Skip to main content

Alhamdulillah.. aku masih diberi peluang untuk merasai alam pekerjaan..

**Ni pic masa ika praktikal dulu kat Inno Platinum **

Assalamualaikum dan selamat tengah malam buat mereka yang belum tido lagi and maybe ada yang tengah replay chat kat FB kan? heee As usual la bila ika tak bole nak tido so ika akan update kat blog ika ni. Kali ni ika nak citer tentang kerja @ peluang pekerjaan.

Untuk pengetahuan semua, bagi yang belum tahu la ye. Ika actually baru je habis belajar dalam peringkat Degree (Alhamdulillah sekali lagi) dalam bidang Marketing di Uitm Shah Alam Fakulti Pengajian Perniagaan . Dan seperti bekas bekas pelajar yang baru je habis belajar, perkara utama dalam mind diorang adalah CARI KERJA KOSONG! Dan step ini adalah suatu kemestian kepada semua graduan yang fresh fresh belaka ni untuk mula planning life diorang selepas alam menjadi seorang pelajar. 

Mungkin tak semua bekas pelajar yang baru je habis belajar akan directly terus nak cari kerja, ada juga yang sebahagian dari kami lebih prefer nak continue ke peringkat yang seterusnya. Tapi untuk ika, biarlah ika stop kan dulu penyambungan belajar dan cuba cari pengalaman dalam dunia pekerjaan.

Dan seperti yang diketahui, untuk mencari satu jawatan kosong samada swasta atau kerajaan bukan la senang. Kadang kadang jawatan tu memang banyak yang availble tapi tak semua mudah yang di sangka. Banyak benda nak kita fikirkan tapi orang kata kalau dah nak sangatkan position kekosongan tu rembat juga la. Dari takde kan? so kira biar bagi ada jela diri kita ni dengan jawatan kerja kosong tu.

AKAN TETAPI WAHAI SAHABAT YANG TUA DAN YANG MUDA....

Bagi mereka yang memang belum ada pengalaman dalam bidang yang mereka apply tu, ika sarankan jangan la terlalu demamd contoh skop kerja dan juga gaji yang di tawarkan. Bagi gaji maybe kita boleh cuba perbincangkan mana tau kita bole dapat sejumlah yang kita harapkan kan. But untuk jawatan dan skop kerja, ni yang kadang kadang kita missed pandang. Ramai yang diantara lebih prefer nak jawatan yang tinggi and kerja yang reasonable setanding denga kelulusan. Tapi kalau diri tu TAKDE PENGALAMAN yang cukup dalam bidang yang dia nak, no need la kan rasanya nak demand banyak sangat.

Apa yang penting kita cari pengalaman untuk improvekan diri so that bila dan buat kerja sendiri, tak perlu dah nak belajar semua dari bawahkan. Ika ingat lagi masa ika diploma, pensyarah ika masa ika diploma dulu, pernah kerja as pam minyak kat stesen minyak masa cuti sem. So kalau dia yang time tu dah pegang degree and apa lagi ntah boleh tak pertikaikan kerja, yang lain takkan xmampu kot kan...




Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…

PERANAN SEORANG KAKAK DAN ABANG

- Gambar adalah sumber Encik Google-
Masa time aku menepuh zaman Akil Baligh, yang menjadi peneman dan guru untuk menerangkan segala-gala yang aku perlu tahu ialah Ibu. Bila seorang anak remaja telah menempuh atau bakal menempuh zaman zaman tumbesaran ini, memang sewajarnya seorang yang rapat dengan kita (yang biasa nya Ibu) akan memberikan pendedahan awal yang harus mereka tahu.
Kebiasaan nya mungkin akan mengikut jantina la. Kalau perempuan, Ibu akan mainkan peranan. Kalau lelaki, ayah yang akan membimbing. Tapi adakah seorang kakak atau abang itu diam tanpa sebarang tangungjawab? 
Setahu aku, kita di lahirkan di bumi ini bukan sahaja untuk menikmati kehidupan dan merasai nikmat alam ALLAH s.w.t ni. Di samping menikmati, kita juga ada tanggungjawab untuk digalas. Tanpa tanggungjawab. manusia itu takkan ada nilaian di mata manusia lain. Kakak dan Abang itu di lahirkan untuk membantu Ibu dan Ayah untuk membimbing adik adik. 
Sebab sampai satu saat, tenaga minda dan daya kekuatan Ibu d…