Skip to main content

Sukan yang ika selalu main time sekolah masa sukan sekolah dulu...tapi yang geram nyee.....!!


Assalam semua...

Sape kata ika tak pernah wakil rumah sukan time sekolah dulu... helloo... walaupon badan berat berkati-kati ni, masih layak tau nak wakil rumah sukan... tapi yang penting BUKAN sukan lari ok! Dahh dahh jangan banyak tanya pulak kenapa bulan sukan lari.. ade yang kena cepukk kang sat lagi...!!

Sukan ape lagi yang layak dengan ika ni kalo tak tarik tali.... haaa tenanga badan yang terlindung dari lemak2 ni la yang banyak menumbangkan orang-orang yang menarik tali dengan ika tau... tapi pengalaman menang belum ada la... kalo setakat pengalaman jatuh ke.. jerit jerit tarikkkk!!!!! Ke.. tu selalu la...

Tapi yang ika tak puas hati time hari sukan tu.. eh! Bukan before hari sukan tu, selalu nya cikgu cikgu akan buat saringan dulu untuk cari sape sape yang layak untuk wakil rumah sukan... dalam sukan larian,lontar peluru,lompat jauh,marathon,lagi ape ek?eemm lupa lak, tapi sukan sukan tu la yang biasanya diorang main time hari sukan tu...
And masa saringan tu,yang sape sape budak pagi akan datang saringan time petang and budak petang akan datang pagi.. hari before saringan tu cikgu akan buat announcement kat tapak perhimpunan... “petang ni ada saringan sukan untuk pelajar sesi pagi.. dan semua pelajar WAJIB HADIR untuk saringan..sape sape yang tak hadir akan di kenakan tindakan tatatertib!” so di sebabkan dah warning cam tu berani la sangat kan ika tak datang... so malas2 pon datang la...

Dah datang tu ingat selamat la kan.. tapi rupa rupa nye cikgu suh main juga... kadang2 cikgu ni pon bebal gak! Kalo dah tengok badan ika ni cenggini.. ade di suruh lari juga... memang kalo tak lari pon sah sah la ika ni tak layak masuk final! Tapi die soh juga... eee geram je kadang kadang tu.. kang tak lari kena tindakan lak kan... fuuhhh memang nyampah je di buat nye... yela.. orang bukan akan sokong kite... kite kena gelak ade la...


Comments

  1. suke sukan tido je...
    stiap kali ade sukan kat sekolah aku ponteng je...hohoo

    ReplyDelete
  2. huuuu berani ponteng ek?tak kena tindakan tatatertib ke?

    ReplyDelete
  3. hehehe...kalau tarik tali saya selalu tak kena bagi oleh cikgu sebab saya saiz kecik.. ehehehe

    ReplyDelete
  4. la yeke.... tapi skrg kalo soh tarik tali bole la ni kan?hehehe skrg kan dh kuat....

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Popular posts from this blog

REVIEW: SEMINGGU MENGGUNAKAN PRODUK MEERACLE GEMSTONES BEAUTY

Assalamualaikum semua.
Lepas dah guna baru lah kita boleh share pada umum. Aku rasa umum dah tau kot tentang product Meeracle ni. Boleh search je kat dalam Intagram akan jumpa tentang product ni. Aku ni jenis yang susah nak guna product-product yang baru. Impact nya sebab takut muka naik jerawat atau naik benda-benda yang tak sedap dipandang. 

Kalau tengok kat gambar atas ni, gambar yang belah kanan adalah gambar muka aku yang baru lepas naik jerawat selepas stop guna product XXXX. Tak pernah-pernah muka naik jerawat tiba-tiba wujud pulak dia. Cun-cun pulak masa tu nak dekat raya. Dan kerana itulah aku susah nak pakai produk yang baru keluar dalam pasaran. Tapi dik sebabkan nak cantik cepat, so aku pon pakai la. Kesanya naik segala Ibu Bapa jerawat memenuhi wajahku. So Stresss!!!
Of course aku tak nak muka aku nampak tak cantik. jadi aku cuba gunakan Meeracle. Sebab kalau ikutkan kebaikan guna produk ni, ia mampu untuk mengecutkan dan menghilangkan pembentukkan jerawat. Jadi aku pon …

PENGALAMAN MESYUARAT DI NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Pengalaman Mesyuarat Di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands | Assalamualaikum  semua. Alhamdulillah  selesai mesyuarat bersama semua Pegawai Pentadbir jabatan tempat aku bekerja sekarang selama 3 hari 2 malam di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands. 
Actually, jujurnya aku tak suka pergi 2 tempat. Pertama Genting Highlands. Kedua Cameron Highlands. Kenapa? Haaa sebab jalan dia bengkang-bengkok. Aku ni dah lah spisis cepat pitam dan mual. Ya Allah... Ya Rabbi... pening dan mual nya aku masa tu rasa macam tak boleh nak di bendung. Dalam hati "cepat lah sampai, cepat lah sampai". Lagi nak sampai ke destinasi makin galak pulak rasa mual aku masa tu. Angin dalam perut usah cakap lah. Kalau aku sedawa ni bukan angin je keluar. Dengan isi-isi nya sekali aku rasa akan keluar nanti.
(ok! stop kisah sadis aku ni!!!) 
Selama 6 jam lebih perjalanan (sampai agak lewat sebab cuaca hujan. So bas bawa slow sikit), kami pun sampai ke destinasi yang di…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…