Skip to main content

ADAKAH AKU JUGA MENGIKUT JEJAK BEN ASHAARI

Seronok je ika tengok blog BEN ASHAARI ni.

AMARAN KERAS!

*Entry ini tiada berunsur bodek, cari publisiti, tumpang glamour atau seangkatan dengan nya. 

Assalamualaikum semua sahabat ika yang di kasihi sekalian,

wahh!! greeting yang sangat teratur dan tertib gitu... Title entry ni dah 2 hari setengah gak dia duduk dalam box draft.. mana tak nya nak buat di waktu siang hari tetiba pulak di banjiri dengan kerja yang agak banyak. Yela kalau niat nak buat entry time kerja memang kena dahulu kan kerja nya dulu la kan. Nanti boss kata curi tulang pulak. So ika kena la siapkan kerja dulu.

Pastu niat hati nak sambung time balik umah lepas waktu kerja
"eeemm takpelah! aku sambung kat umah je la buat entry ni. Title dah save and idea dah ada dalam otak so bole la proceed terus malam ni nak buat entry baru"

Tup tup! baru je search blogspot and sementara tunggu loading page, ika pon terus di buai mimpi

"zzzZZZ" 

Tido daaa jawabnya....

So hari ni la ika berkesempatan nak sambung entry ni. Ni pon ika baru je pas settel kan surat, fotostat, stapler latihan semua... maklum la kerja kerani sekolah ni, ni je la keje daily ika. Kalo takde kerja melanguk je la ika kat depan PC ni dok ngadap FB tak pon blog =)

Apa lah yang seronok sangat ika cakap pasal nak abang BEN kita tu kan. Actually ika bukan lah follower tegar yang always nak ikut perkembangan blog abang BEN (seriously) . Tapi sebab ika ada FB abang BEN ni so bila dia buat post baru sure la kan blog dia akan appear kat wall ika.

Dan apa yang buat ika rasa tertarik dengan post abang BEN kali ini adalah kerana post dia sekarang lebih kepada "anak" dia si Qhaliff tu.... and ika juga dapat rasakan betapa sayang nya dia pada si kecil tu. Kalau anak dia ni dah besar.. semua benda yang anak dia buat start dari story wife die pregnant, si Qhaliff di lahirkan dan hingga sekarang semua dia boleh godek dalam blog ayah dia.

Bayangkan la kalau story kita masa kita kecik2 kita nampak jalan cerita nya, mesti menarik kan untuk di baca...

JADI......

Ianya telah membuat kan ika jadikan teknik ini sebagai inspirasi ika bila ika nak jadi MAMA nanti... seronok... at least kalau ika dah tutup mata, anak ika boleh jadikan story tu satu kenangan indah buat hidup dia...

** Akhirnya... siap juga entry tertangguh ni =P

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang.