Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

" muka couple tu sama la... memang tu la jodoh dia.." betol ke??

Assalam semua ^_^
Istilah muka sama, sebiji, serupa dan sebagainya memang dah biasa di perkatalan oleh orang sekeliling terhadap pasangan-pasangan couple atau suami isteri..contoh nye la kan.. 
" siti ko cuba tengok pasangan husband wife tu... muka diorang sama kan? orang dulu-dulu kata kalo muka pasangan kita sama atau seakan-akan dengan kita means dia la jodoh kita."
tapi sejauh mana kebenaran nya atau memang wujud kah istilah-istilah ni memang kita semua tak dapat nak buktikan seratus peratus.. kalo ada pon mungkin hanya segelintir saja yang memang rezeki diorang kot dapat jodoh yang muka seakan-akan dengan diorang... tapi istilah ni pon kadang-kadang unfair gak pada mereka yang rupa parasnya maybe agak kurang dari pasangan mereka..
bukan nye nak mengutuk kekurangan mereka.. tapi kesian la kalo ada orang yang sanggup pertikaikan kekurangan dia tu,hanya di sebabkan mereka rasa dia tak layak atau setanding untuk dapatkan pasangan yang secantik atau setampan pasangan meraka kan…

Syokkk nye belajar hari ni.... !!!!

Quantitative Analysis...
haaa... tak payah cakap pon, tengok tajuk subjek pon dah cukup menerangkan yang subjek itu memerlukan kekuatan otak dan skill yang tinggi untuk selesaikan.... Tapi subjek yang ika belajar ni lebih kepada analysis dalam business... ingat dalam business ni lepas la part untuk buat calculation kan... hhmmm tapi ghupe ghupe nya... masih lagi terikat dengan semua benda alah ni...
ika ni memang dari dulu lagi kalo bab-bab nak kena mengira ni... nauzubillah..... slow yang teramat sangat la... kura-kura tu pon kira laju lagi la dari otak ika ni... dan itu la salah satu sebabnya math ika time SPM tu enggak cemerlang sangat dehhh... hehehhe 'kantoi sudahhhhh'....
so hari ni ika dok belajar pasal 'Decision Tree'.. haaa ape plak menatang ni kan? 'opppss!! sori tercarut lak' maaf-maaf...  apa lak benda alah ni ye? haaa ni kalo ika terangkan ni takut lak korang semua tak paham...


ni haaaa sample nya 'Decision tree' tu.... ada kira-kira nya yang t…

Doaku Ya Allah..

Assalam semua ^_^
Doaku Ya Allah... Bimbinglah hati ku menuju kejalan yang kau redhai, Sentiasa tabahkan hati ku untuk melalui segala dugaan dan ujian mu, Biar pun sukar sebenarnya menabahkan hati dan menguatkan hati, Kerana setiap permintaan itu pasti akan di uji dengan pelbagai ujian,
Doaku Ya Allah.... Titipkan la kebahagian pada hambamu ini, Yang sentiasa mengaharapkan sinar kembali, Temukan la daku dengan insan yang benar-benar buat diriku, Insan yang menghargai ku, Insan yang akan membawa ku kejalan mu Ya Allah...

Manis itu sementara...

Assalam semua ^_^


Entry kali ni mungkin terlalu beremosi dari ika. Sebab ika ni juga manusia biasa, yang mana perasaan sentiasa boleh berubah ubah. Ika ni juga nak rasa bahagia tapi dah menjadi lumrah manusia kan... bahagia itu bukan nya akan kekal lama, dan itu la juga apa yang ika rasa sekarang. Semua ni terjadi pon mungkin kerana kelemahan ika sendiri kot. Bila ika bahagia, ika lupa diri..ika lalai..ika terlalu tumpukan pada sesuatu yang tak pasti..dan kini...ika juga yang merana.
Dalam keadaan macam ni ayat yang paling sesuai ika guna ‘manis itu sementara’..penuh dengan jalan cerita dongeng..jalan cerita yang di reka manusia itu sendiri... tapi sakit bila ika ni di buang macam tu je bila mereka tak perlukan ika lagi... dulu, masa mereka dalam kesedihan, mereka cari ika.. tapi sekarang..macam air yang berlalu je dia buat ika... walaupon ika ni tiada ikatan apa-apa dengan dia, tak salah rasanya buat diri ika ni rasa di hargai... tapi nasib manusia tak siapa tau...

YA ALLAH....JANGAN LA…

Kaum Adam... jangan terlalu dipandang remeh tentang hal ni yee...

LELAKI YANG AKAN DITARIK WANITA KE NERAKA
Assalam Semua ^_^
Info dari : Berita Harian Online (BHO)


Pertama : Sebagai Ayah Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidaklah cukup jikalau seorang ayah hanya dengan memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik oleh anaknya. ( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya sholat dan shaum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.) Kedua : Sebagai Suami Apabila berstatus suami tetapi tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya dalam pergaulannya, membiarkan isterinya mempercantik diri bukan utk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami tersebut berdiam diri walaupun seorang yg alim dimana …

Wanita sekalian.... meh tengok sini sat... =)

Assalam semua ^_^

Informasi dari : Berita Harian Online (BHO)


*Gambar cilok dari GOOGLE.. Kalo pompuan muka cam ni kompom tak kena tipu =P *


1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki. Dah sayang la katakan jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan,kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percayaseparuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksudsaya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpamenggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar. 2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin. Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasanganrisau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini,melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa,namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masihbelum mempunyai pasangan hidup. 3. Wanita “sosial”. Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuanwanita di kawasan anda ke, atau perkara…

Cerita Marathon raya Mynameika

Assalam semua ^_^ Semua orang dah siap buat entri raya masing masing, ika je yang ketinggalan ek... F.Y.I entri yang u all baca ni ika update guna Microsoft word je... bukan direct terus ke blog.. reason nya adalah kerana rumah ika ni takde internet, tapi di sebabkan idea nak cerita kat blog ni banyak dan mencurah curah, so ika update je kat sini.. so tinggal copy n paste.... walaupon entri ni Nampak macam eemm dah basi je kan.. tapi belum expired lagi kan... so meh la baca ye....

Malam raya.... Cam biasa la semua akan tunggu kat depan TV nak dengar pengumuman raya.. even masing masing dah tau dah raya bila, tapi kena gak tengok.. kot kot la tetiba tarikh raya kang bertukar kan... tapi seperti yang di jangka la.... 30 OGOS 2011 adalah tarikh yang di tunggu oleh semua umat Islam untuk menyambut HARI RAYA AIDILFITRI... dan malam raya ni juga... ika and family ika, kira dah jadi kebiasaan kitorang semua merayap pegi bazaar kat klang... fuuhhh!! Ramai betul... harga semua turun mendadak... …