Skip to main content

Pesanan Seorang Sahabat

Assalamualaikum semua,

Waktu waktu macam ni memang sangat sesuai untuk melayan hati dan perasaan. 

Dan pada waktu begini kita umat Islam memang di galakkan untuk melakukan solat malam sebab waktu ini sangat lah tenang dan kita akan dapat focus ibadah kita dengan lebih baik. Dan ini juga bukan lah pesanan kosong yang sengaja di berikan tetapi memang telah di suruh oleh Pencipta kita ALLAH S.W.T. Sebab Dia tahu pada waktu siang kita semua tersangat busy dengan melakukan kerja kerja harian kita. Jadi waktu malam dicipta bukan sahaja untuk merehatkan badan dan menghayati waktu tidur yang secukupnya akan tetapi ianya di cipta juga untuk melunaskan tanggunjawab kita dalam menjalankan ibadah kepadaNya.

Sejak kebelakangan ini ika memang sangat sangat down. Sebab ika terlalu mencapur adukkan masalah peribadi dan kerja dalam satu waktu yang sama. Jadi perkara perkara yang patut ika focuskan ika memang tak dapat nak berikan tumpuan yang sangat baik. Sampailah ada satu masa, seorang kawan ika tanya pada ika:

Macam mana dengan kerja?

eemmm,ok je... cuma kadang-kadang macam down sikit.

Kenapa?

Soalan itu mati begitu je sebab ika tak dapat beri jawapanya kenapa.

So tadi dia ada col, and honestly banyak-banyak kawan yang ika kenal dia memang sangat sangat UNIK(dia tak suka ika cakap dia PELIK, sbb dia anti dengan perkataan 'PELIK',walaupon kadang-kadang ika nak tercakap dia pelik sebenarnya). And masa dia col tu dia cakap kat ika:

Awak suka cakap down,down,down kan?? Awak tau tak setiap apa yang awak fikirkan sebenarnya ianya seolah-olah awak memberikan perkataan itu 'energy'. Tak kisahlah samada itu perkara baik atau buruk, dan bila awak selalu memikirkannya awak seolah bagi dia energy. Macam tanam pokok, bila awak tanam dan awak bagi baja, so pokok tu akan tumbuh. Jadi perumpamaan nya macam tu lah. FIKIRKAN apa yang awak NAK, BUKAN fikir apa yang awak TAKNAK.


**Now ika tahu apa yang ika patut lakukan.

p/s: Ada masa nanti ika akan cerita tentang kawan ika yang UNIK ini. InsyaALLAH...

XOXO.

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…