Skip to main content

Melayu MAKAN Melayu!!!!

Assalam semua.. ^_^

Tengah tengah malam macam ni kalau nak melayan perasaan pon memang sangat sesuai.. mana tak nye dah la sejuk, sunyi pulak tu... kalau nak feeling feeling romantik tu memang afdhal la waktu waktu cenggini kan..? Dan kerana itu la kita di saran kan mengerjakan solat malam. sebab tahap fokus kita waktu cam ni memang takkan ada yang terganggu... 

Tapi post yang ika buat pada malam ni bukan la nak bercerita tentang solat malam. Al maklumla ilmu agama ika ni bukan la kuat sangat.. setakat nak tau perkara perkara asas tu bole la. tapi malam ni ika rasa macam nak luah kan perasaan yang sangat sediihh dengan bangsa sendiri. Kalau ikut logik akal la, biasanya kita akan lebih rasa selesa dan rasa yakin bila berkerjasama dengan bangsa dan kamu sendiri.. ye tak? Bukan di sebabkan keran kita bangsa yang sama... tapi sebab bahasa pon sama, nak paham cara hidup pon senang dan macam macam la..

Tapi apa yang berlaku adalah sebalik nya... dengki dalam hati dengan sesama melayu tu memang tak bole nak di pisah kan dalam hidup masyarakat melayu ni kan.. Kalau tak kita ni dok sibuk nak cakap pasal bangsa lain, mereka macam ni la, macam tu la, jahat sana la, jahat sini la.. tapi pernah tak kita pikir tindakan kita dengan sesama bangsa sendiri? Banyak mana kebaikan dan pertolongan yang bangsa sendiri dah lakukan untuk bangsa-bangsa melayu ni,,?? takkan?

Yang ika sedihkan bila melayu sesama melayu bergabung dalam menjayakan sesuatu perniagaan.. haa masa ni mata masing masing mula la memerhatikan 'orang ni untung banyak la,... tak bole jadi ni.." dan masa tu juga diorang dok planning nak main benda2 kotor dan menghancurkan perniagaan orang lain... 

Ada sesetengah tu pulak... baikk... sangat la baikkk... tapi bila dibelakang, kutuk mengutuk sesama mereka.. dengki sana sini... kenapa la mereka ni tak bole nak jadikan satu bangsa melayu ni sebagai 1 masyarakat yang utuh?knpe perlu ada sifat sifat busuk macam ni? Dan kalau la mereka ni tercabar dengan kejayaan seseorang, kenapa tak jadikan ianyan sebagai satu persaingan sihat? 

Cuba kita tengok bangsa lain... walaupon ada kalanya merekan ni buat perkara perkara yang menyalahi undang undag... tapi sifat tolong menolong sesama bangsa mereka memang tak dapat di sangka kan lagii... 


Comments

  1. btol2... hakikat org melayu ... susah hati ble tgok owg lain berjaya dan cemburu bila seseowg bekerja sama...

    ReplyDelete
  2. perlu memeriksa:)

    ReplyDelete
  3. Tanda hati tak bersih.... penuh dengan sifat dengki dan kianat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…