Skip to main content

Duduk dan searching je la..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat ika,

Sebelum beberapa minit tiba masa untuk ika pulang dari kerja ni, ika nak habiskan masa kejap dengan blog kesayangan ika ni. Takpelah kalau takde reader yang setia pon macam blog blog femes yang lain ika tetap akan setia mengupdate selagi ika masih bernafas di bumi Allah S.W.T kan? Takkan la kerana kita tak dikenali macam blogger yang lain kita nak give up kan? paling koman pon semalas malas dan tak popular ni pon ika mampu gak menghasilkan sebanyak 502 post! Haaa.. banyak la tu kan dari mereka yang x buat lansung post tu? =)

Selama seminggu lebih ika bekerja di Sekolah Agama Batu Belah Klang ni aktiviti ika sampai je kol 8 pagi tu, punch card , then ika akan siapkan kerja kerja yang mana ika perlu buat dan lepas tu dok layan ternet je la. Selain daripada ika 'melayan' FACEBOOK.COM secara kerap kerapan itu, heee so ika gunakan internet YES 4G ni sebaik mungkin dengan searching job kat Mudah.Com .

Yela sekarang ini ika hanya kerja sementara kat sekolah ni sebagai kerani. Bukan nya ika tak nak bersyukur dengan peluang kerja yang ika dapat sekarang cuma ika nak juga satu jawatan dan tempat secara tetap buat ika. Untuk position sekarang ni ika akan gunakan masa yang ika ada ni untuk dapatkan pengalaman sebaik mungkin. Supaya ika takdelah kosong dari segi pengalaman yang ika dapat kat sini.

**Kerja kat sini yang bestnya bila dapat kenal seorang guru secara personal. Masa jadi murid dulu mesti ika akan takut dengan mana-mana guru yang dikenali sebagai seorang yang garang. Tapi behind of the real person.. sape boleh tau dia seorang yang baik kan? =)

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…