Skip to main content

"Test Undang-undang hari tu... tipissss jee weiii..."

Yes! yes! yes! aku excited sangat... setelah lama aku bertangguh nak amik exam berkomputer untuk lesen ni, so aku pon decide la nak amik hari Isnin hari tu. Malam sebelum hari Isnin tu aku buat la study @ revision sikit kat buku rujukan dengan buku contoh soalan tu. Dah lama aku tak buat kerja kerja macam tu. Heheheh rindu zaman masa belajar. Esok nak exam, malam kelam kabut nak tengok itu ini.

Siap termimpi mimpi sehhh pasal nak amik exam tu. So Isnin pagi pon tiba la dengan tenang nya. Wahhhh! ayat klasik kau kannn. Nasib baik aku sempat bangun awal. 6.55.... eeeerrr kira awal la kan sebelum ke pukol 8 kan? Biasa la sejak dah menanam anggur beberapa bulan ni, tak pernah pon aku bangun seawal yang pernah aku bangun sebelm ni. Paling awal pon dalam 7 / 7.30 macam tu. (Kadang-kadang subuh pon subuh gajah.)

Masa tu aku dah start nervous. Fuuhhhh!! neves yang tak terkata ok! Dan neves tu dapat gak aku kawal sebab abang yang amik aku nak pergi pejabat MYEG (area Rantau Panjang Klang)  dia sampai lambat. Aku ingat kan dia lupa aku exam hari tu. Sebab sebelum tu dia yang remind aku sebab nak conformkan balik betul ke aku nak amik exam hari Isnin nanti . Dah tetiba je plak dia lambat. So aku ingat dia lupa.  Kang penat-penat aku study tau tau je dia tak datang.

Bila abang dah sampai, dalam keter aku tak tentu arah dah pulak. Takutttttt!!! Dengan tak pergi buat test dulu kat pejabat Kelas memandu ni, terus je aku nak amik exam betul-betul. Masa awal-awal dulu aku planning dah before nak amik exam aku nak test jawab kat pejabat tu dulu. Kira nak bagi familiar la dengan soalan-soalan tu kan. Lupa punya lupa + Nanti punya nanti hhhhmmm angan-angan je la ....

Sampai je kat ofis MYEG tu terus je abang tu register kan aku & adik, amik gambar semua terus .....

Pastu...

"NOR 'ATIKAH & NOR 'AMIRAH, meja no. 7 dan 17... nanti masa masuk kan IC no.then pilih kategori ORANG AWAM. Masuk dan terus jawab. Jangan bercakap".

Waahhh serius la pulak akak yang jaga kaunter ni. Nak marah-marah pulak dia. Ingat aku ni budak-budak lagi ke? Aku dah la neves ni, dah tu kau pulak bagi aku mood negatif! Cet!

"Bismillahirrahmannirrahim.... ok! isi nama pastu pilih...." 

"Start!"

Ok masa bertarung telah pon bermula.. Mata tengok soalan pastu di selang seli dengan jeling-jeling pada masa 45 MINIT. Masa berlalu..berlalu... berkurang... dan terus berkuranggggg... Macam-macam soalan yang keluar. Yang senang sangat ada. Yang susah sangat pon ada. Bila tang soalan yang agak susah tu... mula dah lahh aku tenung je soalan tu lelama. Konon nak memikirkan jawapan apa yang sesuai. Aleh alehhh termenung kosong pulak aku. Hampeh betul!

Buat punya buat.....masa dah semakin hampir.... mula tu aku yakin " In shaa ALLAH boleh lepas ni. Rasa macam dah jawab baik-baik dah ni. Eeemm ok la tu kot"

"Sila tekan YA untuk semak keputusan anda"

"Ok! Pilih YA. Huuuuuu... lepas la hendak nya" Sekali tuuuuu...

"Jumlah markah 41/50 anda GAGAL. Markah LULUS adalah 42/50"

"AAAARRRRGGGGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" 

sikit je lagi weeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... Keluar bilik exam dengan perasaan yang *&^%$#......

Aku TEKAD nak buat lagi terbaik.!! Aku tak nak bazirkan duit IBU aku dulu untuk biaya yuran kelas driving ni. Guys! Doa kan saya ya!!!!



Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…