Skip to main content

Cerita Marathon raya Mynameika


Assalam semua ^_^
Semua orang dah siap buat entri raya masing masing, ika je yang ketinggalan ek... F.Y.I entri yang u all baca ni ika update guna Microsoft word je... bukan direct terus ke blog.. reason nya adalah kerana rumah ika ni takde internet, tapi di sebabkan idea nak cerita kat blog ni banyak dan mencurah curah, so ika update je kat sini.. so tinggal copy n paste.... walaupon entri ni Nampak macam eemm dah basi je kan.. tapi belum expired lagi kan... so meh la baca ye....


Malam raya....
Cam biasa la semua akan tunggu kat depan TV nak dengar pengumuman raya.. even masing masing dah tau dah raya bila, tapi kena gak tengok.. kot kot la tetiba tarikh raya kang bertukar kan... tapi seperti yang di jangka la.... 30 OGOS 2011 adalah tarikh yang di tunggu oleh semua umat Islam untuk menyambut HARI RAYA AIDILFITRI... dan malam raya ni juga... ika and family ika, kira dah jadi kebiasaan kitorang semua merayap pegi bazaar kat klang... fuuhhh!! Ramai betul... harga semua turun mendadak... apa lagi... bedalll la kitorang memborong lagi.... ngeeeee...!!!

Pagi raya .....
‘Angah.... banguuuunnn.... lekas mandi sunat hari raya”.... haaaa dengar tak tu... ibu ika dah kejut bangun pagi... macam tu la rutin harian raya ika.. dari kecik sampai besar... sama tak de yang berbeza... yang bezanya dulu ika budak sekarang dah jadi anak dara sunti gitu.... =) so ika pon bangun pagi... pas tu mandi and siapkan apa yang patut kat dapur tu.... panas kan lauk, hidang makanan and bungkus lauk untuk bawa ke umah nenek.... pagi tu semua adik beradik ika ada tugas masing masing... ad yang ironkan baju kurung, kemas umah, sidai kain.. tu la untung adik beradik ramaikan.... dan tema baju raya kitorang kali ni adalah ‘pink’.... comel wooo.. Dan lepas siap semua... tibala emosi syahdu di pagi raya... nak salam raya kan... eemmm ... sedih sedih sedih... [ikut nada ipin]... lepas tu ika sekeluarga bertolak la ke rumah nenda tercinta.... beraya bersama nenek dan semua sedara mara belah ibu.... masa yang di tunggu tunggu.. nak kutip duit raya dari pakcik and makcik... jeng jeng jeng... besar besar pon dapat lagi tau... yess!!! Malam pulak kitorang semua beraya la kerumah sedara sedara sekitar kawan klang ni...

Raya kedua....
Hari ni cuz ika dah book awal awal dah kitorang semua untuk pergi ke rumah boyfren dia... abang acen nama nya.... tapi malang sebab 3 orang adik ika tak dapat ikut... huhuhuh cirit birit pulak... macam biasa la... sakit yang always berlaku bila raya kan... mana tak nya beraya and makan sakan sangat... sampai dah tak tau makan mana yang buat diorang semua sakit perut...dan lepas balik dari umah abang acen ni, petang tu juga kitorang beraya ke umah mama ida.. haaa?sape pulak mama ida ika ni?heheh xpe xpe ika tau u all blurr... yela citer pasal orang yang u all tak kenal kan... xpela.. hentam je la ye temahhh... =)

Raya ketiga...
Kitorang satu family... except pak usu @ ucu ika.. kitorang beraya pulak ke Pahang... haaa amik koo.... memang plan seminggu raya ni full je la memanjang.... berjalan sakan kami tau... kitorang pergi mana kat Pahang ni? Haaa... kitorang berjalan kerumah mak mertua mak lang @ alang ika... firs time tau kitorang kesana... selama beberapa tahun makcik ika tu berkahwin dengan pak lang... ni la kali pertama kitorang pergi sana... lama gak la perjalanan nye... makan masa 5 jam tak silap... bertolak dalam pukol 9.30 and sampai dalam 2.30-3 petang gak la... fuhhh penat dalam kereta je la... tapi sangat best.... sampai je family mak mertua alang tu siapkan kitorang nasi... memang diorang serve baik la masa tu... insyallah... kalo di panjang kan umur, nak gak beraya ke sana lagi... and the best is... nenek tu bagi kitorang tempoyak... hehehhe bole buat makan nasi nanti...

Raya keempat...
Dan raya keempat ni pulak... ika bawa diorang beraya ke wangsa maju... cettt!! Ika bawa diorang beraya indeed diorang yang drive... haaaa cantik sikit ayat ika oiii....   wangsa maju?umah sapa? Haaaa ingat tak ika penah citer pasal kawan ika dewi remaja tu kan... NURINA FAUZAN tu... haaa kalo nak tau sapa die, google je kat ternet yee... so that day ika beraya ke umah die... at last lepas gak rindu ika kat dia n dapat tengok baby boy die tu... baby dia sangat comelll ok... macam mama dia gak... hari tu si dak nurina ni masak kan spaghetti untuk ika n adik beradik n cousin.... thax my dear.... lepas dah raya kat umah kawan ika, kitorang jalan jalan kat Wangsa Walk...ni la first time ika jejak ke sana ok.. so betapa ika ni macam katak bawah tempurung tau... semua benda tak tau lagi... and malam tu juga, umah ika di serbu kawan kawan family ika.. especially kawan niaga kat HOT NITE BAZAAR...

Raya kelima....
Perjalanan yang belum berhenti lagi... waaaa.. berjalan sakan tau ika raya kali ni... kan ika ada bagi tau semalam yang kawan kawan niaga dari HOT NITE BAZAAR tempat family ika tu niaga datang kan... so hari ni pulak, kitorang balas kunjungan ke umah mereka... fair and square la kan... mula mula pergi umah mak long.. maklong buat kan kuew teaw gorang untuk kitorang semua.... so masing masing makan macam breakfirst la kan... lapar.. belum sarapan lagi... beerrrkkkk~!!!! ALHAMDULILLAH.... so perjalanan di teruskan ke umah abah... eeee....!!! dak ika ni, suka sangat citer pasal orang yang kita ni tak kenal tau.. dah la soh baca entri ni..pastu cakap pasal orang yang tak kenal...
Eh eh eh! Cill la.... jangan marah... abah ni kawan niaga family ika la... so kitorang pergi la umah dia sbb malam kelmarin dia dah datang umah ika kan... lepas tu kitorang raya sekali lagi ke umah mama ida... sebab mama nak ibu datang umah... coz masa kitorang raya umah mama ibu tak ikut... die sakit perut....biasa la sakit yang pasti akan menyerang time time raya ni...korang pon mesti kena serang juga kan dengan sakit ni... hehehhe


Raya keenam...
Orang cakap raya kena di nikmati betul betul kan?heheheh so... raya ika masih lagi berjalan lancer.. sebab makcik ika buat open house pula... umah die kat KL... cheras baru... haa kalo u all tau kat mana datang la raya umah dia... ala kalo dia tak kenal pon, cakap la ni time raya... sape sape pon bole datang beraya... heheheh tak la... jang buat giler.. kang kalo dia tany sape bagi tau umah dia kat sini.. korang cakap ika lak... habis ika kena serang dengan dia nanti... huhuhuh.. janji dengan makcik ika tu pukol 3 petang.. tapi di sebabkan kawan kawan ika and akak ika nak datang, kitorang kena extend kan masa nak pegi... lepas kawan kitorang dah balik... kitorang nak siap la cepat cepat... tiba tiba pakcik belah ayah pulak datang satu family dia... so takkan la nak suh balik kan... jadi kitorang layan la dulu tetamu kitorang tu then baru la kitorang bertolak ke cheras baru... dalam pukol 7.30 malam gak la sampai... heheheh janji pukol 3 tapi sampai 7.30 mlm... nak buat cm ne.. benda di luar jangkaan kan... huhuhuh


** ni la sebahagian cerita marathon raya mynameika... amacam?best tak? So u all mcm mana dengan raya u all pulak?best tak?ke lagi banyak plan dari raya ika? Meh la share same2...

Comments

  1. kalau aida lak.. raya tahun ni lebih kurang sama je macam tahun lepas.. huhu

    ReplyDelete
  2. oo yeke... ika raya kali ni saja je nak buat kelainan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…