Skip to main content

Siapa boleh tolong aku untuk minta maaf kat kawan aku ni...Eddie....

Sebelum nak tido, aku nak citer tentang kawan aku ni. Nama dia Eddie. Nama betul dia.... jap aku check kat page FB dia! (tengok nama kat teksi dia, sebab dia driver teksi) Haaa nama Mohd Kamil Effendy Bin Hashim. (Hope so betul sebab tengok kat pic Fb x jelas. So ni agak agak confident je taip ni)

Mana aku kenal dia?

Jujurnya dia bukan kawan sekolah aku, dan bukan juga kawan masa aku study kat Uitm dulu. Aku kenal dia kat Tagged. Tak silap aku dalam hujung tahun lepas. Rasa-rasa dalam bulan 6 kot. Entah lah aku tak ingat sangat. Yang aku ingat masa tu aku kerja kerani sekolah agama. 

Apa yang aku nak citer pasal dia ye?

Dia? Emmm dia ye... sigh* dia ni pandai. Pemikiran dia sangat berbeza dengan kawan kawan yang aku pernah kenal. Die pelik. Dan dia tak suka orang cakap dia PELIK! Hehehehe aku siap bole gaduh+pernah kena marah dengan dia sebab aku cakap dia pelik. 

Dia pernah bagitau aku, dia masa belajar dulu... I mean masa dia sekolah rendah, dia memang salah seorang pelajar yang sangat lembab. Dia tak suka dan takkan suka MEMBACA..Dia lebih prefer dengar dan ingat. Kelebihan dia adalah dia mudah ingat setiap patah perkataan yang orang cakap dengan dia. Dan benda tu aku percaya sebab..... bila saat aku call dia @ dia call aku....bila aku ada cakap sesuatu yang membuat dia rasa tak relevan apa yang aku cakap....dalam beberapa minit kemudian dia akan mesej aku balik dan pertikaikan balik apa yang aku cakap tadi dengan full of reason. Dan masa tu aku akan jadi Blurrr... dan mula la bunyi cengkerik! krik...krik...!! krik...krik..!

Apa yang Indah berlaku masa aku kenal dia?

Hmmmm..... *think!...think...* Ketawa? macam takde..Gembira? Gaduh je hari-hari aku dengan dia.. Selalu share masalah personal sama sama? Dia bukan jenis suka cakap tentang personal dengan orang. Bagi dia itu Privacy dia and tak patut untuk di buat 'Sharing is Caring'. Senang citer tempoh aku kenal dia lebh banyak bertegang urat dari ketawa nampak gigi. Dia seorang yang baran. Tapi aku dapat rasa dia seorang yang penyayang kalo di nilai dari sudut hati ke hati. Cuma watak dia kadang kadang memang macam dalam drama MR.ARROGANT

Kejap kejap ok, kejap tak... macam tu la... ada je turun naik emosi dia tu. Susah nak predict bila dia akan OK sebenarnya.

Tapiiii...... (mood sedih jap)

Hari tu aku bergaduh dengan dia. Eeemmmm ye maybe ni sebab salah aku. Aku terlalu bagi harapan pada dia yang aku nak tolong dia, tapi aku cancelkan last last minute. Dia bagi banyak peluang kat aku, bagi aku tempoh untuk aku study tentang Business dia tapi aku lengah lengahkan je. Aku tak amik serius. 

Dia panggil aku PENIPU. Dia pernah call aku lepas beberapa hari kitorang gaduh, time tu aku kat wayang KLCC. Dia cakap dia save nama aku PENIPU. Memang dia marah aku sangat sangat. Aku dah minta maaf kat dia tapi dia tetap keras kan hati...lagi keras dari batu tauuu.

Memang kalau berkawan dengan dia sangat menguji TEMPERATURE aku... tapi kerana ragam dia yang pelik pelik tu la buat aku suka kawan dengan dia. Selalu gak aku stalker FB dia untuk tengok khabar dia. Sekeras-keras dia, aku tau dia seorang yang lembut hatinya. Sesusah mana pon dia, dia cuba bahagiakan Ayah dan Mak dia. Selalu gak aku tengok dia bawa parents dia makan, jalan-jalan. Ciri-ciri lelaki mithali dia memang dah ada cuma emosi dia je yang tak tertahan untuk di bendung.

*Macam mana nak berbaik dengan dia balik ye?*
Sigh.......

Nak je bagi link FB dia tapi tak berani la pulak.... TAKUT....

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…