Skip to main content

Entri ini khas untuk mu adik AHMAD ADAM SYUKRI


" AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK... "

" ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA. DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK.." : Sumber dari FB Adik Ahmad Adam Syukri


Assalamualaikum semua...

[Untuk post kali ni ika akan menggunakan kata dari hati ke hati kerana ini adalah post yang lahir dari hati ika]

Siapa adik Adam?? aku biasa pernah tengok pic adik ni. Dah banyak kali gak aku tengok orang dok post and share pasal adik adam ni. Tapi aku tak pernah rasa nak klik. Apa lagi nak tengok dan amik tau. Bukan kerana aku sombong atau rasa benda ni tak penting untuk aku. Cuma jari aku tak terklik nak tengok tentang adik adam. Dan akhirnya aku ignore kan juga pasal adik adam ni.

Tapi hari ni sekali lagi aku tengok orang share pasal adik adam. Tanpa aku lengahkan masa yang aku ada, aku terus klik dan baca tentang adik adam. Hati aku tiba-tiba rasa sesuatu. Aku tak tau apa yang aku rasa kan waktu tu. Mata aku cuma tertumpu pada penceritaan tentang penderitaan adam. Mata ak tak lepas lepas dari memandang wajah adam yang semakin susut tu. Tanpa berlengah, aku search kat FB untuk cari page adik adam. Akhirnya... pencarian aku berhasil. Aku nampak page adik adam. 

Otak aku tika itu macam dihentikan seketika. Yang ada hanya perasaan sedih melihat keadaan adam sekarang. Masa ni juga aku terpikir, "Kalau aku banyak duit dalam bank, aku derma kan sebahagian nya pada adam" . Tapi aku tak mampu nak berikan sejumlah wang yang besar pada adam. Aku hanya dermakan sejumlah wang yang aku benar2 mampu sahaja. Berapa? Biarlah ianya menjadi rahsia aku. Semoga bantuan yang kecil itu dapat membantu adam dan mengharapkan agar adam diberikan kesempatan untuk sembuh.
Aku review semua gambar-gambar adik adam yang dah di uploadkan dalam page tu. 
"Ya ALLAH... Teruknya keadaan adik adam!! kenapa aku boleh buat tak tau dulu?? kenapa aku tak tengok perkembanagan kisah adik adam ni dari awal lagi?? Takkan aku boleh duduk diam je bila tengok keadaan baby yang hanya berumur 7 bulan ni derita?? Adakah aku layak dengan berdiam semata-mata tanpa menolong dia??"
Kalau ikutkan banyak sebenrnya yang aku rungutkan tadi lepas aku tengok page adik adam. Aku benar benar marah dengan diri aku sendiri. Kerana sifat aku yang tak pernah 'sensitif' dengan keadaan sekeliling buat aku rasa diri aku tak berguna lansung! sangan USELESS!!! Adam... maafkan akak dik... mungkin orang akan rasa akak tak layak untuk sedih bila tengok keadaan adam, tapi bila pertama kali akak buka je page adam tadi, air mata akak dah start berkumpul. Akak rasa kesedihan ibu adam bila lihat keadaan adam yang makin lama makin susut dek kerana penyakit adam ni.




Akak sedih bila tengok pic adam yang ni. Mata adam dan wajah adam mentafsirkan seribu makna untuk akak ungkap kan. Mungkin tika ni adam sedang bercakap dalam hati 
"Adam sakit bu..."
"Adam tak larat bu.."
"Adam nak sembuh macam baby yang lain bu.. tapi adam tak larat.."

Macam macam akak tafsirkan makna wajah adam ni. Kerana itu lah air mata akak tak berhenti-henti menangis walaupon saat akak tengah create entry ni pada adam.





Takkan akak boleh diam je bila tengok pic adam ni?? walaupon akak belum lagi berkahwin, tapi naluri seorang ibu ada dalam diri akak ni dik.. akak sayu tengok adam yang dari berisi, terus susut sampai macam ni sekali. Akak puji kekuatan ibu adam atas ujian yang ALLAH bagi pada dia ni. Dan akak tau pujian akak ni belum tentu dapat membanggakan ibu adam atas ketabahan dia. Hatinya sekarang 100% inginkan adam sihat seperti anak-anak yang lain.

Adam.... walau apa pon berlaku, adam akan sentiasa di lindungi ALLAH dik... ALLAH benar-benar sayangkan adam. Macam ibu adam sayangkan adam, DAN  ramai lagi orang -orang kat luar sana doakan adam. Adam kena kuat ye dik. Be strong my dear baby...

PERHATIAN: UNTUK YANG INGIN MENDERMA PADA ADAM BOLEH BANK IN KAN KE ACCOUNT - MAYBANK : 1611 3633 1818
                       CIMB           : 0204 0007 2922 01
Visit page Adam Ahmad Syukri  http://www.facebook.com/AhmadAdamSyukri



Comments

  1. salam.
    Syaza phm prasaan ika n phm prasaan ibu kpd Adam. Syaza lom kawin gak tp ada sorg anak buah, Na'eem. msa dia lahir, sedara dia juga dilhairkan, tp dia x brnasib baik sbb najis dah naik smpai ke peparu.tp alhamdulillah, dia skrg sihat dan brsemangat,gebu! Like this entry.Jgn slhkan diri sndiri sbb x view cerite dia sbb klo sya, sya pn x view, sbb sa ni lmbut ati, xsggup nk tgk.tp yg pnting kite doakan ksjhteraan adam.Amiin~

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…