

So bila otak dah set tak payah beratur beli tiket... memang aku jadi sedap sedappp je lalu kat pagar penghalang tu. Nak di jadikan kisah episod kenangan terindah tu.. Lepas balik keje, dak ofis aku mintak aku temankan dia pergi pantai dalam. Nak jumpa scandal... katanya... so seperti yang aku katakan tadi... pengangkutan utama aku adalah train ni... so kami pon bergerak pergi sana dengan KTM.

Dah sampai kat sana scandal kawan aku tu tak jadi datang...so amat sia sia lah kmi gerak ke sana. Satu lagi membazir credit Touch N Go aku... (merungut niiii...) Pastu aku dengan kawan nak buat apa tercongok lama lama kat sana. Apa lagi? balik je la....

Kawan aku tu g beli tiket... dan aku..? Hahaha orang dah pakai kad kan... so 'Abang Kaunter' soriii... saya tumpang lalu dulu...dengan muka yang sangat berlagak berlalu di depan abang tu... ahaksss....!!

TIBA-TIBA!!!!!!

Entah macam mana fikiran aku melayang dan terpandang palang Touch N Go di station seterusnya selepas Pantai Dalam...aku teringat sesuatu....

"eh! aku touch tak tadi kad tu ek?? halamakkkkk!! aku tak ingat la pulak"

Padan dengan muka aku. Tu la berlagak tahap Mak Tiri... padan la muka.... Aku pon mula la dah tak reti dok diam. Dok terfikir lepas ke idak aku ni nk kuar nnti..? Kalo abang kerek tu tanya aku nak jawab apa?? adooiiiii.... dah la abang tu berlagak tahap #$%* betol.... Fuuhhhhh... takpe2... kita cuba tengok dulu apa jadi seterusnya... kalo aku touch juga apa jd....

Bila sampai je kat station Klang... aku pon dengan perasaan yang pura-pura berani tu... Sentuh pada kotak 'Touch N Go'

Tet! tet!...

Pura-pura buat muka terkejut... sentuh lagi....

Tet! tet!

Dan terus pergi kat abang berlagak tu...

"abang...saya punya kad tak bole detect la...macam mne?"

Abang tu amik kad aku...dan dia pon try... tet! tet! gak... dalam hati aku cakap...Huhu abang tertipu dengan saya.... :P Pastu abang tu datang kat aku. Aku dah risau dah...dia nak marah ke? Rupa-rupanya....

"Esok pagi datang bagi kat kaunter tu... biar diorang check"

Tu je??? Hahahah !! buat penat aku nebes... tapi esok bukan aku pegi pon. Sebab kad aku bukan ada masalah.... Kerana.......... oooppssss!! ok tak payah citer lagi...perkara dah lepas. Lain kali jgn berlagak yeee...

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…