Skip to main content

Apply Sudah.. Harap diorang tengok la borang aku tu...

Ini lah nasib si penganggur.. Tapi bukan penganggur tegar tau. Aku masih lagi dok cari kerja yang sesuai. Dalam masa 6 bulan aku kerja yang sia-sia tu.. (OK! tu mungkin sebab aku sendiri yang tergopoh nak kerja sangat time sebab nak lari kan diri dari sesuatu. So mendapatlah aku nasib nye sekarang.) dan kini aku kembali mencari-cari dan sedaya upaya menghadiri interview sana sini untuk mengharapkan pekerjaan yang seterusnya.

Sekarang ni pon aku dok tunggu kawan aku ni haaa... Katanya abangnya nak tolong dapatkan kerja kat seksyen 7 shah alam ni untuk ofis baru Pos Laju. Tapi ofi sekarang tengah masih dalam proses update. So dia takde official tarikh nak bagi tau bila aku bole mula kerja. Ibu aku dah dok tanya-tanya dah..

'ngah, kawan ko cakap bila bole start keje?'

Aku pon dah 'aaaaa...eeerrr... eeemmmm' tak tau nak jawab. Nak tanya kat kawan tu takut dia ingat aku tak menyabar pulak. Tapi memang aku tak sabar pon. Banyak benda nak selesaikan. So ofcoz aku kena ada kerja, bila ada kerja aku ada income and masalah aku akan selesai sikit-sikit. 

Tadi aku apply online jawatan kat UITM tu.. sekarang tengah buka job pulak, so cuba je la. Harap ada rezeki aku. ( tak mau cakap 'kalau ada rezeki' sebab nampak macam tak serius pulak) Orang kata kalau ada ahli keluarga kerja UITM senang la kan. Yela boleh guna orang dalam. Tapi aku tak nak sangat bergantung orang dalam, sebab nanti aku akan kurang berdoa dan tawakal sebab benda senang nak dapat kan. So apa nak pikir-pikir nak berdoa bagai. Betul tak?? so aku tak nak buat cara tu. Tapi tadi ibu cakap dia cuba bagitau kawan dia bahagian pengambilan untuk tengok kan. Tu jela yang ibu aku mampu buat. Thanks Ibu!

**Ya Allah mudah mudahan dizsini la Jodoh rezeki ku.. amin...**

Comments

  1. heee...baru tadi nana anta:) itula,baca kat komen2 tu...ada orang dalam senang la..takpala..rezeki memasing^-^

    ReplyDelete
  2. yuhuu.. aefa pun menganggur~ hehe.. skrg mcm dah kurang minat carik keje.. ingt nk teruskan berbusiness je.. uhukk

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…