Skip to main content

"PAKCIK! NAK SALAM" [abang polis feeling "retis"]

Hahahahahahahahahhah!!!!! 

Jap jap nak gelak dulu.. (sambung gelak jap) 

Hahahahahahah!!!!

haiii budak budak ni sekolah ni... kelakar gak tengok ragam diorang kadang-kadang. Mana tak nya tadi ada "abang" polis ni datang nak mintak cop sekolah (as u know ika sekarang bekerja di sekolah so entry entry banyak yang berkaitan dengan sekolah sekali sekala kan) sebab diorang baru je buat rondaan kan kawasan sekolah agama ni. Tapi tak nampak pulak diorang dok ronda.. ke mungkin ika kat dalamj opis kot. Tu yang tak perasan. Tak pe abaikan je masalah yang bukan masalah ini. 
 *Gambar dari encik google*

So sampai2 je "abang" Polis tu, (untung la kau encik polis sebab aku gelarkan kan ABANG dalam blog aku yang tak glamour ni) budak budak kat luar ni dah mula bising... Ika yang kat dalam ni dah pelik apa la yang budak budak ni kecoh kan kat depan pintu opis ni. Dalam masa dengar gak suara garau kat luar tu. Ingat kan pakcik tukang kebun tu. So takde la amik kisah sangat. 

Then bila pintu tu buka je... Laaaaa.. abang polis yang datang hari hari ni. So ika pon sambut dengan senyuman yang tak ikhlas... ( mood mengantuk time tu, baru lepas makan kan. Paham je la),

I : "ohhh.. nak minta sign ye.." 
P: " haaa.. ye.."

Ika pon terus je la pegi cari cop sekolah tu dan buat la seperti biasa yang ika buat. Tapi polis kali ni macam "kerek" plak. Banyak plak songeh nye.. pesanan banyak sangat. Tengok tarikh la, nama sekolah la, itu la , ini la... EH EH! banyak cikadak pulak dia ni. Polis before ni tak banyak palk songehnye. Datang just tunjuk paper, dan ika akan cop and sign cam biasa. 

EEEE... SO encik polis lepas ni awak tak payah datang ye, biar abang polis india and yang melayu tu je yang datang. Dengan awak ni banyak pulak requirement nya. Hahahah marah plak ika kan. Tadi pon sebab dia suruh tulis tarikh je. Yela before ni punya abang polis dia tak mintak apa pon. Hanya soh tanda tangan je. Yang kali ni punya macam macam ragam plak.

Lepas je ika bagi balik abang polis tu punya paper cop tu terus je budak budak sekolah ni serbu abang polis tu.

"NAK SALAM PAKCIK! NAK SALAM PAKCIK !! NAK SALAM PAKCIK"

haahahahha ika kat dalam opis dah gelak gelak kaw! punya. Yela dak dak ni excited lebih nak salam abang polis tu. Mesti abang polis tu feeling macam "retis" kan? hehehe yela di serbu peminat cilik ni.  Pastu pulak abang polis ni memang akan datang dua orang and yang lagi sorang tu driver kereta polis tu la. Dah budak budak ni nampak plak, lepas je salam abang polis yang pasan "retis" tu terus diorang jerit dengan kawan kawan dia yang lain..

"weeiii!! ada polis lagi la kat sana!!"


kawan kawan yang lain dan dok sibuk "mana mana mana!!"

**heeee macam macam ragam dak dak ni... =P

Comments

  1. Asal aku gelak ek baca entry nie. Tiba - tiba mcm faham jer naluri budak2.. benda macam tue dia rasa mcm besar maknanya. hahaha. Nasib baik dia salam.

    At least budak2 masih hormat polis dari orang besar yang pertikaikan polis2 nie.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

MOTHERHOOD.COM.MY

MOTHERHOOD.COM.MY | Assalamualaikum semua. Hari ni disebabkan aku rasa terlalu banyak masa free, so aku nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua. Terutama untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, dan untuk mereka yang baru melangkah ke alam rumahtangga, mari sini aku nak share something.

Ada yang pernah dengar tak tentang MOTHERHOOD.COM.MY ? Pernah google website MOTHERHOOD.COM.MY? Pernah terjumpa dimana-mana media sosial tentang MOTHERHOOD.COM.MY?
Aku harap semua yang baca ni belum tahu lah ye tentang page tu. Kalau dah tau nanti aku tak boleh nak celoteh panjang-panjang untuk perkongsian ni. (hahahahahah) Haaa la dah kalau korang dah tau, apa yang aku boleh kongsikan. Ye dak? 
Heheheh ok! Saja melawak je. Takpelah yang mana dah tau tu anggap jelah sebagai bacaan ilmiah yang memberi manfaat kepada korang. 

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING

Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate. 

Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada. 
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja. 
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang…